sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 8 Disember 2015

Drama Siri Tersuka Tanpa Sengaja


Drama Siri Tersuka Tanpa Sengaja 


Amyra Rosli dan Amar Baharin ni antara pelakon  yang ana minati lakonan mereka. Ana mula minat dengan lakonan Amar Baharin ketika drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Amyra Rosly pula hampir kesemua lakonannya ana ikuti. Bersahaja dan pandai menjiwai setiap watak yang diberi. Selepas habisnya slot Samarinda Dhia Sofea, satu lagi slot drama siri kali ini di Astro Ria dan Ria HD lakonan Amyra Rosli bakal ana ikuti iaitu drama siri Tersuka Tanpa Sengaja yang menggabungkan mereka berdua serta Emma Maembong. Pasti menarik drama siri yang di adaptasi dari novel karya Pena Kayu ni.


kredit foto: Google Image 


Drama siri 16 episod terbitan Suhan Movie, bersama pengarah tersohor Keoi Haji Khalid manakala skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan mula bersiaran pada 7hb Disember ( Isnin-Khamis, jam 10:00 malam ), di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).


Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja


Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari  disebabkan perselisihan faham dengan ayahnya yang hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tapi ibu tirinya sentiasa mengambil tahu tentang Farhah. Lebih menyakitkan hati bila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya sewaktu sedang sakit. Farhah tidak seruju dengan rancangan ayahnya lalu si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi tidak di endahkan oleh Katrina.


Pertemuan pertama Farhah dengan Syed Arif tidak sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat. Disebabkan perkara itu telah menarik perhatian Arif dimana Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan ibunya. Mulanya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai antara satu sama lain tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam. Ayahnya marah dan menolak daripada menjadi wali dan Farhah berkahwin dengan Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Katrina tidak dapat menerima hakikat bahawa Arif telahpun berkahwin.


Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed (Arif) menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand.


WATAK PELAKON


Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif 
Emma Maembong sebagai Farhah
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda
Faye Kusairi sebagai Mila









kredit foto-foto dan sumber : infotaip.blogspot.com dan Google Image :) 

8 ulasan:

  1. Tak sempat nak tengo drama Kak Ana... balik kerja dah letih... tv pun tak sempat ngadap.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah faham Zaf, bila dah bekerja macm tu banyak urusan lain nak dibuatkan :)

      Padam
  2. Akak dah lama tak mengadap drama ni Ana..
    Last sekali mengadap tv drama berseri ni adalah Nur Kasih..
    Dah tu ada cerita yg akak ikuti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lama dah tu CH, betullah ana pun bukan semua drama sempat layan CH, mana yang melekat tu hadap kadang-kadang terlepas juga hihi :)

      Padam
  3. Kakcik sekarang dah malas nak ikuti drama bersiri walaupun ada banyak masa untuk menonton. Hanya yang kakcik ikuti drama Kutinggalkan Cinta Di Okinawa - bukan kerana pelakon tapi kerana nak tahu kesudahannya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak cik ekceli ana pun tengok sambil-sambil je ni, bukan layan sangat dah sekarang, entri cari trafik namanya ni kak hihi :)

      Padam
  4. tak sempat nak tengok citer ni masa 1st episod, dari sinopsis macam best juga cerita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun dah missed beberapa hari dah hihi :)

      Padam