Pandangan biasa hari ini, beberapa orang kawan atau sebuah keluarga, duduk semeja, memesan makanan dan minuman, kemudian suasana sunyi sepi. Masing-masing leka memandang smartphone, membaca mesej dari whatsapp yang masuk, membalas mesej, menyusuri Facebook dan like gambar-gambar di Instagram, dan sebagainya.Apa nak hairan kan, inilah teknologi masa kini. Bukan setakad anak muda, mak pak pun sama gak. 


Rupanya inilah yang ditakutkan oleh Albert Einstein suatu masa dahulu. Kini dah jelas dan nyata ketakutan beliau adalah realiti hari ini. Smartphone, mendekatkan yang jauh, menjarakkan yang di depan mata. Benar, banyak kebaikannya, dengan pelbagai aplikasi yang terdapat pada smartphone, segala aktiviti, perkhabaran dari sahabat handai, saudara mara tak kira dari pelusuk dunia mana pun dapat diketahui dengan kadar yang segera. Alhamdulillah,postifnya di situ. Kisah  mak long masuk wad, hari lahir sepupu, ulangtahun kelahiran anak saudara, keputusan SPM anak mak andak semua kita boleh tahu.Live update gitu.

Tapi yang tak bestnya lepas tahu, kita buat andaian pula, alaa saja nak menunjuklah tu dia bahagia, saja nak tayang lah tu keputusan anak dia semua A, cik Peah sempat selfie lagi kat katil pak Mat yang sedang berbalut wayar keliling badan dalam ICU dan seribu satu andaian kita tafsirkan. Negatif laa pula dah. Cubalah bersangka baik kan, tapi bukan mudah juga nak mendidik hati, betul tak? Dah nama lagi manusia kan.

Okay berbalik pada ketakutan Albert Einstein, nyata walau duduk semeja, jarang dah kedengaran gurau senda sesama rakan, ibu ayah menjawab pertanyaan anak-anak yang bertalu-talu, adik bercerita dengan kakak kisah budak tomboy kat sekolah tadi kena tarik telinga, dan seribu satu kisah lagi yang dahulunya rancak memeriahkan suasana.

Teringat kembali era 90-an dahulu, ana dan sepupu namanya Intan. Kami satu sekolah duduk sebelah-sebelah rumah sahaja pun. Jarak usia dua tahun beza. Dah sakan dah jumpa kat sekolah, bila di rumah, petang-petang lepak atas titi depan rumah sambil berborak balik kisah sekolah. Dari kisah budak lelaki kena denda masa perhimpunan, ada mamat bagi surat tabur bedak, kisah Cikgu Displin gunting rambut murid dan macam-macam lagi lah. Selagi mak atau makcik tak jerit ' udah-udah le tu, tak cukup ke di sekolah cerita tu, dah nak Maghrib pun sambung lagi kisah yang sama!!, Balik cepat, hari dah senja!!' ambik ko.

Itulah kami dahulu. Kini masih lagi berhubung dan kalau berjumpa semula dengan sepupu sepapat, pelbagai nostalgia silam kami bualkan semula. Kenangan main masak-masak atas reban ayam, kisah berebut jajan, kisah kutip tiket bas di tepi jalan dan segalanya tercatat indah di dalam lipatan kenangan untuk di cerita kan semula.

Agaknya, sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, apa ye yang akan di bualkan oleh anak-anak kita untuk mengimbas kenangan lampau. Barangkali, 'ingat tak Nora Danish upload gambar dia bercuti kat London'. Haha... 

Zaman sekarang sukar nak mencoretkan kenangan. Contohlah gambar-gambar di smartphone. Sekarang ni boleh sahaja bergambar 16 ribu keping dalam sehari,gambar makanan pun kita rakamkan (ana lah tu, nak masuk Instagram) , namun akhirnya memori penuh, delete, terpadam sudah. Jika dahulu gigihlah ke kedai gambar hantar untuk dicetak, dulu kami panggil cuci gambar. Dan walaupun ada gambar mata terpejam, mata jadi merah namun masih elok tersimpan hingga ke hari ini. Anak-anak masih boleh gelak besar bila lihat gambar sekolah mak pak yang kelakar habis dengan seluar ketat ala-ala Amy Search, baju sekolah kain senteng. Rock O mak kita dulu. 

