sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 24 Mac 2016

Berwaspadalah dengan VIRAL


kredit : Google Image

Jangan ambil mudah menviralkan sesuatu perkara 


Dunia di hujung jari memudahkan untuk hebahan sesuatu perkara dengan cepat dan pantas tanpa sempadan. Ada sahaja isu-isu menarik , sepantas kilat satu demi satu berkongsikannya di laman-laman media sosial. Cuba kita perhatikan, butang 'share' di Facebook misalnya tanpa kawalan. Kita boleh 'setting' untuk lain-lain butang kepada 'public' atau 'friend', namun tidak untuk butang 'share'. Mungkin ini dakyahnya penyebaran sesuatu tanpa sempadan.


Namun, kita sebagai manusia yang diberikanNya akal fikiran, ambillah masa sedetik dua, fikir buruk baiknya sebelum menjadi penyumbang viral di dalam dunia maya. Terfikirkah kita kesan dan akibat dari jari kita yang dengan cepat menyebarkan sesuatu perkara, memberikan komen-komen dan sebagainya.

Apabila terbaca status seorang hamba Allah yang menjadi mangsa viral di laman sosial, ana terpanggil untuk menuliskan kembali disini. Moga-moga jadi peringatan buat ana sendiri dan saudara sesama Islam yang lain. Terfikirkah kita, cerita yang kita kongsikan itu yang kononnya sesuatu yang kelakar, lawak namun ia sebenarnya mengguris hati insan lain. Insan yang empunya diri, kaum keluarganya serta maruah dirinya. 

Keberaniannnya menulis status mempertahankan harga dirinya amat ana kagumi. Di usianya yang masih muda, dia berani menyatakan luahan hatinya supaya menjadi peringatan buat netizen di luar sana yang sewenang-wenangnya mentertawakan dan menganggap semua sebagai bahan gurauan. Bacalah sendiri petikan yang ana pinjam dari sumbernya sebagai peringatan buat kita semua. 



KLIK UNTUK BESARKAN FOTO


KUALA TERENGGANU - Demikianlah persoalan dari tuan empunya badan yang baru berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun.


Gambar yang dimuat naik oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook tersebar luas sehingga ada segelintir pengendali laman Facebook seperti Himpunan Gambar Lawak dilihat mempersendakan pasangan itu.


"18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha," tulis laman Himpunan Gambar Lawak disertai dengan emoticon gelak ketawa.


Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah Nazri, isteri kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan.


"terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak.


"Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap.


"By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Kalau saya cakap saya tak maafkan awak sebab awak heboh gambar ini, awak rasa okay tak? Okaylah kot kan? Biasalah manusia ini, hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.


"Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin," katanya.


Menurut Nur Nasirah, dia sebelum ini mengambil pendirian untuk berdiam diri. Namun gambar dia dan suami telah tersebar meluas sehingga menjadi bahan jenaka netizen menyebabkan dia hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu. - PIXEL MEDIA 

(kredit sumber petikan : PIXEL MEDIA )

25 ulasan:

  1. Tu laa kak..kadg org ni ringan je tgn nk share,,nk ketawakn org,..suka pertikai jodoh org segala..akibt dan akibat xpikir lgsg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bak kata cikgu Rose dalam bujang lapok tuu Sha, haa tuu laa PAk Abu,jangan suka ketawakan orang hihi :)

      Padam
  2. Padan muka admin tu, orang takde akal mcm tu patut kena sebijik di dunia berbijik-bijik di akhirat huhu

    BalasPadam
  3. viral benda baik2 yg memberi pengajaran kat org xpe.. ni nak perli2 kutuk2 org pulak.. itu tak bagus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan seraa rose, selalu AJ ingatkan diri sendiri setiap kali nak posting berpegang pada prinsip kongsikan yang baik-baik sahaja, in shaa allah

      Padam
  4. Hidup ini ibarat roda, ada masa kita dekat atas, ada masa kita dekat bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar sangat aizamia3, peringatan buat kita bersama ,terima kasih :)

      Padam
  5. Saya memang cukup usaha nak elak dari buat benda-benda yang boleh sakitkan hati orang....nak menyusun ayat pun fikir banyak juga...

    BalasPadam
  6. sekarang ni byk orang yg viralkan benda yg tak sahih,benda yg jatuhkan aib orang..bila facebook disalahgunakan..hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya benar sangat Nick, menakutkan fitnah akhir zaman yang semakin berleluasa :(

      Padam
  7. tu la pasal...orang lain kawen admin yg panas dah kenapa...sukahati dia la nak kawen dengan sape2 pon...

    BalasPadam
  8. tak semua benda boleh dijadikan bahan lawak... bila cakap tak nak pakai otak, camtu lah jadinya...

    tapi, pengantin perempuan memang cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan zaf, lawa macam mira filzah pun ada iras2 kan hihi :)

      Padam
  9. share boleh tapi bahasa yang elok..ini bahasa memeperlekehkan orang..dari banda baik boleh buat pahala dah jadi dosa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. individu yang di viralkan tu pun ada maruah dan perasaan jugak kan Mar :)

      Padam
  10. Insyaallah, niatkan hanya share yang baik-baik dan sentiasa beristighfar mana tau ada yang tersalah silap yang tidak disengajakan. Semoga Allah pelihara kita dari perkara-perkara yang merosakkan kita..Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, in shaa Allah, peringat untuk kita bersama che mid, terima kasih :)

      Padam
  11. itulah kata duni akahir zama, smua dihujung jari untuk dapatkan raih orang.. tnpa sedar ianya seperti orang suruhan dajjal.. dunia kahir zaman, dunia penuh dnegan fitnah

    BalasPadam
  12. itulah keburukkan di dunia tanpa sempadan nih.
    kalo x pandai guna memang mendatangkan dosa pada kita.
    elakkan diri dr mengutuk org. kita tak berada di tempat dia. cukup lah sekadar membaca dan amik pengajaran sesebuah cerita.

    Salam ukhwah jugak dari Zura~

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas peringatan Zura :)

      Padam
  13. haaa betoi2. kaji slidik dlu.. salah kang buat malu jaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang paling ditakuti jika jari2 kita terlibat sama menyebar aib dan fitnah kan CT, Nauzubillahi min zalik

      Padam