Carik-carik bulu ayam

by - Wednesday, March 02, 2016


Carik-carik bulu ayam,akhirnya bercantum juga




Peribahasa Melayu lama, carik-carik bulu ayam,akhirnya bercantum juga.Membawa maksud pertelingkahan atau pergaduhan dikalangan adik beradik, namun akhirnya akan berbaik semula. Begitulah yang diharapkan. Ada ketikanya di kalangan adik-beradik seibu sebapa terjadi juga pertelingkahan atau bercanggah pendapat. Ini lumrah kita sebagai manusia yang mana ada ketikanya merasakan kita sahaja yang betul, kita sahaja yang nak menang dalam sesuatu isu atau perdebatan. Akhirnya ada pihak yang terguris hati. Membawa kepada perbalahan dan lebih hebat lagi berkecil hati sehingga mencipta ruang perpisahan dan dendam.


Bertahun lama pun ada yang tidak bertegur sapa. Masih memendam rasa marah. Tetapi adakah yang merasakan dia menang dalam perdebatan itu amat bahagia dengan kemenangannya? Adakah yang merasakan dia yang benar dalam perselisihan itu bahagia dengan kebenarannya?Apakah itu satu kepuasan baginya, bila yang dianggap tewas dan kalah itu tidak lagi muncul dalam hidupnya? Sedangkan mereka itu barangkali adiknya sendiri, abang atau kakak kandungnya sendiri.

Carik-carik bulu ayam, dah tercarik dan tercalarpun namun suatu masa nanti amatlah diharapkan ianya akan bercantum kembali. Buanglah ego, singkirkan jauh dendam kesumat, itu semua permainan hati. Yang paling penting jalinan kasih sayang yang indah ikatan ukhuwah yang membawa seribu makna dalam hubungan adik-beradik itu sendiri. Lupakan yang pahit, imbas kembali setiap kenangan manis yang dicipta bersama di masa lalu. Renunglah wajah ayah bonda tak kira yang masih ada atau yang telah pergi bertemu Yang Maha Pencipta. Tiada ibu ayah yang inginkan anak-anaknya bersengketa.Kembalikanlah kasih sayang agar jiwa merasa aman dan tenang.

Hidup ini satu persinggahan semata. Perjalanannya penuh liku dan ujian yang melanda. Persinggahan yang menuju destinasi abadi yang belum pasti bila bakal terhenti dan  ternoktah tanpa sebarang isyarat. Andai nanti kita dijemput dengan seribu sesalan yang dibawa pergi. Penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.Waallahu a'lam.


You May Also Like

28 comments

  1. air yang dicincang takkan putus.. walau macam mana pun kan kak ana..

    ReplyDelete
  2. best baca entri ni....mendalam citer

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt... Tp air dicincang tak kan putus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cik la cuma kena rendahkan ego untuk perbaiki hubungan :)

      Delete
  4. betul tu kak ana sokong 200 % ..susah kita nak melawan bila nafsu menguasai diri..semoga ukhuwah kita pun terjalin dengan baik walaupun di alam maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wani, kadang kala tewas seseorang kerana egonya :(

      Delete
  5. Carik-carik bulu ayam, akhirnya putus sebab dah jadi shuttle..;)

    ReplyDelete
  6. betula tu kalo adik bradik.. gaduh2 manja ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan tak berpanjangan kan CT :)

      Delete
  7. Biasa laa kan kak ana...adik beradik gaduh2 sayang namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lya, semoga tidak berlarutan sehingga memutuskan silatur rahim kan.

      Delete
  8. Replies
    1. erm bulu ayam boleh buat penyapu habuk kan mummy ngeee :)

      Delete
  9. sama la macam kat umah ni..kejap baik, kejap gaduh... tapi tu situasi bila ada mummynya.. bila takde mummynya muafakat memanjang..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu nak minta perhatian tu mummy, nak bermanja2 gitu :)

      Delete
  10. Pernah terjadi dalam hidup ai sendiri.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga segalanya kembali damai buat aizamia3

      Delete