sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 18 Disember 2015

Makanan Jepun Yang Sedap


Makanan Jepun Yang Sedap 


Ana ni memang selera orang kampung, selera Melayu tulen. Namun bila berjalan dengan anak-anak ni yang suka makan menu-menu antarabangsa, jadi ana pun sukalah mencuba bersama mereka.Apatah lagi Adik Ika yang gemar makan makanan-makanan 'Doraemon' ni. Satu demi satu ana cuba dan Alhamdulillah kena juga dengan selera Melayu ana. Cuma sushi sahaja yang ana tak lalu nak telan. Mungkin sebab tak pernah rasa dan memang tak ada keinginan nak makan agaknya. Sambil berjalan di Aeon baru-baru ni bersama Adik Ika, kami mencuba dua lagi menu makanan Jepun di sini, iaitu Okonomiyaki dan Kakiage. Jenuh nak menyebutnya, siap Google ejaan takut tersalah eja pula.




Kakiage


Makanan ini bolehlah ana samakan dengan cucur, intinya ada yang diperbuat daripada udang, isi ketam, ayam dan sebagainya. Di goreng rangup dengan sayur-sayuran segar seperti lobak merah, kacang buncis dan juga bawang besar atau bawang holland. Sedap juga di makan panas-panas. Ia salah satu dari tempura lah senang cerita. Lebih enak di makan dengan sos thai. Memang sedap, tak rugi jika ingin mencubanya.

Okonomiyaki





Selain Kakiage, petang itu kami juga mencuba Okonomiyaki. Yang ni memang sedap sebab rasanya lebih kurang Takoyaki. Cuma ia lebih banyak adunan batternya dan menurut Wikipedia, inti atau ramuannya adalah berbeza mengikut sesuatu daerah di Jepun. Ia di samakan seperti pankek cuma bahan toppingnya yang berbeza dan juga terdapat taburan Bonito Shaving. Dari segi rasa lebih kurang dengan Takoyaki juga cuma pada ana, takoyaki lebih memikat hati.

Ana pernah kongsikan kisah Takoyaki di SINI . Bagi yang ingin mencuba dua menu yang ana kongsikan disini boleh lah ke mana-mana cawangan Aeon berdekatan. Harganya amatlah berpatutan, untuk seketul Kakiage cuma berharga RM 3.50 manakala Okonomiyaki ni jika tak salah ana RM5.90. Tak berapa ingat pula harga yang tepat. Sekadar berkongsi pengalaman makan makanan Jepun yang sedap di www.anajingga.com

34 ulasan:

  1. Nampak macam sedap, tapi saya lebih suka sushi lagi, cuma yang sushi ikan salmon saja kurang menarik minat saya.. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap Shikin, alahai kak ana sushi je yang fail nak telan hihi :)

      Padam
  2. Macam best je yang tempura tu...
    nanti nak cuba la.. takoyaki sha x berape boleh terima.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempura tu memang sedap, garing.. haha takoyaki feveret kak ana Sha :)

      Padam
  3. macam-macam betul nama dia ya kak ana...yang saya selalu sebut hokage...tapi tu bukan makanan, tapi gelaran dalam cerita naruto hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi naruto pun masuk gak ye..kak ana suka ninja boy si simbe yang comot tu haha :)

      Padam
  4. amboi kak ana...saya letak gambar kek dia letak kakiage

    BalasPadam
    Balasan
    1. kikiki..nak kek cokolat aRz tu jugakkk :)

      Padam
  5. Balasan
    1. nani nanti jjcm boleh lah try semua tu kat aeon je ni :)

      Padam
  6. bestnyaaa! lissa pernah rasa sshi dengan tokoyaki jek.. yang lain-lain tak pernah lagi.. hhe

    BalasPadam
  7. errrmmm..sushi pomm..pilih yg mgkin tekak terima..yg akak mkn ni..klu kita sebut masa order..mesti rasa mcm org jepun kan..comel!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha, kak ana pun kalau depa tak tulis nama menunya memang tak sebut betul kut hihi :)

      Padam
  8. Salam kunjungan Ana. Best jgk sesekali menikmati makanan Jepun

    BalasPadam
  9. saya pun sushi takleh nak telan sgt. ade beberapa je yang boleh masuk.

    kc tag kak ana kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/12/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kan Kak Cik sayanggg.. ok dear, best of luck :)

      Padam
  10. Zura plak suka sangat makan shushi.
    suka beli shushi kat Aeon big. murah. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak kak ana pun suka sushi ni Zura :)

      Padam
  11. assalamualaikum ana..sedapnya tengok..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, sedap sesekali tukar selera kan mama :)

      Padam
  12. makanan jepun yang pernah makan pun sushi saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya sushi lah paling digemari kan kak mala :)

      Padam
  13. okonomiyaki x berkenan sngt.. or CT jumpa yang x best kot.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah CT kalau nak banding dengan takoyaki lagi sedap bagi kak ana :)

      Padam
  14. Saya suka makan takoyaki nampaknye lepas ni kalau ternampak akonomiyaki tu kene la cuba makan...tapi kat melaka ni tak penah nampak lagi...

    BalasPadam
  15. aida pernah makan takoyaki aje.
    lain lain, x berapa berani nak cuba :) hi hi

    BalasPadam
    Balasan
    1. okonomiyaki tu sama rasanya macam takoyaki aida :)

      Padam
  16. makanan jepun yang pernah rasa wasabi dengan takoyaki je. yang lain-lain tu belum lagi.. hehe.Insya Allah satu hari nanti. singgah di sini jalan-jalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah nur sabrina, ada rezeki boleh mencuba yang lain-lain pula nanti kan, terima kasih singgah ke AJ :)

      Padam