sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 4 Februari 2016

Homemade Sos Rojak Caleley Pasti Meleleh


Homemade Sos Rojak Caleley


sos rojak, sos sengkuang calit


Mengancam tak tengok gambar rojak buah ni?? Tergoda kan... Cuba bayangkan makan rojak buah bersama keluarga di bawah pokok yang rendang sambil berebut, pasti sedapkan...Nak beli agak terhad kalau nak makan beramai-ramai. Atau boleh juga di sajikan sebagai menu jamuan keraian hari jadi, menu potluck dan sebagainya. Pasti laris..Jadi jika nak buat homemade rojak buah, sengkuang calit, tauhu bakar,steamboat,sotong kangkung dan sewaktu dengannya apa kata dapatkan bahan utamanya iaitu sos rojak Caleley yang awesome ni.


Apa istimewanya sos rojak Caleley ni? Mulanya ana rasa kuah atau sos rojak ni pasti semuanya sama sahaja kan, namun setelah ana mencuba sendiri makan bersama sengkuang calit dan tauhu bakar, rasa sos rojak Caleley ni ada bezanya. Pertama ianya pekat dan teksturnya tidak berketul-ketul. Dari segi rasa cukup sempurna adunan rasa manis, masam dan tidak terlalu pedas, sesuai dimakan oleh semua golongan usia tak kira tua atau kanak-kanak. Maklumlah ada kala jika sos rojak terlalu pedas ni boleh mengundang sakit perut. Tetapi dengan adunan rasa dari sos rojak Caleley ni, In Shaa Allah.. sesuai untuk sajian pada bila-bila masa.


sos rojak, sos sengkuang calit

Seperti biasa ana hanya akan review setelah ana sendiri menggunakan atau merasa sendiri produk yang ada. Selepas menerima kiriman dari poslaju minggu lepas, tak sabar sungguh untuk merasai sendiri keistimewaan sos rojak Caleley ni. Dan ana sempat menyajikan tiga menu dengan gabungan sos rojak Caleley ni, iaitu rojak buah, sengkuang calit dan tauhu bakar. Alhamdulillah, kami sekeluarga sangat suka dengan citarasa sos rojak Caleley ni. Menepati selera kami.


sos rojak, sos sengkuang calit
Rojak buah

Sengkuan Calit

Tauhu Bakar

Sos rojak dan sengkuang calit untuk perniagaan 

 

 

sos rojak, sos sengkuang calit

Bagi mereka yang ingin menambah pendapatan dengan berniaga sengkuang calit, sotong kangkung,tauhu bakar, rojak buah atau steamboat, namun tak tahu nak pilih sos apa yang paling sesuai?Jawapannya pastilah sos rojak Caleley, boleh dikatakan semua dalam satu, mudahkan. Satu sos untuk pelbagai menu perniagaan. In Shaa Allah , boleh menjana keuntungan dan pelanggan pun boleh mendapat pelbagai pilihan menu.









Terdapat tiga pilihan harga untuk sos rojak Caleley ni,

1) 450g = RM10

2) 1kg = RM20

3) Berniaga lebih 5kg order = RM19/sekilo


Kawasan Penghantaran atau COD :


1) RM2 post Seri Rampai/Wangsa Maju/ Danau Kota (by hand)

2) RM2 post Damansara Damai/ Sungai Buloh (by hand)

3) Poslaju untuk selain kawasan di atas caj RM6-RM20 SM/SS Exclude GST ikut Berat & Jarak.

Waktu Operasi:

1) Isnin-Jumaat: 11am-10pm
2) Sabtu-Ahad: 10am-10pm

Hubungi/whatsapp : 012 677 3464 (ZAN) 

atau 
email di nfsomarnormah@gmail.com 

atau 
Instagram @caleley  

untuk keterangan lanjut.



sos rojak,sengkuang calit

Testimoni pelanggan sos rojak Caleley :






Oleh itu bagi mereka yang tercari-cari sos sengkuang calit, sos rojak, tauhu bakar dan sebagainya dapatkan sos rojak caleley sama ada untuk berniaga mahupun jamuan serta makan seisi keluarga dirumah. 


22 ulasan:

  1. Balasan
    1. apa yang sedap NH?? semua ye hihi :)

      Padam
  2. sedapnya kak ana..terliur rasa..

    BalasPadam
  3. sedapnya.. had sengkuang tu nampak tempting sangat.. :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah lia, kak ana masa mula-mula nak review ni sibuk mencari sengkuang awal2 lagi hihi :) memang sedap makan dengan sos caleley ni ;)

      Padam
  4. lamanya lahai tak makan rojak, tapi tak suka makan rojak buah biasa makan rojak yg ada roti. hehe - www.adarain.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. rojak ada roti??pestime kak ana baca ada rojak yang beroti bahrain.. nak google lah mana rupa :)

      Padam
  5. Uih sodapnya rojak. Sedap juga makan dengan tauhu bakar. Kena beli ni sos rojak caleley ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. belilah Sha boleh pas laju ke mana-mana destinasi, in shaa allah :)

      Padam
  6. Hidangan rojak yang sangat mengancam dan menawan selera..:)

    BalasPadam
  7. nampak macam best ni...sebab boleh buat banyak benda dengan satu sos, nnt sally nak cuba jugak laa sbb bole amik kat area wangsa maju :D

    BalasPadam
  8. alahai kak tergoda sudah ...lapooo

    selamat bercuti semua !!

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. all the best acik, in shaa allah kak ana akan vote :)

      Padam
  9. Sedapnyaaaa. Nanti nak try lah !

    BalasPadam
  10. terus mengidam..... sengkuang win....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik nizam mengidam lak dah... kannnn :)

      Padam
  11. Balasan
    1. memang sedap Sha , kak ana pun suka sos rojak ni, caleley dia tak pedas dan memang sesuai untuk semua golongan , in shaa allah.

      Padam