sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 12 Februari 2016

Coconut Shake Berperisa di Bukit Dinding Coconut,Wangsa Maju


Aiskrim kelapa sekarang ni memang viral dan menjadi buruan di mana-mana kan. Ana pernah berkongsi entri aiskrim kelapa Sangkaya yang awesome di SINI dan juga aiskrim kelapa muda yang murah dan tak kurang sedapnya di Gombak di SINI. Dan kali ini bukan sahaja aiskrim kelapa tetapi juga coconut shake dengan pelbagai perisa tambahan di Bukit Dinding Coconut di Wangsa Maju. Wah, dah lah musim panas sekarang ni, pekena segelas coconut shake pasti melegakan tekak yang dahaga. 





Bukit Dinding Coconut,Wangsa Maju 


Terletak di  No 9, Jalan Wangsa Delima 5, KLSC, Wangsa Maju. Kuala Lumpur, atau lebih mudah lagi disebelah belakang NZ Curry House, Wangsa Maju berdekatan dengan Wangsa Walk. Kami mencuba menikmati pelbagai perisa coconut shake dan aiskrim kelapa yang dijual disini. Maklumlah dalam Facebook sekarang ni cepat viral jika ada tempat-tempat makan yang unik dan sedap, dan tak salah jika kita mencubanya sendiri pula kali ini.



Namun petang itu, benar-benar menguji kesabaran untuk menikmati coconut shake di sini kerana dari jauh telah kelihatan satu barisan panjang menuju ke kaunter. Haha.. inilah bila datang ke tempat yang sedang viral kan, nak-nak lagi hujung minggu. Memandangkan dah sampai ke lokasi berbarislah sekali untuk memesan menu coconut shake di sini.Namun kebanyakkan pengunjung memilih untuk membungkus sahaja coconut shake mungkin kerana tempat duduk di sini juga agak terhad. Lebih mengecewakan bila ada pelanggan yang dah lama habis minum tetapi masih duduk berbual di meja, sedangkan jelas nampak ramai pelanggan lain sedang menunggu tempat kosong. Sabar je lah kan dengan pelbagai kerenah manusia di muka bumi ni.



 Sedikit melegakan sambil menunggu giliran di barisan, terdapat pekerjanya yang memberikan segelas air kelapa percuma kepada kami. Air kelapa asli tanpa gula dan ais sebagai penyegar tekak ketika berbaris. Dalam setengah jam sampailah giliran ana untuk memesan coconut shake dengan pelbagai pilihan perisa yang ada. 


Coconut shake dengan perisa mangga dan strawberi


Coconut Shake asli

Aiskrim kelapa Bukit Dinding Coconut,Wangsa Maju

Coconut Shake berperisa Kiwi

Cuma agak ralat sedikitlah apabila sajian yang di berikan tidak seindah gambar pada banner dan menu yang ada. Didalam menu, coconut shake pelbagai perisa turut diletakkan buah-buahannya yang nampak sungguh sedap, namun apabila kita membelinya ia sekadar diletakkan perisa sahaja. Begitu juga dengan aiskrim kelapa dari gambar di menu dan banner aiskrim kelapa disajikan di dalam tempurung bersama isi kelapa muda, tetapi yang kami dapat hanya aiskrim kelapa di dalam cup ditaburi hirisan mangga dan kacang sahaja. Ana bersangka baik, mungkin telah kehabisan stok tempurung atau buah-buahan memandangkan pelanggan yang ramai di hujung minggu. Waallahu a'lam.






Berikut adalah senarai harga yang ada di menu Bukit Dinding Coconut. Dari segi rasa coconut shakenya biasa sahaja seperti di mana-mana jualan coconut shake cuma berbeza kerana dicampurkan sedikit perisa buah-buahan menambah kesedapannya. Boleh bayangkan sendiri coconut shake dicampur strawberi, sedap juga kan ada gabungan rasa lemak, manis dan masam-masam sedikit. Aiskrim kelapa mudanya pun biasa-biasa sahaja seperti yang sedia ada di tempat-tempat lain. Maklumlah, lain orang lain seleranya. 

Disini juga ada menu-menu makanan lain yang dijual, cuma ana tidaklah memesan kerana kami ke sini sekadar ingin mencuba coconut  shake nya sahaja. Bagi yang ingin merasai sendiri kelainan coconut shake di Bukit Dinding Coconut ni, bolehlah datang ke sini bila ada masa terluang. Sekadar berkongsi pengalaman disini.

22 ulasan:

  1. Frust kan kak ana bila yang kita dapat x seindah yang dipamerkan.. Sha ada tergerak nak pergi tapi bila tgk viral dlm internet risau ramai org.. Terus cancel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Sha, kalau tengah viral baik tangguhkan dulu, kan .

      Padam
  2. wah wah wah...padahal selalu pg sini amik cik abg dr office..area office dia ni..tp kdg2 dia taknak layan kite beli ni sebab manis..dia tak bg kite minum manis2..heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ececeh dekat sangat dah tu miss eimanhikmah, sesekalai cuba tak salah kut kan, cepat pujuk cik abang singgah segelas hihi :)

      Padam
  3. bila benda dah viral ni mcm ni la ..sekejap je penuh orang.. jauhnya nak g try.. kena cuba cari area KB gak la ni.. hii..dah la nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wani, susah-susah sangat buat sendiri je lah hihi :)

      Padam
  4. Dulu selalu pergi wangsa maju..sekarang jarang. ros tak pernah lagi try coconut shake kat mana2 selain coconut shake klebang dan batu berendam yg ada kat melaka ni..huhu.. tapi aiskrim kelapa pernah lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ros paling nyummy hat kat kelebang tu lah kan..original coconut shake kan :)

      Padam
  5. dah variety dah coconut shake sekarang.. yang ori ja yang pernah rasa... dekat batu berendam melaka, memang best lahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah zaf, selalunya yang ori sahaja kan kali ni dah ada perisa pula :)

      Padam
  6. telan air liur je tengok. sedapnye! pernah minum coconut shake ni kat pantai klebang melaka, mak ai sedap giler. org berbaris pjg. sanggup redah semuanya semata2 nak merasai kesedapan air ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan yumida, kelebang tu paling ori lah kak ana rasa, sanggup berbaris tuu hihi :)

      Padam
  7. Allahu...macam dah terasa rasa kat tekak PC kak ana...sekarang coconut shake dah di variasikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi terasa dah ye Pc, macam-macam inovasi masa kini menampakkan kelainan dalam perniagaan :)

      Padam
  8. sedang haus dan dahaga ni Ana mmg tak cukup satu ni kalau kaknoor adoiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kak Noor, nak puas buat sendiri jelah hihi :)

      Padam
  9. dah lama x pi Wangsa Maju...ntah bila nak pi terjah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila free nanti mai tejah kay SA :)

      Padam
  10. Balasan
    1. sedapkan coconut shake dengan pelbagai perisa masa kini :)

      Padam
  11. Kalau ada resepi utk cocunut shake yg pelbagai variasi ni kan baguss .. hihii
    .. nk try la nanti .inshaaAllah akan mula bisnes coconut shake kecil²lan .. mudah2an dpt sambutan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Izzati, rasa seperti depa tambah perisa buah-buahan sahaja, apapun semoga sukses ye, aamiin :)

      Padam