Sotong Masak Kicap 




Hari Sabtu ni selalunya ana jarang masak masakan yang berat-berat. Biasanya ana suka masak yang mudah dan simple. Untuk kali ini, ana sajikan menu sotong masak kicap yang ringkas. Ianya sangat mudah untuk disediakan dan tak kurang juga enak rasanya. Resepinya hanya menggunakan bahan yang sedai ada di dapur.

Resepi Sotong Masak Kicap


Bahan asasnya mestilah beberapa ekor sotong hitam yang dibersihkan terlebih dahulu. Bahan tumisannya, ana menggunakan beberapa biji bawang besar, bawang putih dan halia. Hiris kesemua bahan dan tumiskan ke dalam kuali. Masukkan lada sulah dan tuangkan sos cili. Masukkan kicap pekat manis dan sos tiram (jika ada). Akhir sekali masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi.Rasakan dengan garam. Masakkan ini tidak perlu tambah air kerana sotong yang di masukkan tadi akan menambah kecairan masakan kita. Siap untuk satu menu hidangan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan.

24 Comments

  1. Nampak sedap..biasa makan sotong goreng ja naJ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Etuza, ana cukup takut nak goreng sotong ni, meletop2 hihi :)

      Delete
  2. nyum, dh wktu lunch dah..jmput mkn :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ana..sedap ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, haha simple je ni kan mama :)

      Delete
  4. sedap Kak Ana.. hehe alamat please.. nak ketuk pintu rumah..

    ReplyDelete
  5. Baru masak ni semlm hihi..favourite dr kecik ni...yum yum :)

    ReplyDelete
  6. simple but nice but sedap but lazat amat

    ReplyDelete
  7. Kakcik kalau cuci sotong mesti sampai putih kakcik kerjakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buang semua selaput hitam tu kan kak cik hihi :)

      Delete
  8. sedapnyee. lapar pulak rasa tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jom masak leyla, senang sangat resepi kak ana ni :)

      Delete
  9. Sedapnye.. Makan lak ngn nasi putih dan sambal belacan.. memang terangkat nie kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow sambal belacan dilupa jangan ye sha :)

      Delete