Bunga Keembung 


Asalnya nak buat entri bunga keembung ni untuk wordless wednesday sahaja. Tapi macam banyak pula nak bercerita tentang sekeping gambar yang ana ambil di halaman rumah di kampung ana, Teluk Intan, Darul Ridzuan ni. Yelah setiap kali balik kampung, setiap sudut dan ruang yang ada pasti tersingkap kisah kenangan silam, termasuk lah bila terpandang kuntuman bunga keembung yang merah menyala ni.Subhanallah.. indahnya ciptaanMu yang amat sempurna.

Bunga keembung ni dahulu memang bunga kesukaan mak ana. Mak banyak menanamnya di halaman depan rumah. Macam-macam warna ada waktu itu. Dan apabila musim ia berbunga pasti ruang halaman rumah dipenuhi dengan kuntumannya beraneka warna. Sejuk mata memandang.Maklumlah pokok keembung ni mudah membiak dan ditanam. Hanya dengan bijian dari buahnya yang telah cukup tua di tabur maka hidup suburlah ia. 

Ketika kami kanak-kanak dahulu, gemar memetik biji benih keembung yang dan tua tu. Tahu tak kami buat apa dengan biji benih ni..erm kami jentik dengan jari dan tup!! ia meletop.. suka sangat dah dapat buat macam tu..anak desa, itupun dijadikan bahan permainan. Selain itu, bunga keembung ni pun antara bahan mainan masak-masak kami lah. Siap!! Mak nampak pasti kena marah sebab suka sangat petik bunga-bunga di halaman rumah.

Ketika zaman sekolah rendah pula, pokok bunga keembung ni lah jadi bahan ujikaji sains kami. Setiap murid cikgu suruh bawa biji benih untuk di tanam dan yang paling popular ketika itu, hampir semua akan bawa biji benih keembung ni. Ermm bernostalgia lagi di anajingga.com ni. Maaf ye, bila menulis pasti seronok berkongsi kisah-kisah silam.

Bagi yang inginkan info tentang bunga-bungaan di tanahair atau pun menikmati gambar-gambar indah kuntuman bunga yang mekar dihalaman, sila lah kunjungi blog kesukaan ana ini MY GREEN EYE'S ( Kak Mala Saad ) . Bagaikan taman-taman Inggeris pelbagai pokok bunga diceritakan disini bersama foto-foto yang sangat cantik di kongsikannya. Rugi bagi pencinta alam jika tidak mengikuti Blog Kak Mala yang peramah dan sering kali bertandang ke sini. Terima Kasih Kak Mala :)

Inilah coretan ana di pagi Rabu yang sepatutnya wordless... :) 

35 Comments

  1. dah lama tak tengok bunga keembung ni. kecik2 dulu memang banyak ditanam oleh arwah mak, cantik pelbagai warna, selain main jentik2 bijinya, daunnya akak pakai dijari, bila dibuka jari menjdi warna oren seolah-olah pakai inai, tapi warnya pudar sahajalah...seronok mengimbas memori dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan aryan azra bila sesekali kita mengimbas kenangan lama-lama ni, segala nya masih segar dalam ingatan .

      Delete
  2. singgah sini.
    cantik bunga keembung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama Ija tak singgah ke AJ, memang cantik kan :)

      Delete
  3. cantik kan...dulu arwah nenek banyak tanam, bila berbunga memang merah je keliling rumah nenek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SA, dikampung-kampung memang popular sangatlah bunga keembung ni :)

      Delete
  4. Kak Zai pun banyak pokok bunga keembung ni tapi hanya ada warna purple. Memang cantik kalau dia berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada macam-macam warnakan kak zai ,cantik-cantik semuanya :)

      Delete
  5. CH pun ada kenangan bermain dgn bunga Kaembong ni Ana..
    Serupalah bila dijentik dia meletop..
    seronok suka..
    pastu daun di genyeh-genyeh kat tangan lepas tu lilit kan kuku .. jadi lah inai..
    Hahahha kenangan betul dgn bunga ni..
    Lagi pun bunga ni senang tumbuh..
    tulah mak2 dulu2 suka tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang je kisah kita ketika kanak-kanak kan CH , begitulah kaedah membesar di kampung :)

      Delete
  6. Bunga keembung, cantik. Teringat pulak satu pantun yang Nani pernah buat dulu.

    Bunga keembung, mekar sekuntum
    Hiasi lama di depan anjung
    Rumah sebumbung pagar bercantum
    Bagaimana bertahan tiang di hujung?

    Hehehhe :D

    ReplyDelete
  7. Cantik bungaa tu, kak.. hee

    Lissa tag akak sini > http://lissa-lissalalissa.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik macam Lisa, ok lisa sayang tq tag :)

      Delete
  8. Cantiknya... Suka bunga nie..
    Kalau ada banyak kaler lagi ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan Sha, memang ada pelbagai kaler bunga keembung ni :)

      Delete
  9. ehhh... sama laa..!! suka jentik2 biji bunga keembung ni.. lepas tu bunganya lenyek2 buat inai.. heheheheee... :)

    tapi sekarang dah susah kan nak jumpa pokok bunga keembung ni.. bagi la ain sikit benihnya kak ana, nak tanam kat umah plak..

    ReplyDelete
  10. Tak tahupun nama bunga..tapi dulu masa kecil pun suka petik bunga mak main masak2..hahaahaha kena marahla.

    ReplyDelete
  11. Kak ana pun suka letupkan jugak ke hehe..sama la..pantang jumpa mesti nak jentik bagi meletup.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Ana tolong promote blog Kak...
    Pokok keembung tu memang mainan kak zaman kecil dulu..tempat kak panggil inai pacar..suka sangat kuit buahnya yang masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Kak Mala, blog kak Mala memang awesome sangat :)

      Delete
  13. slmt malam Ana
    baru tau nama bunga ni keembung hehe
    cantik kalau banyak2 di tanam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak namanya bunga keembung, dalam BI ana google semalam garden blossom katanya hihi :) memang cantik .

      Delete
  14. Ehh..bunga keembung...lupa la penah tengok mana bunga ni...hee..datang mlawat rindu kak ana ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga keembung lah zatie sayang.. alolo kak ana pun rindu dengan adik manis manja ni :)

      Delete
  15. Cantiknya bunga tu... Zumal rasa kami panggil nama lain tapi tak ingat daa

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ye ke, bunga apa ye agaknya Zumal belah utara sana panggil.

      Delete
  16. Mmg cantik bunga keembung ni. Dulu masa cikla kecik2 wan cikla mmg byk tanam bunga ni.. mcm 2 warna...

    ReplyDelete
  17. tanam banyak2 cantikkan. tanam macam2 kaler..meriah taman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah KY pasti berwarna warni halaman kita nanti :)

      Delete