sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 25 Februari 2016

Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki


Setiap kali tiba tarikh hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau pun hari bapa, pasti satu masalah untuk ana dan anak-anak memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk orang lelaki ni, sama ada untuk suami atau bapa kan. Buntu sebab tak banyak pilihan yang ada buat kaum Adam. Macam suami ana sendiri ,sangat sempoi, apa sahaja yang kita cadangkan dia setuju sahaja.Tak banyak ragam, Alhamdulillah. Dah tentu memudahkan urusan membelikan hadiah apabila tiba masa yang ingin diraikan oleh ana dan anak-anak. Namun terdapat juga sesetengah lelaki yang cerewet tentang penampilan diri mereka. Bagus juga sebenarnya, mereka berdisplin dalam menggayakan cara hidup, mudah-mudahan. 

Selepas membaca dari beberapa perkongsian di laman-laman blog ana dapat senaraikan di www.anajingga.com beberapa cadangan untuk memilih hadiah untuk lelaki. Ia boleh juga dijadikan rujukan di masa akan datang, mana tahu kan tiba-tiba kering idea untuk memilih hadiah nanti.


kredit foto: Google Image


Hadiah Yang Sesuai Untuk Lelaki 


1.Minyak Wangi - paling mudah kerana terdapat banyak dipasaran kini pelbagai jenama yang khusus untuk bauan lelaki dan lebih-lebih lagi sekarang ni banyak produk yang mesra solat yang amatlah sesuai untuk lelaki Muslim.

2.Wallet - Pernah juga menghadiahkannya untuk abah ana. Sesetengah lelaki amat tidak pandai menjaga wallet.Janji ada sahaja, pernah ternampak sesetengah mereka isinya bukan main tebal tapi wallet dah terkeluar isi pun ada. Ermm jadi inilah masa yang sesuai untuk menghadiahkan mereka dompet atau wallet.Pilihlah yang berjenama sedikit mengikut bajet supaya alah membeli menang memakainya.

3.Tali pinggang - Lebih kurang wallet juga pilihan yang lebih mahal dari biasa amat perlu untuk mempastikan ia tahan lasak dan tahan lebih lama. Kerana lelaki ni jarang yang menjaga sangat aksesori di badan,janji ada sudah, bukan semua lah kan.

4.Baju - Ini ikutlah pada citarasa suami, ayah atau adik beradik yang ingin dihadiahkan. Ada yang gemar bergaya dengan kemeja, ada pula yang suka memakai t-shirt sahaja. Pilihlah mengikut warna kegemaran mereka supaya sesuai dengan jiwa.

5.Jersi - Bukan semua lelaki penggemar bola sepak. Namun jika insan yang kita sayang seorang peminat tegar sukan bola sepak, memberikan mereka jersi pasukan kesukaan mereka pasti akan lebih teruja. Sekarang kebanyakkan kedai menjual jersi menyediakan perkhidmatan mencetak nama dan nombor pilihan. Pasti lagi menarik kan.

6. Jam - Jam ni lazimnya jam tanganlah. Ikut bajet masing-masing, begitu juga dengan fesyen pilihan sama ada yang casual ataupun sport.Nak belikan jam loceng pun boleh juga, senang sikit urusan nak bangun pagi, khasnya buat yang bujang-bujang lagi tu.




7.Pen - Ini khas buat yang bekerja di pejabat ataupun yang masih belajar. Sekarang ni dah tak ramai yang menggunakan pen semua pakai keypad sahaja kan. Pen yang sesuai yang boleh refill semula dakwatnya.

8. Aksesori - Aksesori ni terpulang pada minat si lelaki tersebut. Contoh lelaki yang meminati kereta, bolehlah hadiahkan aksesori kereta, kalau peminat kamera, hadiahkan aksesori kamera ataupun kaki pancing, carilah aksesori pancing dan sebagainya.

9. Gadjet - Ermm ni ikut bajet besarlah jika nak menghadiahkan gajet seperti handphone, games dan sebagainya. Lebih sesuai sebagai hantaran kepada pihak lelaki barang kali. Sekadar berkongsi idea.

10.Kasut - Sama macam baju juga boleh sahaja kita membuat pilihan kasut mengikut citarasa mereka. Selalunya ramai yang memilih kasut sukan atau riadah kan.

11.Buku - Jangan kata lelaki tak suka membaca, ramai juga lelaki yang gemar membaca dan mempunyai koleksi buku sendiri, sama ada buku berkaitan hobi mereka, novel fiksyen ataupun buku-buku ilmiah. Satu cadangan idea yang bernas bukan.

12.Peralatan sukan - Ini juga bergantung kepada minat seseorang individu. Bagi penggemar sukan mudah kita membelikan hadiah mengikut sukan yang diceburi mereka.

