Bagi yang mengikuti drama siri slot Lestary, Lari Mira,  di TV3 sekitar September lepas, pasti mengenali watak Hadi seorang lelaki Acheh yang terdampar di sebuah desa akibat bencana tsunami, kemudian menemani Mira berjalan kaki dan menempuh pelbagai rintangan untuk kembali semula ke Banda Acheh. Sepanjang perjalanan yang amat penat, kelaparan dan letih di masa yang sama lari dari beberapa penjahat berkaitan sendikit pemerdagangan manusia yang tidak berperikemanusiaan. 




Sepanjang perjalanan itu juga, Hadi telah berjaya merubah hidup Mira dari seorang gadis yang moden dan kurang pegangan agama, akhirnya kembali ke pangkal jalan, merubah cara hidup dan menyesali segala perbuatan silamnya. Watak yang di bawa oleh pelakon muda dari seberang ini ,penuh keinsafan, tutur kata yang begitu beradap dan menjaga tatasusila sebagai seorang lelaki mukmin yang sempurna. Ana sangat tertarik dengan perwatakkannya sebagai Hadi dan bisa mencairkan perasaan sesiapa sahaja yang mengikuti kisah ini dari awal hingga akhir.Jom ana kongsikan semula beberapa adengan yang pernah dilakonkan bersama pelakon wanita jelita dari Brunei Darussalam, Nina Iskandar. Sinopsis drama siri Lari Mira telah pernah ana kongsikan di www.anajingga.com/lari-mira-di-lestari-tv3 .









ERLANDHO SAPUTRA 


Disebalik watak Hadi yang sangat terkesan lakonannya ialah seorang pelakon muda yang tampan dari Jakarta, Indonesia. Dialah Erlandho Saputra. Pelakon dan juga seorang model yang sangat peramah dan sering kali juga berbalas komen di Instagram @anajingga dan entri ini ana tulis khas buatnya sempena kehadirannya ke Kuala Lumpur ketika ini. Untuk peminat yang ingin  mengenali pelakon hebat ini, boleh lah mengikuti perkembangannya di dalam dunia lakonan dan modelling serta aktiviti hariannya di Instagram @Erlandho Saputra. Semoga Erlandho akan terus sukses di dalam segala bidang yang diceburi khasnya sebagai seorang pelakon yang berjaya mencipta nama di persada seni nusantara, In Shaa Allah.

Sama-sama kita nantikan drama atau filem yang bakal diwarnainya di masa hadapan kerana secara peribadi ana sangat merindui drama Lari Mira yang sarat dengan mesej kemanusiaan, keinsafan, lumrah kehidupan dan penyesalan di akhir episod. Bagi ana, Lari Mira sebuah naskah yang terbaik sepanjang tahun 2015.Tahniah buat Erlandho Saputra, Nina Iskandar, Nazrief Nazri  dan semua pelakon, pengarah dan produksi yang terlibat di dalam drama hebat ini.


Ikutinya di Instagram Erlandho Saputra 







kredit foto-foto dari Instagram Erlandho Saputra dengan izinnya . Thank you so much :) 

20 Comments

  1. saya ada tgk juga cerita ni kak ana..tp xselalu..ada skip..tp memang best..watak hadi memang berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikceriacorner, panjang namanya... memang sebuah naskah drama yang sangat menarik pada kak ana :)

      Delete
  2. tak pernah tengok lakonan beliau...nanti boleh cari2 online..

    ReplyDelete
  3. Ada gak tengok satu hari tu. Cam menarik sebab bukan kisah buku cerita yang diharapkan wanita diluar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah anis, lain dari yang biasa kita tonton kan :)

      Delete
  4. ros ada gak tgk lari mira ni tapi episode yang sempat je la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak follow ye ros, kak ana kalau dah melekat memang follow habis hihi :)

      Delete
  5. hensem pula tu. eh. haha

    ReplyDelete
  6. Hensem, hehe. Tapi dalam drama Lari Mira tu, watak Hadi memang watak yang baik gila orangnya. Kalaulah dalam real life ada ore gitu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sha baik sangat, lembut je pertuturannya, dari situ lah jatuh hati dengan lakonan Nina Iskandar dan Erlandho Saputra ni :)

      Delete
  7. kak tolong kak.. nak inhaler... hensem sangat ni... *sesak napas*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ampun Zaf.... bawa bertenang .. tulun tulun :)

      Delete
  8. best ni saya ada tonton ...

    ReplyDelete
  9. wah bertuah ya dapat interaksi dengan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ,erlandho sangat peramah dan sering kali berinteraksi di IG berbalas komen :) semoga beliau terus sukses dalam segala bidang .aamiin

      Delete