sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 11 Januari 2016

Buah Celagi - Asam Jawa


Buah Celagi - Asam Jawa 




Ana mula kenal buah celagi ni sejak ditemukan jodoh dengan orang Kelantan lahh... lama dah tuu , sebelum ni ana kenal buah ni sebagai asam jawa sahaja. Sebabnya buah celagi dan asam  jawa adalah buah yang sama. Cuma panggilannya berbeza mengikut negeri. Namun buah celagi ini ada dua jenis, satu yang memang masam pering yang di jadikan asam jawa mana kala satu lagi terdapat yang manis yang di jadikan kudapan khasnya mereka yang berasal dari pantai timur tanahair.

Kalu kita biasanya asam jawa ni dijadikan bahan dalam masakan dan ada juga yang dibuat petua dalam perubatan tradisional. Contohnya apabila demam, orang-orang tua dahulu menjerlum kepala anak-anak dengan air asam jawa, begitu juga apabila sakit tekak, sampai hari ini mak akan menyuruh kami dan cucu-cucunya minum air asam jawa. Dengan izin Allah swt, dapat melegakan keperitan sakit tekak,Alhamdulillah. Mungkin sifatnya yang menyejukkan dalaman badan agaknya.

Namun di Kelantan atau di negeri pantai timur ni, terdapat buah asam jawa yang manis, di mana mereka memanggilnya buah celagi. Seperti gambar di atas, jiran ana membawa buah tangan asam celagi dari Kelantan dan ianya memang manis. Selalunya antara buah tangan yang sering dibawa pulang jika ke sana ialah jeruk celagi yang dibungkus dengan kertas warna-warni yang di salut dengan gula dan cili. Paling terkenal kan. 

Bagi kaki asam macam ana ni, paling suka jeruk celagi muda. Dulu jika kakak ipar balik dari Kelantan pasti ada dibawa balik, jeruk celagi muda ni. Rasanya masam-manis-pedas. Sedap sangat...adoi terliur pulak dah ni...mana nak cari???

Walau bagaimana pun lain negeri lain keistimewaan yang ada. Alhamdulillah kita sebagai rakyat Malaysia kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan tradisi yang berbagai. Seronok meneroka dan saling mengenali. Bagi yang tercari-cari khasiat asam jawa atau buah celagi ni boleh lah ke laman http://www.khasiatherba.com/ubat/kasiat-asam-jawacelagi.html , mereka lebih arif untuk bercerita tentangnya dan lebih terperinci. 



28 ulasan:

  1. Makan asam ni boleh ketagih kak...yang dah siap gula tu gulung dengan plastik jernihkan...5 biji...5 biji gulungannya...hihi...syok makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah PC, manis pedas masam rasanya hihi tak sedar je kan satu-satu masuk mulut :)

      Padam
  2. Sedap sngat.. Kg kg dlu ktip yg jtuh bwah pokok. Mnis rsanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronoknya abak kutip sambil makan bawah pokok :)

      Padam
  3. Balasan
    1. NH suka yang masam ke manis hihi :)

      Padam
  4. Sedap..masa belajar kat pantai timur dulu selalu makan. mula2 tak reti makan tapi lama2 sedap dan ketagih asam celagi . kawan2 bawak dari kelantan ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Ros kak ana pun belajar makan sejak jadi menantu ore' kelate' ni hihi

      Padam
  5. Baru tahu ada nam lain bagi asam jawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama berbeza ikut negeri kan Kak Mala :)

      Padam
  6. sebelah utara pon ada.. terutama di perlis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab banyak dari Thailand kut cik EN :)

      Padam
  7. Baru akak tahu ana..
    Tambah ilmu akak ni..
    Memang kalau gi Kelantan memang suka beli asam jawa ni..
    Dok terfikir juga..
    Kenapa rasanya manis ye..
    Rupanya memang ada yg manis ye ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha ada je CH , haah memang ada dua jenis yang masam dan yang agak manis, macam buah binjai juga CH ana pernah kongsikan di AJ buah binjai yang manis ,rare sangat :)

      Padam
  8. owh ya kaau jiran balik klantan selalu juga bg buah ni..meng manis rasnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan SY, ni pun dari jiran kak ana yang balik kelate' lah ni hihi :)

      Padam
  9. Kak Zai baru tahu asam jawa juga dikenali sebagai buah celagi.
    Bila pergi Pantai Timur kak Zai memang selalu beli jeruk celagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Kak Zai depa panggil asam celagi kan :)

      Padam
  10. Balasan
    1. hihi lain negeri lain panggilannya Zumal :)

      Padam
  11. singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  12. ya Allah kak asam jawa yg bungkus dalam kertas wane warni tu saya paling suka kot...dulu pi kelantan berpuluh bungkus saya dok memborong tau...makan sampai lidah luka...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamboi Malinda, kemain suk rupanya.. hihi pasni makan elok2 sian sampai luka lidah tuu :)

      Padam
  13. Buah peberet mak mummy..pantang jumpa la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa mummy pun suka juga ye.. samalah kak ana memang suka asam hihi :)

      Padam
  14. Sedap nie.. kudapan zaman kanak-kanak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni dah tak kudap-kudap dah ke Sha hihi :)

      Padam