resepi rendang pegaga
kredit foto : FB azura hawa 



Kali ini ana nak kongsikan satu resepi tradisional dari jiran tersayang Azura Hawa. Bukan tradisional Perak seperti yang sering kali ana update di www.anajingga.com tetapi paling menarik kerana ianya resepi dari arwah abahnya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Ermm memang meleleh air mata bila di makan, namun percayalah tak boleh berhenti menyuap ke mulut. Lagi dan lagi. Subhanallah.. teramat sedap.

Sejak berumahtangga ni, ana memang menggemari masakan orang Negeri Sembilan. Dari awal perkahwinan, diberiNya peluang mengenali kakak angkat ana, kak Emimy orang Paroi, yang selalu  menyajikan masakan lemak cili apinya dan yang paling segar dalam ingatan ialah lemak cili api ketam serta lemak cili api ayam kampung dan maman.Kemudian semasa menghuni di Ukay Perdana dahulu, jiran paling akrab ialah Yati dan keluarganya dan hampir setiap minggu bertukar juadah istimewa dari negori yang sedap-sedap air tangan Wan. Alhamdulillah disini pula, di takdirkan berjiran dengan Zura yang rajin menghulur rezeki masakan-masakan lazat orang negori dan Melaka yang pasti terkenang-kenang kesedapan.Inilah nikmatnya ukhuwah berjiran.

Jom ana kongsikan resepi rendang pegaga yang diberikan sendiri oleh Zura dan dengan izinnya, ana kongsikan semula di ruang abadi ini, yang mana mungkin dapat memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.

Resepi Rendang Pegaga



Bahan-bahannya:

6 ikat daun ulam pegaga ( direndam dengan air garam seketika dan dibasuh bersih)
1/2 kilo atau 500 gram ikan bilis ( dikopek, bersihkan dan ditumbuk)
Kerisik (dalam setengah biji kelapa parut )
Santan kelapa ( 1 kg )
Bawang merah ( 3 ulas - dikisar) 
Bawang putih ( 3 ulas- dikisar )
Halia ( 1 inci - di racik )
Kunyit hidup ( 3 buku - di tumbuk  )
Serai ( 3 batang - di ketuk )

Bahan rempah:

Cili kering (anggaran RM1 - di blend )
Lada hitam (1 sudu )
Kayu manis ( 2 batang )
Ketumbar ( 4 sudu )
Jintan manis / jintan putih (1 sudu )
Buah pelaga, cengkih, lada putih ( ikut rasa )


Cara-cara memasak rendang pegaga 

1. Sangai semua bahan rempah kering dan di blend halus.(Sangai ialah goreng tanpa minyak ) 
2.Masukkan semua rempah, cili kering, kunyit, ikan bilis,bawang merah , bawang putih, halia, serai ke dalam kuali dan masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan daun pegaga, letakkan sedikit air.Kacau sampai kecut.
4. Masukkan santan pekat dan biarkan kering sedikit barulah masukkan kerisik.
5. Kacau sampai kering kehitaman. Resepi ini tidak menggunakan minyak.
Bak kata Zura 'leburkan aje ' di dalam kuali dan kacau sentiasa. 


rendang pegaga



Selamat mencuba


30 Comments

  1. perghhhh...telaaann air liurrr kot tgk! :(

    ReplyDelete
  2. Wah sedap tu Ana..
    Akak pun sejak berkahwin dengan en suami ni lah..
    Baru kenal makan rendang degan maman..
    perghhh memang sedap walaupun mengalir airmata menahan podeh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CH , memang sedap sangat rendang ni, ana simpan beberapa hari dalam peti sejuk untuk makan sedikit demi sedikit dengan nasi.Anak-anak memang tak berapa suka sebab ada sedikit pahit pegaga, namun bagi kita ni memang itu yang sedapnya kan :)

      Delete
  3. sedapnya Kak Ana.. Makan lak dengan sambal tempoyak.. mesti ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah Sha, belum musim tempoyak kan sekarang ni hihi :)

      Delete
  4. tengok dari bahan2 pon dah bole bayang camne rase rendang pengaga ni...mesti sedap menajilat jari...ni kalau saya masak mesti mak suka sangat ni...inshaa Allah ada waktu nanti bole cuba buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Malinda, ni resepi dari jiran kak ana orang Rombau most wanted hihi, memang sedap pada selera kak ana :)

      Delete
  5. rasanya ini pertama kali dengar..sebab lazimnya rendang ayam..daging..kerang..dan kali ini rendang pegaga..ilmu baru ni kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC, kak ana pun awalnya ingat ada daging dalam rendang ni, tapi cari-cari tak jumpa sekadar daun pegaga sahaja tapi sedap pula tu bila di makan macam tu sahaja.

      Delete
  6. ehehe hari tu balik kampung ada orang kasi jugak.. tu la festime makan Kak Ana.. jakun la mula2.. tapi yg tu da rasa macam daging =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak ana pun CT, jakun sat hihi tapi suka pula tuu siap minta resepi tepek sini dulu, mana tahu nak buat nanti cari semula disini kan hihi :)

      Delete
  7. assalamualaikum ana...wah belum cuba n mkn lg resepi ni...bila senang nanti boleh buat juga..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, boleh kan mama ada masa lapang kita cuba pula buat resepi ni :)

      Delete
  8. salam kak , saya tak makan pegaga hehhe XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Yana orang muda-muda ni memang tak minat ulam-ulaman lagi, sama macam anak-anak kak ana :)

      Delete
  9. maman tu sejenis siput kan kak ana?

    terima kasih.. nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bertuah Zaf, maman tu sayur yang dijeruk sayangku... hihi :)jauh beno larinya ...

      Delete
  10. Pertama kali tau rendang pegaga..

    ReplyDelete
  11. Wah nak kena cuba gak nanti. Pegaga mudah dapat kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau CP suka makan pegaga boleh lah cuba, mak suka tak agaknya hihi :)

      Delete
  12. 1st time dengar rendang pegaga...memang nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Kak Mala, ana sendiri pun pertama kali makan dan rasa terus fall in love..sedap sangat :)

      Delete
  13. sedap nampaknya tu, aka tak pernah cuba rendang pegaga nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun first time mencuba dan terus terpikat hihi :)

      Delete
  14. pegaga boleh ya buat rendang ada depan rumah ..makan daun kata orang aeet muda gitu...))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Etuza, kak ana pun baru tahu tentang resepi orang negeri sembilan ni :)

      Delete