sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 5 Disember 2015

KEMASKINI BRIM 2016 SECARA ONLINE MULAI 5 DISEMBER


KEMASKINI BRIM 2016 SECARA ONLINE MULAI 5 DISEMBER



Pengumuman penting buat penerima BRIM semua, bagi yang layak silalah ambil perhatian, ketidakpekaan anda mungkin menyebabkan anda keciciran untuk memperolehi BRIM tahun hadapan. Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM. 


Seperti yang telah dibentangkan dalam bajet 2016, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M adalah RM800. Manakala BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM400.
Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online boleh di lakukan di laman-laman web berikut:






Terkini: Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.


Semakan Keputusan BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0



Semakan status pembayaran BR1M 2016 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2016 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.


Jadual Agihan Pembayaran BRIM 2016 


Terkini Tentang Agihan BR1M dari laman web:  https://ebr1m.hasil.gov.my


klik untuk besarkan gambar 


Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050

1.Agihan pertama: RM250 mulai 28 Januari 2016
2.Agihan kedua: RM250 mulai 28April 2016
3.Agihan Ketiga: RM 300 mulai 23 Jun 2016
4.Agihan Keempat : RM250 mulai 28 September 2016

Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000

1.Agihan pertama: RM250 mulai 28 Januari 2016
2.Agihan kedua: RM250 mulai 28April 2016
3.Agihan Ketiga: RM 250 mulai 23 Jun 2016
4.Agihan Keempat : RM250 mulai 28 September 2016


Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800

1.Agihan pertama: RM200 mulai 28 Januari 2016
2.Agihan kedua: RM200 mulai 28April 2016
3.Agihan Ketiga: RM 200 mulai 23 Jun 2016
4.Agihan Keempat : RM200 mulai 28 September 2016



Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

1.RM400 mulai 28 Januari 2016

*Tertaluk pada perubahan.Sebarang perubahan dimaklumkan oleh  MOF dari semasa ke semasa.

Tempoh Kemaskini BRIM 2016 


5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015

sumber : https://ebr1m.hasil.gov.my

32 ulasan:

  1. Terima kasih atas maklumat...mohon kongsikan ya...

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum kak ana ku yg comel...
    Bee doakn kak ana & fmly sntiase sht ceria & sntiase dlm lndungan ALLAH...
    thanks for the info...
    slamat brehat & brsantai diujung mggu dgn fmly trcinta...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Bee, terima kasih atas doa dan ucapan dari Bee,aaminn :)

      Padam
  3. Huk2.. tak pernah dapat.. tak tahu boleh dapat or tak..

    nak cuba nasib lah... heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah Zaf kut-kut sangkut hihi :)

      Padam
  4. Terima kasih kongsi berita bab BRIM nie..
    Kena try apply la mana la tahu boleh..

    AM nak ajak join GA
    Giveaway Disember 2015 Cash RM500

    Berminat menjana RM2400 sehari??? KLIK SINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama AM, terima kasih atas kunjungan ke Aj :)

      Padam
  5. Terima kasih kak Ana. Insha Allah, mungkin depan saya nk kemaskini brim mak n abg saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama shameel, kak ana pun update untuk abah di kampung, mudah dan cepat bila online ni, cuma pastikan lakukan buka peak hours sebab line agak perlahan :)

      Padam
  6. dah pernah isi tapi tak layak..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memei le Nick, tahun ni lagi tak layak dah ada cikgu cikgi campur dua hihi :)

      Padam
  7. Balasan
    1. penting bagi yang layak kan Nani :)

      Padam
  8. Maklumat yang lengkap mengenai BR1M

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan memberi manfaat buat orang di luar sana aRz :)

      Padam
    2. memudahkan orang lain Insyaallah Allah mudahkan pula urusan kita

      Padam
  9. dah dah yahooo eheh.. tapi 2 tahun da x dapat BRIM.. mana pi ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha income bertambah laa tu zaf :)

      Padam
  10. jemput kemas kini ramai datang dah tu ambil borang..apapun Etuza dah tak layak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki buat orang lain pula kan Etuza :)

      Padam
  11. rezeki buat mereka yang boleh memohon BR1M

    BalasPadam
  12. Suami tak layak..klu tukar nama isteri boleh tk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samsuriana: kalau ikut pada syarat kelayakan untuk permohonan Br1m ni, ialah ketua keluarga, maknanya hanya untuk suami sahaja lah, dan pengiraan jumlah pendapatan isi rumah dikira sekali pendapatan suami isteri..cuba semak semula kategori yang ada di atas.. :) semoga dapat membantu .

      Padam