Tebusan mata ganjaran di WOOP

by - Sunday, February 14, 2016


Sekali lagi ana berjaya mengumpul mata ganjaran di WOOP untuk menebus hadiah. Sebelum ini, telah dua kali ana membuat tebusan yang telah memberikan produk-produk Rexona, dan kali ini dengan 1600 mata ganjaran atau point, ana diberikan selambak produk dari Vaseline, Dove dan Rexona. Best kan, siapa nak bagi produk percuma macam ni.





Macam mana?? Meriah tak tebusan mata ganjaran dari WOOP kali ini? Mana tak nya bayangkan sekali dapat 12 botol losyen Vaseline, 8 botol kecil syampu Dove, 6 botol deodoran Dove, 6 botol deodoran lelaki Rexona, satu tuala muka Vaseline dan sanitary bag juga dari Vaseline. Memandang kan begitu banyak produk yang ana terima, ana sedekahkan pula kepada kawan-kawan anak-anak ana. Seronok kan rezeki yang ada dikongsi bersama.

Apa itu WOOP 


WOOP ialah satu laman web komuniti Women Of  Opinion . Ia adalah laman web interaktif di mana kita hanya perlu mendaftar sebagai ahli dan diberikan satu nombor id untuk log in. Ianya percuma kay.. tiada bayaran di kenakan. Setelah mendaftar kita diberi pilihan untuk melakukan dua misi yang terdapat setiap kempen yang ada di sini.

Pertama Daily Missions - cukup mudah di mana kita hanya perlu menjawab servey dan soalan-soalan yang diberikan. Setiap soalan yang lengkap di jawab akan diberikan mata ganjaran antara 5-10 .

Kedua Big Missions -  untuk melakukan Big Missions, ada pelbagai kaedah diberikan dan lazimnya memerlukan kita mempromosikan sesebuah kempen produk di Facebook. Dan ganjaran mata yang ditawarkan sangat lumayan antara 100-500 mata ganjaran. Jika kita rajin melakukan Big Mission, pasti akan dapat mengumpul dengan cepat mata ganjaran dan bolehlah menebusnya di ruangan My Rewards di mana dipamerkan beberapa produk dan jumlah mata ganjaran yang diperlukan.

Senang kan.. di mana ada kemahuan di situ ada jalannya, In Shaa Allah. Jadi kepada sesiapa yang belum lagi menjadi ahli WOOP bolehlah klik di --> http://www.woop.my/friend/index/id/206029/ untuk mendaftar. Dijelaskan bahawa untuk menyertai WOOP kita tidak perlu ada blog, cuma memerlukan akaun Facebook yang aktif sahaja. Jadi..sesiapa sahaja boleh menyertai WOOP dan menebus mata ganjaran, bukan hanya blogger.




You May Also Like

22 comments

  1. wah bestnya Ana banyak tu dpt ganjaran sampai dpt sedekah lgi kat kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak noor, siap bagi kawan anak-anak dan adik2 sepupu :)

      Delete
  2. hhoii meriah, banyak sangat dapat tu. haha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur...rezekikan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC, rezeki yang dikongsikan semula bersama

      Delete
  4. saya dah tebus 3x ganjaran tp belum sampai...dorang hantar pakai poslaju ke atau pos biasa je? sbb sy duk dekat sarawak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah redeem tiga kali sebelum ni, dua dihantar melalui pos express dan hat ni dikirim dengan pos laju..selalunya ambil masa lebih kurang 10 hari untuk sampai, mungkin kerana area AJ berdekatan sekitar Selangor cepat sampai.

      Delete
  5. wahhh..manyaknyee...sha xsempt lg nk penuhi yg mata meriah tuu...harap de masa nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Sha caiyok caiyok kumpul point :)

      Delete
  6. bestnyeeee kak ...kalau nak beli tu beratus gak kene pakai duit..dah la produk2 tu sume bagos pulak tu...saya ni dah lama tak aktif di FB kalau tak mau gak saya daftar...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Malinda, kak ana sambil2 je bolehlah dapat macam-macam produk hihi :)

      Delete
  7. woop kembali glamour tp yumida belum daftar lg woop ni
    menraik la ada hadiah bagai..bestnye kalau dpt sekali byk mcm tu kak ana..hari2 sapu rexona kat ketiak..wangiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sapu sampai wangi ye yumida, jom daftar boleh kumpul point :)

      Delete
  8. x berjaya tebus yang ini...
    Tengah kumpul mata lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kumpul lagi Sha :) u can do it :)

      Delete
  9. Banyaknya redeem..ros belum redeem2 lagi nak kumpul banyak2 pointnya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ros, kumpul banyak-banyak baru redeem.puas ati hihi :)

      Delete
  10. ini berbaloi- baloi ni kak ana..SA baru je buat..lom banyak point lagi....hehehe..big challenge lom buat2 lagi...

    ReplyDelete
  11. Salam, wahhhhhh banyaknye tebusss! best2!! kalau rajin usaha, mmg boleh selalu redeem point mcm kak ana..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada mood gak Lynn nak buat big mission ni hihi :)

      Delete