Cara ubah suai perabot lama jadi baru




Percaya tak dengan modal RM3.50 atau RM5.30 permukaan perabot lama rumah kita boleh berubah wajah? Percayalah jangan tak percaya.. jom ana cerita sikit bagaimana mengubah permukaan perabot lama kita nampak baru dan berbeza corak. Begini kisahnya... :) 

Selalunya apabila kita menukar perabot di ruang tamu, pasti perabot lama kita alih ke dapur atau bilik tidur kan. Lainlah jika memang ada bajet yang tinggi, namun dalam keadaan ekonomi yang agak tenat kini, mana yang boleh jimat kita jimatkan sedaya mungkin. Tepuk dada tanya poket. 

Selepas menukar sendiri wallpaper di rumah baru-baru ini (kisahnya di SINI ) ,suami ana turut telah makeover semula meja tv di dalam bilik tidur kami. Meja tv ni memang dah berusia 20 tahun, ialah kami membelinya ketika mula-mula mendirikan mahligai perkahwinan, reka bentuk pun dah ketinggalan zaman. Cuma ianya masih boleh digunakan, nak tak nak simpan dalam bilik tidur sahaja. 



Dah tukar separuh jalan baru ana teringat nak buat tutorial ni di blog, nasib baik ada satu lagi permukaan belum di tukar, dapatlah ana kongsikan rupa paras permukaan meja tv sebelum di ubahsuai.Fesyen lama kan.. tapi masih boleh digunakan lagi, simpanlah sampai reput :) 





Dan inilah pula bahan yang diperlukan untuk proses ubahsuainya. Segulung Self Adhesive Foil dan pisau. Self Adhesive Foil ni, kami beli di Mr DIY dengan harga RM3.50 sahaja. Terdapat pelbagai pilihan corak yang ada. Juga terdapat di Daiso dengan harga wajibnya RM5.30. 


self adhesive foil

Satu gulung berukuran 45cm x 2 meter. Ambillah ukuran perabot sebelum membelinya, bimbang jika tidak cukup dan apabila ingin membelinya semula, kehabisan stok pula corak yang sama. Kan naya...




Inilah dia permukaan Self Adhesive Foil apabila kita buka. Ianya berpelekat sendiri memudahkan kerja. Bolehlah di lekatkan di mana-mana permukaan perabot yang hendak diubah suai dan potong mengikut ukuran permukaannya. Cuma pastikan permukaan perabot telah dibersihkan serta kering sebelum melekatkannya. Pasti akan nampak baru permukaan perabot lama di rumah kita nanti. In Shaa Allah.


Permukaan meja tv selepas di makeover 

Ana juga menukar permukaan meja belajar anak yang telah lama kepada corak baru. Untuk meja belajar, hanya segulung Self Adhesive Foil cukup digunakan satu permukaan meja .

Permukaan meja belajar lama sebelum di pasang self adhesive foil 


Selepas makeover meja belajar 


Taadaa... meja belajar Adik Ika sudah berwajah baru. Dia memilih warna hitam untuk dipadankan dengan perabot yang lain di dalam biliknya. Bolehlah bermain dengan corak untuk memberi kombinasi warna tema bilik masing-masing dengan modal semurah RM3.50 sahaja. (Harga pada entri diterbitkan). 

Semoga perkongsian ana kali ini memberi sedikit idea untuk melakukan makeover dengan bajet yang murah. Terpulang pada kreativiti masing-masing.


32 Comments

  1. Wah... idea bagus ni. Xdelah membazir kan... btw... morning kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Cik La, good morning, tengkiu pagi-pagi dah singgah AJ nasib bukan posting makanan pagi ni ye hihi :)

      Delete
  2. Kreatif dan jimat. Perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  3. Yang penting - kerajinan kena ada... :)

    ReplyDelete
  4. meja tu jadi cantik sangat anajingga hehe,,wah seronok lah anak2 belajar kat meja berwajah baru,, kretif mak dia ne hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah saniah , nampak lain sikit kan, ada lah perubahan dari hat lama :)

      Delete
  5. assalamualaikum ana...perabot yg lama boleh jadi mcm baru kn bila dimakeoverkn...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, tu lah mama murahje kos nya :)

      Delete
  6. saya memang suka n3 DIY ape2 barang lama camni kak...tak perlukan kos yg beso pon kan tapi barang lama terus nampak baru...cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kan Malinda, mana yang boleh make over kita diy je , jimat belanja tukdar pandangan baru :)

      Delete
  7. pergh..tak pernah tau pun boleh buat sendiri.thanks share kak Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Sal, most welcome semoga bermanfaat kan :)

      Delete
  8. Wow menarikla kak Ana.. Thumps Up!

    ReplyDelete
  9. wah wah wah betul T_T
    i need to do this hihi thanks kak ana <3

    ReplyDelete
  10. nice kak ana.. tapi part yg melengkung tu macam susah je ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yoorin, boleh je yoorin kena potong banyak bahagian ikut lengkungannya,in shaa allah boleh ikut bentuk tu balik :)

      Delete
  11. Mesti kak ana bli kt kaison kn kertas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aipp tak baca entri ye ummul, kat Mr DIY atau Daiso ada jual, Kaison kak ana tak jumpa pula ummul :)

      Delete
  12. Replies
    1. hihi kena berjimat gak lah anis, kut mana yang boleh kan.. :)

      Delete
  13. Cantik jadinya...rajin boleh menjimatkan kan ana.

    ReplyDelete