Magkano Ba Ang Pag - Ibig




Selepas drama siri lakonan pelakon kesukaan ana, Marian Rivera dalam drama Carmela, hampir dua bulan TV3 tidak menayangkan drama siri dari Filipina. Pembuka tahun 2016, sekali lagi slot telenovela TV3 memilih drama terbitan GMA Filipina kali ini dengan tajuk Magkano Ba Ang Pag - Ibig. Nak sebut pun susah kan sebab memang tiada tajuk dalam bahasa Inggeris seperti lazimnya drama-drama Filipina yang lain. Menampilkan kebanyakkan pelakon dari siri drama Legasi sebelum ini seperti Heart Evangelista, Sid Lucero dan Alessandra De Rossi.Yelah dah ana ni memang suka layan drama Filipina, kebanyakkan pelakonnya pun dah boleh kenal.. :)

Barisan pelakon drama siri Magkano Ba Ang Pag - Ibig 


Heart Evangelista - Eloisa Aguirre
Sid Lucero - Luciano "Lucio" Aragon / Chino Aguirre
Dominic Roco - Bobby Buenaventura
Katrina Halili - Margarita "Margot" Cruz
Alessandra De Rossi - Geraldine "Gigi" Buenaventura
Ana Capri - Lualhati Macaraeg
Isabel Oli -Richelle Mangahas
Pen Medina - Andoy
Sharmaine Buencamino - Loida Aguirre
Luz Valdez - Rosing Villasanta
Vangie Labalan - Sonia Aguirre
Rommel Padilla - Oscar Ramos
Celia Rodriguez - Doña Hilaria Buenaventura

Sinopsis drama Magkano Ba Ang Pag - Ibig


Berlatar belakangkan kawasan pertanian di mana Eloisa seorang gadis miskin yang terhutang dengan keluarga kaya Dona Hilaria Buenaventura kerana menampung perbelanjaan pembedahan bapanya yang sakit. Eloisa terpaksa bekerja di bawah Dona dan di cemburui oleh menantu-menantu Dona yang berniat jahat. Dalam masa yang sama Eloisa mempunyai hubungan dengan Lucio yang juga ada kaitan dengan keluarga Dona. Tidak banyak terdapat sinopsis tentang drama ni di carian enjin jadi sama-samalah kita tonton hingga ke episod akhirnya nanti.Apapun setelah diterjemahkan Magkano Ba Ang Pag - Ibig bermaksud sejauh mana cinta atau sedalam mana cinta. Pasti menarik kan.. 











Episod akhir Magkano Ba Ang Pag-Ibig 

29hb Mac 2016, yang lepas adalah episod akhir siri Magkano Ba Ang Pag-Ibig. Bagai telah diduga, Margot yang menculik Eloisa meminta tebusan dari Lucio dan Bobby. Apabila Lucio dan Bobby menghantar wang tebusan, Margot menawan ketiga-tiga mereka dan cuba meletopkan rumah di mana mereka dikurung. Ketika cuba menyelamatkan diri, Bobby membawa beg yang berisi bahan letupan dan dirinya sendiri yang terkorban. Bobby meninggal dunia dan meninggalkan Eloisa dan Lucio. Walaupun di akhir siri tidak menunjukkan Eloisa mengahwini Lucio namun dapat rasakan itu yang terjadi. 



kredit foto : Google Image 

6 Comments

  1. Heroin dah ok tapi hero macam hero dulu dulu jer..hehe

    ReplyDelete
  2. wayang filipin yang last Lissa tengok Sanay Wala Nang Wakas je kak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uii lisaaaa, lama tuuuu seusia Pangako sayo dulu tu hihi.. :)

      Delete
  3. Kak Ana... rindu pulak kenangan last year pi Filipino... he he he cantik2 tempat diorang kak.. x puas Bonde jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ye Bonde, last year pii Manila, tak jumpa Yanyan pulak ye hihi :)

      Delete