Bulan Disember lepas, ana ada kongsikan kisah ana ke Kaison, Setapak Centre untuk membeli wallpaper di SINI . Namun oleh kerana ana tidak membuat ukuran yang tepat, kami sekadar cuci mata dan buat pilihan dahulu corak yang berkenan di hati. Ketika Kak Long cuti sem sempena perayaan Krismas dan Tahun Baru, sekali lagi kami ke Kaison dan kali ini berjaya membeli beberapa gulung wallpaper untuk ruang tamu dan bilik tidur. Dan hari ini, ana kongsikan hasil kreativiti kami DIY pasang wallpaper sendiri. 




Cara Pasang Sendiri Wallpaper Di Rumah


Sebenarnya mudah sangat untuk memasang wallpaper yang telah pun mempunyai gam dibelakangnya ni. Ianya adalah 'sticker wallpaper' , namun yang di jual di Kaison ini sangat berkualiti dan agak tebal lapisannya. Jangan tersilap kerana  wallpaper di Kaison ada dua jenis, yang berharga Rm19.90 ini telah mempunyai gamnya di bahagian belakang, manakala yang berharga Rm55 segulung pula tidak bergam. Kita perlu membeli gamnya yang berharga RM7.90 dan membancuh serta menyapunya sendiri sebelum melekatkannya ke dinding. 

Walaubagaimanapun, kualiti wallpaper tanpa gam ini lebih cantik coraknya dan keluasannya lebih besar.Cuma suami ana bimbang jika tersalah sapu dan tersilap ketika memasangnya kelak, kami mencuba dahulu wallpaper yang sedia bergam sebagai percubaan pertama memasang wallpaper di rumah.

Sebelum datang membeli wallpaper disini, pastikan ukuran panjang x lebar dinding atau keluasan dinding yang ingin dipasang dicatatkan. Ini untuk mengelak pembaziran kerana setiap satu gulung wallpaper dengan gam ini mempunyai 45cm x 10 meter.* segala informasi yang ana kongsikan disini adalah pada tarikh entri diterbitkan, mungkin ada berlaku perubahan dari segi harga dan ukuran.


corak wallpaper
Pelbagai pilihan corak wallpaper yang ada di Kaison 

Memang rambang mata nak membuat pilihan dari pelbagai corak yang ada di sini.Kenalah bijak mengikut tema dan warna pilihan hati masing-masing kan.





Bahan yang diperlukan, pastinyalah wallpaper, pisau yang tajam dan scrapper atau alat untuk meratakan permukaan dan kain basah untuk mempastikan tiada ruang udara di antara dinding dan wallpaper yang telah dilekatkan. 



Bersihkan permukaan dinding yang hendak dipasang wallpaper daripada habuk atau sebarang paku supaya permukaan wallpaper yang dipasang kelak akan kelihatan rata dan cantik.




Dan mulalah memasang sekeping demi sekeping, kemudian apabila telah pastikan kelurusan dan susunan coraknya senada, gunakan scrapper atau gunakan kain basah sahaja untuk melekatkannya dengan elok.Pastikan tiada ruang udara antaranya agar ia kelihatan kemas.Teruslah menampal sehingga selesai.








Semoga perkongsian ana di www.anajingga.com dapat memberi serba sedikit gambaran dan informasi serta idea buat mereka yang sedang bercadang untuk menukar tatarias dekorasi dalaman rumah. Dengan bajet yang murah, In Shaa Allah kita boleh mendapat hasil yang memuaskan hati masing-masing. Tak salah mencuba sesuatu kelainan kan. Mungkin bila sudah jemu kelak boleh ditanggal semula dan tukarlah sama ada dengan corak yang lain atau mengecatnya semula. Ikutlah citarasa dan pilihan hati sendiri. Rumah kita biarlah cara kita tentukan.



59 Comments

  1. Dinding nmpk lebih cantik dengan wallpaper kan kak.. :)

    ReplyDelete
  2. cantik ana..rumah ana berkonsepkan english..memang sesuai pasang wallpaper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga kak yon, bilik tidur je ana ana pilih ala-ala inggeris, ruang tamu biasa2 je kak..rumah KY memang inggeris kan..pasti cantik :)

      Delete
  3. wahhhh rajin betul Ana ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin kalau cukup bajetnya Linda hihi :) murah2 boleh lah..