Panjang pula membebel di sini. Namun inilah teknologi. Ia dicipta oleh manusia untuk memudahkan urusan duniawi. Namun kita lah yang diberiNya akal dan fikiran, mengawalnya, bukan ia yang mengawal kita. Ana dan keluarga kecil kami menetapkan syarat dengan sangat mudah. Off data ketika makan, ketika berada di luar rumah. On hanya bila perlu sahaja. Nikmatilah saat-saat indah disamping insan-insan tersayang, ciptalah memori bersama mereka, kerana waktu yang berlalu tak mungkin dapat diulang kembali. Waallahu a'lam dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt, dan yang buruk adalah dari kekerdilan ana sebagai hambaNya yang tak lekang dari melakukan kesilapan.

22 Comments

  1. Hahhaha bab kain senteng masa sekolah tu ..
    Sama dengan akak jer Ana..
    Tu lah zaman 80an dan 90an kan rock kapak..

    Betul tu ana.. guna kan teknologi kearah kebaikan..
    Kita yg mengawalnya melalui akal nya..
    Kekadang akak kena kawal diri akak dan anak dgn smartphone ni..
    Bila perlu jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sezaman lah kita ni kan NMI :) era rock kapak gituu hihi :)

      Delete
  2. betol tu k.Ana...lain zamn..lain cara dh...tp jgn smpi yg dekat jd jauh plk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah Sha, kita yang perlu mengawalnya bukan teknologi mengawal kita kan :)

      Delete
  3. Apa yang ana ceritakan mengimbas kembali kenangan lalu kak zai.
    Kadang2 bila anak2 terleka kena sound juga terutamanya bila makan luar ketika menunggu makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak zai, ada yang kita rasa kita perlu tegur eloklah kita tegur kerana mereka anak2 yang masih perlukan bimbingan dan teladan dari kita juga :)

      Delete
  4. betul la kak..dulu walau dh jumpa kat sekolah..eh balik sekolah agama boleh sambung lagi duduk kat jambatan sambil makan ais krim malaysia..sambung makan jajan yang tak habis beli pagi dikantin sekolah..itu belum bawa setelap keropok dari rumah..sangat dekat..sangat akrab..tapi sekarang bila jumpa kawan kawan..nak sembang mereka lebih mudah minta atau beri nombor telefon..indah tapi manisnya kurang..mesra tapi akrabnya tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC, bercerita tak habis2 bila bertemu rakan atau adik beradik kisah sekolah yang di lewati ,penuh nostalgia :)

      Delete
  5. memang betul pun,, realiti yang kita sendiri terjebak,, kadang2 terasa juga anak2 marah bila dia panggil kita tak jawab dok sibuk baca whatsapp huhu,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa hat tu pun sama Saniah Ahmad, berat sangat depa nak menjawab kalau duk leka dengan smartphone ni kan ,adoi

      Delete
  6. Artikel klasik yang mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. terima kasih Raihanah sudi membacanya.. :)

      Delete
  8. sb tu sy sedaya upaya tak pegang hp masa face to face..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah miss eimanhikmah, satu tindakan yang baik sangat :) kipidap

      Delete
  9. Tepat sekali K. Ana dekat tapi jauh. Hubby depan mata tapi duk busy ngadap smartphone main game.

    Memang excited mengimbau kenangan lalu kan K. Ana paling win bila tengok album lama. Ada sekali tu bila reunion siap bawa album pastu ketawa terbahak-bahak tengok satu gambar tu pakai jam sampai ke lengan kah..kah..kah.. best sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Mrs A, samalah kak ana pun setiap kali bertemu kawan2 sekolah memang macam2 kenangan diimbas kembali, penuh ketawa dan riuh rendah kan :)

      Delete
  10. Saya yang tua pun terasa akan perasaan ' dekat tapi jauh ' ini Ana...walaupun ada kebaikkan, tidak dinafi..tapi aktiviti komunikasi santai seperti dulu2 makin berkurangan. Balik kerja masing2 kurung dlm rumah..nak cek whatapps grup la..instagram la..fb la...dan mcm2 lagi..itu yg tua, yg muda pula lagilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi kebiasaan macam ni kan kak mala, carilah ruang yang ada untuk kita kembalikan kasih sayang dan kemesraan di dalam sesebuah ikatan ukhwah, in shaa allah.

      Delete
  11. betoi2.. setuju.. *terkono batng idung sendirik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. aip!! tarik hidung zaf kasi cun macam priyanka copra cepat haha :)

      Delete