13. Barang Penjagaan Diri - contoh seperti shampu, buih pencukur, pencuci muka, alat pencukur dan sebagainya.Ini antara yang selalu anak-anak belikan untuk ayah mereka apabila hari lahir. maklumlah bajet anak-anak ni kecil, mereka sanggup kumpul duit lebihan belanja sekolah sahaja untuk membeli hadiah hari lahir ayahnya. 

14.DIY Kad - Bagi yang ada kecenderungan untuk menhasilkan kad ucapan sendiri pasti ia juga salah satu hadiah dari hati buat insan tersayang. Apatah lagi jika ianya hadiah dari anak kepada bapa mereka, pasti tersentuh hati dan disimpan elok-elok .

15. Kejutan Majlis - Boleh sahaja di lakukan dirumah ataupun diluar. Kejutan yang tak diduga dan teruja memerlukan perancangan yang rapi supaya nampak 'real'. Selalunya perlu dirancang awal dan lakonan perlu dilakukan beberapa hari sebelum tarikh supaya lebih ' happening'.

Berikut hanyalah sekadar cadangan sahaja. Banyak lagi alternatif lain yang boleh dilakukan. Dan pastinya hadiah yang paling bermakna buat insan yang tersayang ialah doa dan kasih sayang yang berpanjangan. In Shaa Allah.


36 ulasan:

  1. april nanti birthday anak bujang boleh lah plan ...tq ana

    jom join ni....

    http://www.azirahman.com/2016/02/pencarian-bloglist-bulan-mac.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah dah boleh usha2 dah azi, hadiah buat hero azi tu, tq and all the best azie dlm segmennya :)

      Padam
  2. memang bikin pening bila tiba bab2 gini kak...tapi yg paling penting benonye budget yg cukup...kikiki :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha aje beno malinda yang penting ongkosnya :)

      Padam
  3. Selalu bagi kasut tak pun jam. Sebab senang nak cari :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm hat tu yang paling popular kan nani :)

      Padam
  4. kena cari yg betul2 diaorang suka ni Ana kalau tk dok mcm tu je tk berpakai haha

    BalasPadam
  5. wah banyak juga listnya ye kak ana. saya selalu stucked nak beri apa pada suami. tq kak ana for this sharing. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm mana tahu kut ada yang sedang buntu kan bak kata mark adam haha :)

      Padam
  6. yang no.15 tu tiap tahun plan tapi tak berjaya buat lagi...mulut comey2 kat rumah ni lom pandai simpan rahsia :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi depa yang terlebih excited ye sue :)

      Padam
  7. nice info kak ana..bleh la rujuk sini klu tak tahu beli hadiah ape nnti...hee

    BalasPadam
  8. Wah bagus info nie... memang susah nak pilih hadiah utk lelaki.. kadang sampai tak tau dah nak belikan apa... :D tq sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan acik.. mmost welcome semoga bermanfaat :)

      Padam
  9. Whoaaa kak ana!!!! This is a must read for isteri out there haha. Gituw. Best best. Thank u kak ana <3333 nnt nak try bg hadiah dkt abah semua dlm list tu lah inshaallah heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya anak abah, mesti abah suka kan, Alhamdulillah :)

      Padam
  10. Bagus idea ni kak Ana..1,2,3,4,6 dan 10 je yang selalu diulang sebelum ni..lepas ni boleh tukar yang lain pula..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm mudah-mudahan ros dapat idea baru kan :)

      Padam
  11. Cadangan yang menarik.. Boleh dipraktikkan... TQ kak Ana.. Nice Sharing..

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. minta cik puteri belikan masa birthday abah nanti ye hihi :)

      Padam
  13. menarik cadangan hadiah untuk lelaki dari anajingga

    BalasPadam
  14. yg penting kite bg dia pakai..hihih

    BalasPadam
  15. Hadiah lelaki mmg payah nak cari..terhad..lagi satu harga barangan lelaki kebiasaannya mesti mahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye fieza dari segi harga memang mahal jika dibandingkan dengan barang2 kita ni kan tapi kena bijak membeli ikut bajet masing2 kan :)

      Padam
  16. wahh..!! banyak nya cadangan.. hihihihiii.. tahun lepas bagi baju kemeja, tahun ni pun nak bagi baju kemeja juga sebab Pokchik suka.. hehehehe.. tahun ni nak beli kemeja colour pink lah..! auuccchhh...!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti pokchik hadiah kan ain magnum pink pulak hihi :)

      Padam
  17. tengah berkira2 nak belikan hadiah untuk asben ni..next month berfday dia.. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm mana tahu dari perkongsian disini yoorin dapat idea kan haha :)

      Padam