      Delete
  4. Replies
    1. bukan kak ana yang pasang khaty, kak ana directornya aje :) haha

      Delete
  5. kak ana!!!!!..kenapa ni..kenapa kak...CANTIK..hihi..terima kasih perkongsian ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita kongsi idea kan PC, mana tahu boleh beri inspirasi pada orang lain, in shaa allah

      Delete
  6. whoaaaaaaaaaaaaaa nak jgk la hihihi thanks kak anaa!!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sama-sama Aqilah, nanti dah siap up ye :)

      Delete
  7. Saya pon dah beli dah wallpaper dekat sana jgk tapi kan tak cukup..pergi lagi nak beli tapi stock dah habes..kena tunggu dorang call untuk beli stock baru.. T__T sedih sbb belum dapat siapkan wall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu lah kak ana kata kena ukur siap2, biar lebih jangan kurang hihi, samalah sepupu pun kena camtu tapi Kaison dah call bila ada stok yang dikehendaki :)

      Delete
  8. cantik sangat...paling berkenan wallpaper yg dalam bilik tido tu kak...sangat serasi dengan katil dan lukisan bunga kat dinding tu...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah je bajetnya malinda, in shaa allah semua mampu nak buat kan.. :)

      Delete
  9. Cantik ada walpaper kat dinding :)

    ReplyDelete
  10. wahhh! dah siap nampak cantik, nampak luas...nnt laa nak buat jugak...malas nak cat rumah skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sally, kakak pun dah malas nak tukar cat lah kaedahnya, harga cat pun lebih mahal dari pasang wallpaper ni hihi :)

      Delete
  11. wah cantikknya, pandai Kak Ana buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bonde pun boleh buat juga ni ,senang je :)

      Delete
  12. assalamualaikum ana...cantik2 bila dah siap keseluruhannya...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, mama pun boleh juga pasang sendiri ni mama :)

      Delete
  13. Kreatif dan menarik! Terbaik la Kak Ana!

    ReplyDelete
  14. cantiknyaaa, kak ana :D

    ReplyDelete
  15. waa.. nice. suasana pon makin ceria kalau dinding mcm ni. huda follow sini ;)

    ReplyDelete
  16. cantiknya kak..kita pon puas atikan bila pasang sendirik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan CCC.. puas hati jimat bajet hihi :)

      Delete
  17. dalam perancangan saya ni kak..tunggu sikit masa lagi saya pun nak pasang kertas dinding.buat masa ni tak boleh lagi sebab anak tengah syok menulis di dinding.ahahha..Bila dia dah tahu salah menconteng dinding kami akan pasang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah DR, anak-anak kian membesar nanti mereka faham dan mudah lah urusan kita untuk mendisplinkan nanti :)

      Delete
  18. pandai pasang sendiri..suki tak pandai..semua beli dan minta crew Korea Wallpaper pasangkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suki ni beza dengan Korean wallpaper tu, harga pun jauh bezanya suki hihi :) kak ana pernah servey dengan korea wallpaper sebelum ni :)

      Delete
  19. Bukan saja cantik, dalam masa yang sama menjimatkan bila pasang sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Isma, memang banyak jimatnya :) alhamdulillah

      Delete
  20. boleh tukar2 selera...dh la jimat pasg sdiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha bajet ciput kena ah pasang sendiri hihi :0

      Delete
  21. tgk cantik2 mcm ni hati pon senang kan kak Ana..... :D

    ReplyDelete
  22. kalau wallpaper bunga-bunga ni..memang orang perempuan suka.

    ReplyDelete
  23. Cantik...!! dan macam senang je kak ana pasang tu.. hehehehee.. :) Ain sebenarnya tak minat dinding bercorak2 tapi bila tengok wallpaper cantik2 tu rasa teringin la pula... hahahahaha.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ain ajaklah pok cik pasang kat bilik baru romantika de amore hihi :)

      Delete
  24. follow back.....saya pasang sediri jgk walpaper...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mr Mahmud, kan seronok dan puas hati pasang sendiri, yang penting jimat kos hihi :)

      Delete
  25. Memang sangat cantik.kemas dan damaikan hati

    ReplyDelete
  26. Cantik sekali wallpaper dinding yang dipakai... Salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ernisa, salam ukhuwah dari www.anajingga.com :)

      Delete