sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 14 Disember 2015

Tempat-tempat Menarik di Malaysia


Tempat-tempat Menarik di Malaysia


kredit foto : beautiza.com


Mengambil mood cuti sekolah pada ketika ini dan banyak trafik yang masuk dari keywords tempat-tempat menarik di Melaka , ana mengambil ruang disini untuk berkongsi dengan pembaca www.anajingga.com tentang empat lokasi percutian yang tidak begitu popular namun cantik dan menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan. Destinasi yang  telah dikenali memang banyak untuk kita kunjungi, apa kata kali ini kita mencari kelainan dan mengenali empat lokasi di sekitar tanahair yang mana sekiranya berada di daerah-daerah tersebut boleh lah kita kunjunginya. Empat lokasi terpilih kali ini ana ambil dari perkongsian rakan-rakan blogger dari daerah yang berlainan.Jom teruskan pembacaan bersama.


 Lombong Cantik Pulau Pinang


tempat yang cantik untuk outdoor fotoshoot



Pulau Pinang memang salah satu destinasi pelancungan yang telah tersohor seantero Malaysia. Banyak lokasi-lokasi terkenal yang boleh dikunjungi seperti Bukit Bendera, pantai-pantainya yang indah malahan terdapat pelbagai tarikan baru yang ada disekitar bandarnya. Namun satu lagi lokasi yang telahpun viral di media sosial pertengahan tahun ini ialah sebuah lombong terbiar yang terdapat di Tasik Gelugor, Pulau Pinang. Andainya berada di sekitar kawasan tersebut, bolehlah singgah kerana ia merupakan sebuah lokasi yang sangat indah buat peminat photografi. Perkongsian penuh bolehlah ke laman web yang ana sertakan di lokasi lombong cantik di pulau pinang . (Klik pada link yang diberi ) 

Air Terjun Sungai Pandan, Panching,Kuantan




Jika sebelum ini, Kuantan sinonim dengan keindahan pantai-pantainya yang menarik, kali ini ana cuba mendapatkan kelainan dengan mengetengahkan sebuah lokasi air terjun yang tidak kurang indahnya dan jernih airnya untuk dikunjungi warga Pantai Timur khasnya mahupun pelancung yang bercuti di sekitar Kuantan, Pahang Darul Makmur. Menerokai keindahan alam semulajadi yang bersih dari sebarang pencemaran alam, mudah-mudahan ianya kekal sebegitu. Boleh baca entri penuh perngalaman seorang Papa dan keluarganya mandi manda di link ini : Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan . 

TEMPAT BEST DI REMBAU,NEGERI SEMBILAN




Dari Kuantan kita kenali pula satu daerah kecil yang terletak di Negeri Sembilan yang popular dengan jolokan Rembau Most Wanted, mana lagi kalau bukan Rembau. Pastinya bila kita sebut tantang Negeri Sembilan yang paling dikenali ialah pantai peranginan Port Dickson dan juga senibina dan adat tradisi Minangkabaunya. Andai nya berada di sekitar bandar Rembau, juga ada tarikannya yang tersendiri untuk dikunjungi. Jom baca entri penuh di pautan yang ana berikan ini, catatan dari anak gadis Rembau itu sendiri : Tempat menarik di Daerah Rembau Negeri Sembilan . 


Menara Condong, Teluk Intan




Condong ke senget gambar di atas tu, sama lah kan, entri tuan rumah pastilah menara kebanggaannya Menara Condong yang terdapat di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak ni. Jika melalui bandar Hilir Perak, pasti dan wajib singgah bergambar di Dataran Menara Condong. Yang lebih menarik selain dari waktu siangnya, Menara condong juga istimewa di malam hari, apa yang menarik kenalah baca di SINI .

Inilah empat lokasi menarik yang jarang di ketengahkan di laman-laman blog sebelum ini. Semoga perkongsian ana di www.anajingga.com dan rakan-rakan akrab di atas dapat mengetengahkan tempat-tempat yang tidak kurang menarik disekitar tanahair untuk di kunjungi umum. In shaa Allah, luaskan pengetahuan melalui pembacaan dari pengalaman rakan-rakan blogger yang tidak jemu-jemu berkongsi di alam maya. :) 

30 ulasan:

  1. LOmbong tu macam seram n xsedap hati je tgk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesuai untuk sessi fotografi kan AZ :)

      Padam
  2. tempat yang menarik...walaupun mungkin kurang mendapat perhatian pelancong dari dalam negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. terlepas pandang dan kurangnya promosi agaknya aRz :)

      Padam
    2. tapi bagi yang minat dengan alam semulajadi akan menemui tempat seperti ini

      Padam
  3. air terjun sungai pandan, menara condong dan juga rembau aRz belum sampai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah satu hari nanti ada rezeki sampai lah arz :)

      Padam
  4. Tak tahu pula ada lampu yang berwarna di menara condong teluk intan di sebelah malam...menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam dia bertukar-tukar warna lampunya aRz :)

      Padam
    2. menarik....nak singgah satu hari insyaallah

      Padam
  5. Suka tengok menara condong waktu malam..suka mandi air terjun tapi lombong tu macam tak sesuai lak untuk percutian keluarga..kalau setakat nak bergambar boleh la ye..buat photoshoot

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm sesuai untuk sessi fotografi kan CP :)

      Padam
  6. Satu hari pergi lombong tu blh jmpe arz. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aRz duk tunggu PapaG kat lombong tuu , pii lah sana jumpa hihi :)

      Padam
    2. aiyoookk... tak tahuuuu :)

      Padam
  7. lombong tu memang cantik, ada tengok photog ambil gambar sekitar tasik tu. Mula2 ingat kat luar negeri. Rupanya kat guar petai, penang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Kak Mala pernah viral sekejap,beberapa bulan lepas..cantik untuk bergambar kan :)

      Padam
  8. Wow air terjun tu cam best je mesti sejuk mencengkam kalbu air dia...sukaaaa mandi air terjun

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Malinda, macam best je nak pii mandi manda sana :)

      Padam
  9. Ada gak lombong cantik yerp. Baru tau ☺

    BalasPadam
  10. pegi lombong jangan lupa pakai topi.. panas terik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan CT, panas terik tengok pun boleh rasa :)

      Padam
  11. aida lom abis rata malaysia lagi.
    byk tempat lom gi :)

    BalasPadam