Salam Jumaat, penghulu segala hari..Pertama kali ana berkongsi resepi yang bukan dari air tangan  ana sendiri. Kali ini ana kongsikan satu menu menarik yang biasa kita masak, cuma berlainan resepinya sedikit dari kebiasaan. Menurut pemilik resepi ni, rasa kuah mee karinya ala-ala yang dijual di kebanyakkan kopitiam. Apa kata kita tengok dahulu bahan-bahan dalam resepi kuah mee kari ini dan mungkin boleh membayangkan kombinasi dari segi rasanya. Maklumlah lain orang lain citarasanya. Terima kasih buat adik sepupu ana, Farhana Jafar atas keizinannya berkongsi resepi kuah mee kari ala-ala Kopitiam ni.. Lain kali share lagi ye ...



Amacam ?? Mengancam tak penuh sarat aneka pilihan bebola ikan dan kerang kan..Bagi yang ingin mencuba di sini ana sertakan resepi untuk kuahnya. Terima kasih buat empunya resepi Puan Farhana :)



Resepi Kuah Mee Kari Ala Kopitiam


Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat (pssstt...pekat sangat tak sedap tau)
4 cawan air
Isi ayam (yang Anna masak ni pakai 3 ketul chicken wings je)
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu makan petis/otak udang
3 sudu cili boh (nak pedas lagi boleh tambah)
1 paket kecil serbuk kari
1 kiub stok ayam
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Tumbuk atau blend bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan serai. Gaulkan bahan yang dah             ditumbuk lumat bersama serbuk kari, otak udang dan cili boh.
2. Tumis bahan tersebut kemudian masukkan daun kari dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, air, santan dan kiub stok ayam. Tunggu sehingga mendidih dan perisakan dengan garam,     gula dan asam jawa.. Tadaa dah siap...


Kuah nya jangan pekat sangat nanti tak sedap, muak pun sama.. Yang ni resepi untuk 4 orang makan.. Fishball tu semua celurkan saja, tak masuk dalam kuah, cuma isi ayam dan tauhu kering saja didalam kuah ye.. Kerang juga rebus sedikit saja separuh masak , dan tak masak sekali di dalam kuah.Selamat mencuba .
#DariDapurAnna


24 Comments

  1. Wow banyak lauk sampingan mee kari tu..gerenti kenyang mkn..sedap ni kan kak..

    ReplyDelete
  2. Pergh.. sedap ni kak ana. puas makan. ros amik resepi kuah ni ya. TQ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK Ros, selamat mencuba ye nanti update balik tau :)

      Delete
  3. Baru teringat...dah lama juga kakcik tak buat mee kari... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend ni mengkari lah kita kak cik hihi :)

      Delete
  4. uishhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. Mee kari feveret lya..lma da x msk.last raya thn lps

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu Lya, kena masak balik dah ni hihi :)

      Delete
  6. salam kak ana Tengok gamabq dah terliuq~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Yana, jom pakat masak mee kari cuti tiga hari ni nak :)

      Delete
  7. mcm nk buat mee je Ana esuk hehe sedap tengok dlm pinggan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha versi kak noor pasti gempak sedap punya lah :)

      Delete
  8. betul Ana, mee kari kalau terlampau lemak sangat tak sedap..cepat jemu..

    ReplyDelete
  9. Tengok gambar pun dah terliur, acaner? Hehe

    ReplyDelete