Taman Wetland, Putrajaya

by - Wednesday, February 17, 2016


Taman Wetland, Putrajaya


Apa yang ada di Wetland, Putrajaya? Sebenarnya ana singgah ke sini kerana ingin membawa anak-anak ke Pusat Penghayatan Alam di Wetland, Putrajaya ni. Dah terbaca pun yang hari Isnin ia tutup, namun memikirkan bahawa Isnin tu hari kedua cuti umum Tahun Baru Cina, saja lah cuba-cuba kalau-kalau ia dibuka, tetapi ternyata memang tutup. Ramai pengunjung yang datang dengan anak-anak kecil senasib dengan ana tidak dapat berpeluang masuk ke sini. Moral of the story, google dulu baru pergi ke sesuatu tempat yang agak jauh destinasinya supaya tidak kecewa kay. Dah terlanjur sampai ke sini, kami pun pusing-pusinglah sekitar Taman Wetland, Putrajaya ni.




Tarikan utama di Wetland,Putrajaya ini ialah sebuah menara tinjau atau lebih dikenali sebagai menara pandang  jauh yang dibina di tengah-tengah kawasan rekreasi. Menara empat tingkat, kalau tidak salah ana, membolehkan kita mendaki hingga ke puncak untuk melihat keindahan alam semulajadi disekitar kawasan taman Wetland. Adik Ika dan suami sahaja berjaya sampai ke puncak dan mereka menyatakan memang sejuk dan berangin sekali bila berada di atas menara. Mereka juga dapat melihat pemandangan indah kehijauan alam semula jadi dari sana.

Dari pembacaan ana di carian google, terdapat pelbagai aktiviti riadah yang boleh dilakukan disini dihujung minggu. Antaranya berbasikal yang boleh disewa, memancing, aktiviti sukan air dan sebagainya. Juga terdapat tasik burng yang mana kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan kehadiran burung-burung disekitar taman. Memang redup dan tenang sekali apabila kita berada di sini. Pokok-pokok yang merimun dan menghijau seindah mata memandang. 



Pemandangan dari tingkat satu menara tinjau di Wetland, Putrajaya







Taman Wetland, Putrajaya terletak di Presint 13 . Ianya dibuka secara percuma untuk pengunjung.Kelihatan petang itu, ramai juga keluarga berkelah di kawasan sekitar sambil melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, paling tidak pun berjoging kan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan berhampiran Putrajaya, pastinya Taman Wetland merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk santai hujung minggu. Dan jika tersesat ke Putrajaya, bolehlah singgah sambil menikmati pemandangan hijau yang damai di sini sambil berselfie wefie


pokok kekabu
Pokok kekabu yang lebat berbuah






You May Also Like

28 comments

  1. pernah pergi jugak.. tp yg rumah tinggi tu mama tgk jer dr bawah.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana naik gak mama, tapi hat tingkat satu je..semput dah haha :)

      Delete
  2. Replies
    1. luas kawasan ni NH, ni pun singgah kat sini sahaja :)

      Delete
  3. wow.. banyak rupanya taman dekat Putrajaya nie.. Sini x sampai lagi..

    ReplyDelete
  4. menarik jugak yer..kena gi jelajah putrajaya pulak

    ReplyDelete
  5. saya selalu gak kesini untuk jogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mesti best kan DP, redup je suasana kat sini

      Delete
  6. cantik kan pemandangan dari atas,,, tapi bola tengok bawah, gayat!! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak naik sampai atas tapi anak-anak kata memang best duk atas tu berangin kuat :)

      Delete
  7. bawak tiko berkelah ramai2 bawah pokok pon best gak ni kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Malinda, berkelah sambil layan anak-anak :)

      Delete
  8. Kakcik tak pernah singgah di Wetland ini walaupun selalu melalui pintu masuknya... Mudah2an dapat singgah suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu selalu lalu lalang juga kakcik tapi kali ni tersinggah tanpa sengaja :) hihi

      Delete
  9. Tak pernah singgah lagi. Selalu lalu tepi je sebab kalau pegi Putrajaya sebab pegi HQ KPT je. Next time boleh Sha masukkan dalam list jalan-jalan gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maukkan Sha bila balik sini semula boleh lah jenjalan sini lak :)

      Delete
  10. Seronok tengok suasana yg redup mcm tu ana..
    Akak pun suka melihat alam semulajadi menghijau ni ana..
    Damai jer rasa jiwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah CH, mendamaikan pandangan mata melihat kehijauan alam semula jadi ni kan .Maha Suci Allah

      Delete
  11. Salam, wahhh redup dan mmg nyaman sbb byk pokok hijau..haha geram pulak tgk pokok kekabu tu, mesti banyak nanti kabu-kabu dia...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah kak ana tak jumpa pokok kekabu ni lynn, di kampung pun dah pupus :)

      Delete
  12. Pondok bertingkat tu memang cantik, teringin pula nak bina gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah SP, kalau kawasan luas boleh je keciklan saiznya kan :)

      Delete