sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 12 Januari 2016

Jipangi Aiskrim Korea Yang Unik




Unik sangat bentuk aiskrim dari Korea ni, namanya Jipangi.. erm sekali pandang ketika mula-mula di Instagram oleh beberapa rakan Instagramers memang nampak pelik. Dan dari keunikkan dan kepelikkan rupa parasnya lah yang membuatkan ana ingin mencuba sendiri apa pula kelainan rasa aiskrim Jipangi yang kian popular ni? 


Ketika kami ke Setapak Central baru-baru ni dalam misi mencari wallpaper di Kaison, terjumpa pula kiosk aiskrim Jipangi di tingkat bawah. Dan terpampang di sana logo halal dari Jakim, ana dan adik Ika terus memesan aiskrim Jipangi dua batang. Aiskrim ini dijual dengan empat perisa iaitu strawberi, coklat, pisang dan vanila. Namun lain-lain perisa masih belum membeku, terpaksalah kami mengambil perisa vanila ini sahaja. Harga untuk saiz junior ialah RM6 dan saiz biasa RM7 kalau tak silap. Memang lupa nak ambil gambar sekitar kiosk ni.Dah jalan ke tingkat atas baru teringat nak ambil gambar aiskrim Jipangi ni.Mujur juga masih belum dingap ke dalam mulut.


Aiskrim Jipangi ni merupakan snek yang popular di Korea. Ia juga dikenali sebagai aiskrim tongkat atau aiskrim rotan di sana.Yang panjang melengkuk menyerupai huruf J tu ialah sneknya atau lebih kurang kon aiskrimnya lah. Ia rangup dan berperisa sama seperti snek jagung. Aiskrim dari pelbagai perisa yang dipilih akan dipaipkan ke dalam kon tersebut dan inilah dia aiskrim Jipangi. Sedap tak aiskrim Jipangi ni?

Sedaplah pada ana dan adik Ika. Rasa vanilla sangat enak dan wangi sekali aromanya. Tekstur aiskrimnya juga lembut dan sedap bila dimakan bersama snek jagung lapisan luarnya itu. Bagi yang suka mencuba kelainan, bolehlah membeli aiskrim jipangi, kini terdapat di kebanyakkan kiosk di pusat membeli belah serata Kuala Lumpur amnya. 

47 ulasan:

  1. Unik unik unik ! *blogwalking here :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih singgah Cik Pa'in :)

      Padam
  2. assalamualaikum ana...mcm2 paten ais krim skg ni..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, tu lah pelbagai inovasi dari segi bentuk dan rasa :)

      Padam
  3. Balasan
    1. kalau terjumpa boleh mencubanya Farhain :)

      Padam
  4. wah,menarik..kat perak x jumpa lagi~

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum lagi agaknya yong norliza :)

      Padam
  5. teringin jugak nak cuba tapi kat melaka ni takde lagi rasenye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.
      aida x pernah terserempak kedai jual eskrem ni.

      Padam
    2. mungkin sikit masa lagi ada kut Malinda, aida..selalunya kiosk terdapat di dalam shopping mall :)

      Padam
  6. Balasan
    1. boleh je ija, jumpa nanti try test tengok haha :)

      Padam
  7. Kak Zai jumpa ice cream ni diSunway Pyramid. Tengok halal terus suruh anak beli. Rasanya memang sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ke s.piramid la ni.
      and sgt lama x ke situ :)
      misi mencari jipangi...

      Padam
    2. tu lah kak zai, masa nak beli tu memang jelas sijil halal dipamerkan, yakin untuk mencuba dan merasainya.. mai lah sunway piramid aida, sambil shopping sambil misi mencari jipangi hihi :)

      Padam
  8. Uniknya.. nak carilah nanti.. tq share kak ana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama SHa, turun Kl boleh je jalan jalan cari Jipangi kay ;)

      Padam
  9. ooo ada di midvalley tp suki tak pernah try hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rasanya di midvalley kan suki :)

      Padam
  10. Balasan
    1. kan Nani, kak ana suka tekstur aiskrim dia lembut sangat kan :)

      Padam
  11. Alaaaaaaaaaaaaaa bila lah nk g mkn ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hiihii kat KL banyak kiosknya Rara, nanti lanjer princess makan Jipangi kay :)

      Padam
  12. Balasan
    1. haah SP aiskrim tongkat kalau di korea sana :) hihi

      Padam
  13. Aina da cuba perasa coklat. Sedap! Tekstur ais cream halusss =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah lembut sangat kan, erm masa kak ana beli coklat tu belum beku jadi tak meraa lagi hat perisa coklatnya aina :)

      Padam
  14. Haih..aiskrim tu dh okey rasanya..tapi bentuk dia tu kan..hmmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Fieza, kan bentuk huruf J tu untuk Jipangi :)

      Padam
  15. macam2 design skrg..makin kreatif..

    BalasPadam
  16. menariik...mcm2 sekarang idea org bniaga produk makanan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah LYA kena ada kelainan kan dalam bisnes ni :)

      Padam
  17. wah boleh cuba la nanti ni.menarikk..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba ros, unik ni :) sedap pun sedap gak

      Padam
  18. Balasan
    1. Haah SA kak ana suka teksturnya halus sangat :)

      Padam
  19. Balasan
    1. waalaikumsalam Yana, haah unik bentuknya huruf J tu untuk jipangi

      Padam
  20. Balasan
    1. Haah Sha, kak ana tengok kat IG tadi hi hi kan main lagi muka zaryth pandang Jipangi haha :)

      Padam
  21. yang panjang tu ape kak ana? kon or ice cream jugak?

    BalasPadam