Lokan


Setelah sekian lamanya, inilah kali pertama ana masak dan merasa makan lokan.Apa itu lokan? Pernah dengar dan pernah juga melihatnya ketika ana ke Pantaiu Remis, Jeram, Selangor dahulu. Tetapi memang tak ada hasratpun hendak membelinya, namun nak rezeki, jiran ana, Man dan Ida yang baru balik dari kampung halaman mereka di Kelantan, membawa pulang lokan yang di kutip sendiri dipantai, menurut mereka. Dan petang itu mereka memberikan ana seplastik penuh berisi lokan.Inilah rupa paras lokan.Sama spesis kerang atau siput lala dan yang sewaktu dengannya, cuma ia bersaiz besar. Lebih kurang dua inci lebarnya.Besarkan..Adik Ika memanggilnya kerang gergasi..


Lokan



Cara memasak lokan 


Daripada apa yang ana lihat pada lokan ni, ia diselaputi lumpur pasir laut. Jadi ana pasti sebelum memasaknya, kita perlulah membersihkan sebiji demi sebiji lokan ini. Proses pertama ana rendam di dalam air seketika, bilas berulang kali sehingga kelihatan hampir jernih air bilasannya. Kemudian mulakan menyental kulit lokan ini satu persatu. Barulah bersih... 

Ana sendiri yang memang tak tahu apakah resepi yang hendak diwarnai dengan lokan ni, bertanya kepada beberapa rakan dan saudara mara di 'group whatsapp'. Macam-macam idea yang diberikan. Ada yang menyarankan masak lemak , dibakar sahaja, di rebus, dibuat sambal, rendang dan macam-macam lagi. Dalam kata lain, apa sahaja yang boleh dimasak sama seperti kerang.Untuk mengelakkannya dari busuk, ana rebuskan sahaja lokan ini dahulu dan dikupas isinya.


lokan rebus


Merebus lokan tidak mengambil masa yang lama. Dalam beberapa minit selepas ia mendidih, dan terbuka dengan sendirinya, padamkan api.Lokan rebus ini juga sedap di makan begitu sahaja. Ana cicah bersama Thai Sos dan selebihnya, malam itu memandangkan kami nak makan mee segera sahaja, ana masukkan ke dalamnya. Maka jadilah ia Mee Maggi Lokan.


Maggi Lokan 

Bagi yang ingin mencuba lokan ni, ana sarankan bolehlah di masak sambal, rendang atau pun masak lemak.Pasti sedap kerana rasanya sama seperti kerang cuma sedikit kenyal.Mungkin kerana ia bersaiz yang agak besar.Isi lokan yang telah dikupas bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari sahaja. Sekadar berkongsi pengalaman masak dan makan lokan di www.anajingga.com. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.

30 Comments

  1. tak pernah makan sebab memang tekak takleh terima..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar LZ, ... ada yang tak boleh nak makan lokan ni mungkin saiznya barangkali.

      Delete
  2. kak ana..PC pernah nampak lokan..tapi tak pernah makan lagi la kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PC, kak ana pun sebelum ni banyak kali tengok je tapi ni kali pertama makan lokan ni :)

      Delete
  3. sy suka masak rebus je lokan ni kak ana. sedap airnya. manis. kalau mil pula suka masak lemak lokan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak ana pun makan yang rebus tu Yumida dan ada sepupu kak ana suh masak lemak juga :)

      Delete
  4. Fuh..fav wana ni kak..wana suka sangat makan..rebus macam tu ja dan cicah dengan perahan limau kasturi, cili padi dan kicap..double wow!!!!hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow sedap juga kan cicah air asam, sebab hari tu kak ana cicah sos thai je :)

      Delete
  5. Replies
    1. same r...kite pun tak pernah makan lokan..hehehe

      Delete
    2. hihi dua-dua adik kak ana ni tak pernah makan ye.. rindu lah korang berdua sangat2 :( sayang nani dan mas ..muah ciked

      Delete
  6. Kak Ana, macam sedap je nmpak lokan tu lagi-lagi bile makan dengan megi.. #sambiltelanayaqliuq

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebenarnya mas nak kata meggi tu yang sedap kan hihi :) boleh tahan lah mas rasa dia ala-ala kerang tapi kerang lagi sedap pada kak ana .

      Delete
  7. X berapa suka makan lokan nie... Tapi tengok kak ana masak macam sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak meggi je Sha, sama lah kak ana pun mencubanya pertama kali ni.:)

      Delete
  8. tak pernah makan lagi kerang..nampak sedap cicah ngan sos :)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. haha kat Ganu banyak kut Sha pantai sana kan :)

      Delete
  10. Suka lokan..kat area rumah CP ada banyak gerai jual lokan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak CP masakkan.... mesti sedap...

      Delete
    2. oo banyak ye ka sana CP.. haa cepat masakkan Zaf tuu CP :)

      Delete
  11. Tak pernah makan lokan. dengar nama ja...

    ReplyDelete
  12. Saya pestime makan lokan kat sabah taun lepas...lokan bako...yum2 sedapnyeee teringat2 sampai sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Malinda, menyesal juga kak ana tak try bako, jiran kak ana dia bakar sedap katanya :)

      Delete
  13. pernah makan tapi siyes x reti masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik En mesti makan kat kedai ni kan hihi :)

      Delete
  14. menarik!
    sejujurnya aida x pernah makan lokan ni.
    biasa nampak just tak jadi pilihan aida :)
    lom lagi. in shaa Allah later boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah nanti boleh lag cuba aida :)

      Delete