Awal tahun 2016, ana dapat tahu tentang kewujudan blog rasmi untuk segala update dan perkembangan pelakon yang amat ana minati ni , tak lain tak bukan Adi Putra. Sampai kan di www.anajingga.com ni pun ada label untuk Adi Putra sebagai sokongan kepada aktiviti dan dunia lakonannya. Namun di sini bukanlah blog gossip yang bercerita tentang hal-hal peribadi beliau mahupun artis-artis lain walaupun ana tahu itu antara keywords yang paling banyak mendapat trafik dari carian enjin. Takut dengan kisah-kisah yang boleh membuka aib dan fitnah terbit dari blog picisan ana ini. Biarlah trafik yang datang adalah dari perkongsian yang baik-baik sahaja yang boleh memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.





Sebenarnya tergerak nak menulis entri ini apabila malam tadi menyemak antara search keywords yang singgah di www.anajingga.com. Terkejut pula bila hampir sepuluh carian di bawah kata kunci adi putra 2016. Ermm sedangkan yang ana update di sini kebanyakkannya adalah dari drama-drama lakonan Adi Putra yang pernah ana ikuti. Mungkin sangkut dari sana agaknya. 

Blog Rasmi Adi Putra




Inilah dia blog rasmi yang diselenggara oleh adminnya, jika tidak salah ana. Disini bakal dikongsikan aktiviti seni pelakon hebat ini, berserta drama dan filem terbaru lakonan beliau. Turut di muatkan foto-foto pelakon kacak ini serta biodata lengkapnya. Jadi kepada peminat setia pelakon Adi Putra jangan lupa ikuti kisah-kisah menarik dan terkini beliau di http://www.adpadiputra.com/ . 

Sebelum ini, ana banyak mengikuti perkembangannya melalui  blog dibawah kelab peminat 1hotlover di www.1hotlovers.com . Dan untuk laman media sosial beliau yang rasminya pula seperti berikut : 

Twitter @ADPadiputra
Instgram @ADPadiputra
Fanpage @ADPadiputra

Jadi jangan mudah terpedaya dengan akaun-akaun palsu yang wujud di laman laman media sosial yang sering terjadi kepada kebanyakkan selebriti tanahair mahupun dari luar negara. Banyak yang palsu kay.. Semoga blog rasmi Adi Putra akan terus aktif berkongsi info-info terkini beliau dan semoga Adi Putra terus sukses di dalam segala bidang yang diceburi serta kehidupannya.. All The Best !!



12 Comments