Pagi tadi ana menemani jiran ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Rawang untuk bertanya mengenai kaedah rayuan permohonan BR1M 2016 nya yang berstatus tidak lulus setelah dilakukan semakan status. Memandangkan beliau bukan orang kita, beliau meminta ana menemaninya berurusan di kaunter LHDN. Tak salah untuk menolong sesama jiran kan, di samping itu dapat juga ana kongsikan sesuatu bersama pembaca di www.anajingga.com yang mungkin sedang berhadapan masalah yang sama.

Rayuan Permohonan BR1M 2016 




Telah tertulis di slip status semakan bahawa permohonan rayuan BR1M 2016 hanya boleh dilakukan mulai 15hb Mac sehingga 15hb April 2016. Cuma kami inginkan kepastian dan di mana rayuan permohonan BR1M ini boleh dilakukan. Menurut pegawai kaunter yang bertugas, rayuan permohonan BR1M 2016 boleh di lakukan mulai tarikh tersebut di mana-mana kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berdekatan. Bawa sekali salinan kad pengenalan sendiri dan tanggungan berserta salinan slip gaji ( tiga bulan terakhir - October,November,Disember ) untuk semakan. Borang permohonan boleh didapati di kaunter.

Jika di Rawang, pastinya lah di cawangan yang baru dibuka tahun lepas iaitu di Lembaga Hasil Dalam Negeri atau LHDN Rawang, di Rawang One, Bandar Rawang. 

Lokasi Pejabat LHDN Rawang 








Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Hasil (PKH) Rawang, Selangor akan mula beroperasi pada 15 April 2015 (Rabu) di alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Khidmat Hasil Rawang,
Lot 3S-11-G & Lot 3S-12-G, Tingkat Bawah, Kompleks One Rawang
48000 Rawang, Selangor.

No. Telefon : 03-60915037 / 5071 / 5102 
No. Faks : 03-60915103



JENIS PERKHIDMATAN
HARI / WAKTU OPERASI
Khidmat Nasihat Percukaian & BR1MIsnin - Khamis8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang
Duti SetemTunai / Cek / Bank Draf / Wang Pos / Kiriman WangIsnin - Khamis
*Penerimaan bayaran hingga jam 3.30 petang
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 3.30 petang
Jumaat
*Penerimaan bayaran hingga jam 3.30 petang
8.00 pagi - 12.15 t/hari
2.45 petang - 3.30 petang
Sumber : http://www.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian di www.anajingga.com kali ini memberi manfaat buat pencari matlumat..Segala yang tercatat disini ialah pada tarikh entri diterbitkan. Sebarang perubahan tertakluk kepada perubahan informasi LHDN . 

22 Comments

  1. saya pon xlulus juga kak ana.. dapat voucher buku.. hihihihih.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. oklah tu nanti boleh gak shopping buku Ikhwan :)

      Delete
  2. Bagus kongsi ana..
    Akak nak semak adik akak..
    Dapat tak dia tahun ni..
    Terima kasih ana..

    ReplyDelete
  3. Zumal ada buat untuk tok tapi masih dalam proses lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk warga emas in shaa allah lulus tu zumal :)

      Delete
  4. Moga membantu untuk yang masih pening bagaimana nak buat rayuan BRIM..

    ReplyDelete
  5. saya pon msh dalam proses.. terima kash kongsi maklumat.. sangat berguna.. :)

    ReplyDelete
  6. Zaf tak layak.. teringin jugak nak rasa.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe lah Zaf, kita bagi pada yang memerlukan.. :)

      Delete
  7. Sha pun x layak kak ana.. Bukan rezekikan..

    ReplyDelete
  8. Dh buat rayuan bk ty bila bule dpt duit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check status di laman web rasmi ebr1m,lhdn :)

      Delete
  9. Rayuan dh di buat,bila agak nya ya dapat duit br1m tu,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check status permohonan di laman web br1m lhdn untuk keterangan lanjut :)

      Delete
  10. salam nk tny betul ke brim bujang ada y lulus tp xada masuk akaun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, maaf Rafidah, mungkin boleh hubungi talian hotline BR1M atau mana2 cawangan LHDN untuk menjawab pertanyaan saudari..:)

      Delete