sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 3 Januari 2016

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016





Terpanggil untuk turut sama menyertai Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 anjuran saudara Hasrul Hassan. Mengapa ana ingin turut serta?? Kerana dari segmen ini, in shaa Allah akan menambahkan lagi kunjungan dari rakan-rakan blogger yang mengambil bahagian dan mudah-mudahan bertambah jugalah bilangan follower di anajingga.com. Siapa dan apakan yang ada di www.anajingga.com?


Saya, Ana berasal dari Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan dan kini menetap di Rawang,Selangor. Mula menulis dan memiliki blog pada tahun 2012 setelah membaca blog rakan satu sekolah memeymia.blogspot.my. Ana mengambil tekad untuk menulis dan berkongsi segala pengalaman dari catatan perjalanan yang mana ia mungkin dapat memberi manfaat buat orang lain di luar sana. Sama seperti kita sendiri yang sentiasa tercari-cari info semasa dan tempat-tempat yang  bakal kita kunjungi dari laman blog orang lain, apa kata kali ini, ana pula yang berkongsi serba sedikit maklumat untuk pembaca di luar sana.Mudah-mudahan perkongsian kita dapat memudahkan urusan mereka dan diberiNya ganjaran pahala kebaikan.Aamiin.


Ana menggunakan nama anajingga, dan jingga adalah nama kucing kesayangan ana yang telah pergi setelah dipinjamkanNya buat seketika. Dan dari situlah terbitnya anajingga yang mana di awal kemunculan di alam maya menggunakan nama anajingga.blogspot.com. Pada bulan Mei 2015 yang lalu, ana memberanikan diri untuk memiliki domain sendiri dan kini dengan bangganya terbitlah www.anajingga.com. Alhamdulillah.

Di awal penulisan blog dengan entri pertama Taman Orkid di Kuala Lumpur, gaya penulisan amatlah skema. Namun hari demi hari belajar dari pelbagai tutorial yang ada di laman-laman blog khasnya di hasrulhassan.com sendiri,yang tidak jemu-jemu berkongsi ilmu,  telah memberikan kepuasan dari kunjungan trafik. Pada ketika itu jika mencecah 100 pv pun dah gembira sangat dan hingga akhir 2015 ini, Alhamdulillah setiap hari boleh mendapat satu hingga dua ribu pv di dashboard atau lebih kurang 1k uv sehari di Google Analytics

Harapan ana untuk www.anajingga.com di tahun 2016 ini ialah meningkatkan lagi UV dan PV blog di samping memperbanyakkan lagi perkongsian yang baik-baik agar lebih banyak info dapat disampaikan.In Shaa Allah. Semoga setiap entri yang diterbitkan mudah berada di carian enjin muka hadapan dan dengan cara ini sahaja, kita sebagai blogger dapat menyalurkan info kepada mereka yang memerlukan. In Shaa Allah.


55 ulasan:

  1. Hai Ana Jingga.saya blogwalking dari segmen yang sama..dan da follow blog Ana ni..semoga berjaya diucapkan!

    http://qiyasaad.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Qiya, kak ana akan singgah dan follow ke sana nanti, in shaa allah.

      Padam
  2. good luck Kak Ana..dari peminat & follower tegar kak ana..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih CP, good luck buat CP juga kay.. dah lama follow menfollow kan hihi :)

      Padam
  3. Nice Story. Orkid
    ➤http://www.astrallusionarc.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq AA :) done following you too :)

      Padam
  4. yeahhh mari kita teruskan buat entri yang bermanfaat :D

    semoga brjya kak na syg :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. goodluck buat KC sayangku juga :)

      Padam
  5. akan cuba buat ..terasa nak menulis petang ini hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom etuza kita join segmen hebat ni bersama-sama :)

      Padam
  6. Uish org perak ! . Mmg teman teruih follow kome le . hehe . :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih le yer.. nanti kak ana follow back hiihi :)

      Padam
  7. Saya join jugak...slmt perknln n slmt bersegmn ya....blogwalking...sy singgah ke sini ...jom singgah blog sy...

    BalasPadam
  8. Singgah balas.Done follow too.Semoga harapan 2016 tercapai :)

    http://www.anajingga.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Aideal Fitri, selamat menjalin ukhwah dari AJ :)

      Padam
  9. Hai..singgah dari segmen yang sama.. Dah follow :-)

    http://elvinajane.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Elvina Jane, akan menyusul ke sana dari senarai di entri sifu HH nanti :)

      Padam
  10. As salam. Abam Kie membalas kunjungan dan follow kembali. Menarik tul blog ini. Mcm2 ada!

    BalasPadam
  11. salam kenal , alhamdulillah dapat juga buat kunjungan balas..

    BalasPadam
  12. wah. nice segmen :)
    and nice reading coretan ni.

    BalasPadam
  13. Good luck for 2016. Thank you. Follow G+

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq aynora, following yr G+ too :)

      Padam
  14. salam perkenalan dan selamat maju jaya dalam penulisan blog, tahun baru semangat baru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Hisham , selamat tahun baru :)

      Padam
  15. salam kenal dan folow here..dr segmen yang sama...selamat berbloging ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih permata biru :) happi blogging :)

      Padam
  16. singgah sini ..
    ^^
    http://budakgemukberbicara.blogspot.my/2016/01/jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
  17. jalan-jalan sambil follow blog ni :)

    https://juliajamaludin.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
  18. jom join segemen ni kita tambah rakan.. dan semoga berjaya mencapai matlamat tahun 2016

    http://amsran85.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
  19. salam perkenalan kak ana..
    singgah dari segmen yg sama..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Husna ,salam ukhuwah juga dari kak ana :)

      Padam
  20. singah jap.. :) dari segmen yg sama

    BalasPadam
  21. salam .. yana singgah dri segmen yg sama . done follow #970 =) semoga sukses selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Yana, kak ana menyusul dari senarai HH nanti ye :)

      Padam
  22. mamamyja come blogwalking here and follow too. thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq so much mama Myja :) salam ukhuwah dari AJ :)

      Padam
  23. Assalamualaikum... BW segmen, follow sni kalau blum follow..
    http://lorong-cinta.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
  24. Dari segmen yang sama..salam perkenalan :)

    http://www.omydroid.net/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
  25. Salam perkenalan juga...singgah dari segmen yang sama...

    http://www.myideakini.com/2016/01/segmen-jom-tambah-follower-blog-2016.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Nur khairul Azizi Mohamad :)

      Padam
  26. Line tak berapa bagus... banyak yang tak keluar. Nanti saya singgah lagi ya. Saya sampai dari sini:-
    http://j.mp/Warung_Mee_Rebus_Antara_Bangsa

    BalasPadam