kredit foto: vividscreen.info


Bagaimana Mengajar Anak Membaca Di Awal Usia 


Lain orang lain cara dan kaedah dalam mendidik anak-anak. Semuanya berkisar dari latar belakang ibu ayah, taraf pendidikan serta persekitaran anak-anak itu membesar. Dan tak kurang juga faktor ekonomi masa kini di mana jurang pendapatan turut sedikit sebanyak mempengaruhi sesetengah ibu bapa dalam mendidik anak masing-masing. Namun pastinya setiap dari zuriat yang kita lahirkan ingin di asuh dan di didik sebaik mungkin agar menjadi insan yang cemerlang dari dunia hingga akhirat. 

Mendidik anak adalah tanggung jawab besar bagi kedua ibu bapa. Jika dahulu tanggung jawab mendidik lebih cenderung kepada si ibu, namun desakan hidup masa kini memerlukan kedua-dua individu ini memikul amanah yang diberi disamping menyediakan keperluan hidup keluarga. Ibu bapa yang bekerjaya pasti kurang ruang dan waktu untuk berada disisi anak-anak dari awal usia hinggalah ke peringkat menuju alam kedewasaan. Namun usah gentar kerana di mana ada usaha disitu ada caranya.

Pendidikan awal bermula di peringkat bayi masih di dalam kandungan lagi. Ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang semasa bayi masih belum dilahirkan. Pemakanan, emosi serta sebagai umat Islam amalan-amalan yang baik hendaklah diamalkan di mana ia akan terus bercambah hinggalah anak dilahirkan ke dunia kelak, In Shaa Allah.

Tidak dinafikan juga ramai ibu bapa yang bekerja berhadapan dilema dalam mendidik serta mengajar anak-anak diperingkat awal usia. Kerana faktor masa dan kerjaya, mengasuh dan mengajar anak-anak khasnya dalam peringkat 3 M  iaitu membaca, menulis dan mengira, telah kita serahkan kepada pengasuh ataupun guru Tadika. 

Dari pengalaman ana sendiri mendidik anak-anak untuk mengenal huruf di peringkat awal, ana menggunakan teknik flash card . Selain dari itu, ana juga suka membelikan buku-buku yang bergambar dan bersaiz besar atau big book. Mulakan dengan gambar-gambar yang besar, mudah dan menarik perhatian mereka. Seperti kedua-dua anak perempuan ana, carilah buku-buku dengan tema princess serta kartun-kartun comel. Ia juga memudahkan mereka mengenal dan mempelajari huruf dan nombor.

Buku mewarna juga dapat mendidik anak-anak dengan mudah untuk menulis kelak. Apabila mereka bijak menggunakan pensil warna, pasti dengan mudah menulis dan membentuk huruf kemudiannya. Itu kaedah lama, kini dengan kepesatan teknologi lebih banyak bahan-bahan elektronik dapat membantu anak-anak belajar. Dan untuk ibu bapa juga perlu belajar, salah satu caranya dengan memiliki ebook. 

Generasi kini bukan lagi seperti zaman kita dahulu, di mana setelah masuk ke alam Tadika baru pandai membaca. Anak-anak kini kebanyakkannya telah mula kenal huruf, menulis malah mengira sebelum di hantar ke Tadika.Dengan ini, mereka tidak akan ketinggalan dan mudah menerima pelajaran. Namun tidak semua anak-anak bernasib baik, tetapi janganlah bimbang kerana kepesatan teknologi masa kini membolehkan kita belajar sesuatu ilmu hanya dihujung jari. Dengan sedikit modal, In Shaa Allah, kita sebagai ibu bapa juga akan dapat ilmu dan tips bermanfaat dalam kaedah mendidik anak-anak dari dalam kandungan hinggalah tips dan panduan mengajar anak membaca seawal usia lima tahun. 

Jawapannya ada di sini. 
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!



