sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 23 Februari 2016

Sambal Terung


Resepi Sambal Terung


resepi sambal terung


Sedap, serius sedap sambal terung ni. Ia rangup sikit tak macam kita buat sambal terung panjang yang biasa tu. Ada krup-krup bila kita mengunyahnya. Sebabnya ia di masak dari terung mini, ana panggil terung mini sebab tak tahu nama terung ni.


ulam terung


Selalunya orang buat ulam je terung mini ni kan... Dicelur kemudian makan dengan sambal belacan. Rupa parasnya comel sangat dengan warna ungu yang menarik. Ianya bukan terung bulat biasa yang kita masak lemak tu, saiznya memang kecil-kecil sebesar duit syiling lima puluh sen emas tu lebih kurang.

Cara nak masak sambal terung ni mudah sangat, sama macam kita masak sambal tumis biasa,cuma kita gantikannya dengan terung. 

Bahan-bahan resepi sambal tumis terung :


Beberapa butir terung mini - dibelah dua
Ikan bilis 
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk cili atau cili giling
Kicap
Air asam jawa (sedikit sahaja)
Garam

Cara-caranya memasak sambal tumis terung :


Gorengkan seketika terung mini dengan minyak.Toskan.
Tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.
Tumiskan bahan-bahan di atas.
Masukkan cili giling atau serbuk cili.
Masukkan terung mini.Kacau sebati.Tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebati.
Masukkan kicap manis (jika mahu, jika tidak pun okay je)
Rasakan dengan garam.
Gaul  seketika biarkan terung sedikit empuk.
Apabila empuk sedikit boleh di angkat dan disajikan.

Mudahkan. Sama kaedah dan resepinya seperti kita masak sambal tumis biasa cuma jangan masak terlalu lama ia akan menjadi terlalu lembut dan tak rangup pula.


Selamat mencuba.

20 ulasan:

  1. FAV SA ni kak ana....kalau yang terung panjang tu lagi best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terung panjang di jadi lembik kan SA, hat ni dia rangup sikit :)

      Padam
  2. Balasan
    1. tu lah kakcik, comel sangat kan hihi :)

      Padam
  3. Lama tak makan terung sebab takut angin dalam perut.
    Hehe ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada orang tak tahan angin gak kan Zumal :)

      Padam
  4. selalu buat ulam ja ni... buat ulam, sedap.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah zaf selalu nampak orang buat ulam dengan terung ni :)

      Padam
  5. Assalamualaikum..hai k.ana..terung memang sedap kan buat sambal..
    Jemput join  Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam khaty, In shaa Allah :)

      Padam
  6. Mrs. A pun suka sambal terung, adoiii... kecur air liur dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Mrs A kena buat lah week end ni kan :)

      Padam
  7. saya selalu masak guna terung panjang tu je kak..terung kekecik camni tak penah makan pon...terung berlado pon sedap kan kak ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Malinda, kak ana pun sebelum ni selalu guna terung panjang cuma kali ini cuba terung mini yang comel ni :)

      Padam
  8. Alahai.. comelnye terung.. Geram sha tgk kak ana.. Buat sambal lagi lah ohsem..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum ana....comel jer terung tu...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, tu lahh dia comel sangat kan warna ungu tu buatkan lagi comel hihi :)

      Padam