29 Comments

  1. Dulu kak Zai pun mengajar anak macam cara ana. Gunakan buku besar dan berwarna.Alhamdulillah anak2 dah punya kerjaya yg baik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Zai, ana didik dan asuh anak-anak sendiri apabila anak sulung berusia enam tahun dan masul Tadika dah boleh membaca.menulis dan mengira termasuk mengaji Iqra' pun ajar sendiri. Tahniah buat Kak Zai dan keluarga.

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih Raihanah.semoga bermanfaat :)

      Delete
  3. Dulu arwah tok wan nak ajar baca, dia bagi komik doraemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..Zumal,nak-anak kak ana masih ada lagi simpan koleksi komik Doraemon ni :)

      Delete
  4. Nak ajar dia baca alif ba ta tak lepas2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kena kesabaran dan semangat yang tabah anis dalam mendidik anak-anak ni..In shaa Allah anis juga boleh nanti..kak ana doakan..amiin .

      Delete
  5. Thank you Kak Ana... in sha allah.. bakal digunakan pada masa kelak... *terskema pulak ayat*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi skema sungguh Zaf... Amiin In shaa Allah :)

      Delete
  6. perkongsian yang bagus kak ana...

    ReplyDelete
  7. Hi, perkongsian info yang bagus ni. Salah satu cara Sue Bee, guna komik berwarna warni yang bersesuaian dengan umur anak. Lagi satu kena kita sendiri rajin membaca, anak2 memang akan ikut. Bukan nak riak, tapi anak2 SB, belum habis tadika memang sudah pandai membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SB setuju. anak-anak akan ikut apa yang ibubapa lakukan

      Delete
    2. Alhamdulillah SB, betul tu kita sebagai ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik buat anak-anak ni.. in shaa Allah mereka akan ikut apa sahaja yang sering kita praktiskan , Setuju dengan Arz juga .

      Delete
  8. perkongsian yang baik kak ana....insyaallah akan diamalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa allah, cik puteri dah nampak kecenderungan nya dengan 3 M ni kan Arz.. suka membaca, melukis dan belajar.. :)

      Delete
  9. Lissa suka membaca sebab dari kecil dah kena belikan buku cerita dongeng2 tu.. hehe memang patut kanak-kanak diajar membaca :)

    nice share, kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Lisa sayang, anak-anak kak ana suka sangat dengan buku2 fairy tales dan ala-ala komik princess ni, dari situ mereka cuba untuk mewarna, kemudian minat untuk membaca sendiri perlahan-lahan dengan bimbingan ibunya. Alhamdulillah.

      Delete
  10. sha pun kadg ajar zaryth tu xtau cmne..kadg nk ikut..dia dh igt tp suruh baca xnak baca..kalu sorg2 bleh plk dia dia baca ABC..123

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak pe sha, pelan-pelan..In Shaa Allah Zaryth boleh nanti bila dia sendiri ada kecenderungan untuk mengingati huruf-huruf tersebut. Cuma Sha kena konsisten dalam mengajar anak-anak kecil ni..

      Delete
  11. zaman ky dulukan ana, di usia anak 2 tahun..ky dah ajak menyebut huruf sambil menyanyi2..bila dia dah hafal di usia 3 tahun baru belikan buku bergambar dan kalerkan warna sekali..kiranya 3 dlm 2. dulu2 mana mampu belikan buku banayak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu KY, nyanyian huruf-huruf ni mempercepatkan proses anak-anak kecil mengingati kan.. sama juga masa dulu tinggal di apartment, setiap kali naik anak tangga kami akan bilang sama-sama hinggalah mereka hafal bilangan dan huruf.. terima kasih berkongsi pengalaman KY disini..semoga bermanfaat buat pembaca .

      Delete
  12. selalu bacakan buku cerita aje.

    moga-moga dia leh dengar dan faham. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun kaedah yang berkesan kan encik X, wajib dulu malam-malam bacakan buku-buku cerita sebelum tidur :)

      Delete