Resepi Kek Pisang 

 



Lama dah tak baking membaking ni kan, atas faktor kemalasan yang melanda jiwa raga sejak dua menjak ni.  Tiba-tiba minggu lepas tergerak hati nak makan kek pisang, memandang kan banyak pula pisang berangan di jual di kedai runcit. Dan terhasillah sebiji kek pisang yang gebu geban dan enak di makan begitu sahaja sebagai sajian petang bersama teh o suam. Cuaca panas-panas ni tak daya nak menghirup teh panas kan. Jom ana kongsikan di www.anajingga.com satu resepi mudah dan Alhamdulillah menjadi sebiji kek pisang.



Bahan-bahan untuk membuat kek pisang:


4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung kek ( tepung naik sendiri )
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula castor
1 cawan minyak masak
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam

Cara-cara membuat kek pisang :


- lenyekkan pisang terlebih dahulu, pisang ni ikut saiz kalau kecil boleh sahaja tambah.
- pukul telur dan gula hingga kembang.
- masukkan pisang yang telah dilenyek.
- ayakkan dahulu tepung kek bersama tepung jagung dan soda bikarbonat.
- masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan.
- masukkan minyak dan secubit garam.
- bakar di dalam oven pada suhu 160' selama 40 minit atau satu jam sehingga masak.
- sejukkan dan bolehlah disajikan untuk keluarga.

~ selamat mencuba~

46 Comments

  1. macam senang jer resepi ni...boleh cuba..memang suka cuba yang mudah-mudah..thanks ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome azie, ada masa nanti cubalah kay, hupdate semula kat blog hihi :)

      Delete
  2. mak dayah dulu selalu buat kek pisang, bila dah tua2 gini malas dah dia..anak dia pula memang jenis tak baking2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa ni anak dara yang manis bernama dayah lah kena takeover tugas mak buat kek pisang untuk mak pula dayah sayang :)

      Delete
  3. salam..
    wahh kek pisang tu nmpk sedap pula..
    belum penah try lg buat ni..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cik yaya, boleh cuba pula lepas ni kay :)

      Delete
  4. kat rumah saya ni kalau ada pisang tak penah yg sempat...jap je hilang T_T sedappppnye kalau dapat makan kek pisang panas2 sambil hirup teh o kurang manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malinda pasni beli pisang sorok empat biji awal2 kay sebelum kena ngap dengan anak2 haha :)

      Delete
  5. wau ! tengok pun tau betapa padunya pisang didalamnya.. ohoiii !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoii zaf, sedap dan enak sekali kek pisang kakakmu ni haha :)

      Delete
  6. Nampak mudah dan bahan pun senang dapat. Kak Zai c/p dulu resepinya tq ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait kak zai, sila lah copy dan paste kat mana2 ye hihi :)

      Delete
  7. Aduhai terbayang pulak akak kek pisang minum dgn kopi 0 ana..
    Sedapnya..

    ReplyDelete
  8. wow sedapnya.. dah lama tak makan kek pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy nak senang beli je kat kedai settle haha :)

      Delete
  9. kek pisang ni memang cukup simbolik dengan kenduri kendara... asal kenduri je kek pisang..asal kek pisang je kenduri..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ye ke mummy, macam tuu kisahnya baru tahu :)

      Delete
  10. Kak Ana.. jgn lupa pos kat mummy tau.. ngidam ni..hahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu diaa aii, sat gi kak ana antaq sepinggan ikut pintu dapoq naa :)

      Delete
  11. Nampak mudah nak buat kek ni. Bahan2 pun ada kt dapur. Tapi tgh misi turunkan berat badan ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sabrina, buat sebiji makan sepotong jer, hat lain tu sedekah je kat orang kiri kanan hihi :)

      Delete
  12. wah..ptg2 ni sedap jgk makan kek pisang...nampak sedap jerrr..yummiezz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan husna sedap santapan di petang hari :)

      Delete
  13. wani pun dah lama gak x buat kek pisang.. last bila buat tahun lepas kot hii.. kegebuan kek tu kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa segan lak, wani punya kek pisang lagi awesome ni :)

      Delete
  14. sedapnya kek pisang,.lama dah tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sian zatie, susah2 pii beli je lah zatie haha :)

      Delete
  15. Sedapnya.... lama dah saya xbuat kek pisang.. terliur pulak tengok ni...

    ReplyDelete
  16. Kek pisang pcl baru je beli tadi rasa pisang la kan haha , pisangnya sikit dan keras sikit la.. ayooma complain manyak plk.. apa pun kek buat sendiri lg best nak lebih rasa pisang bubuh pisang banayk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PCL, beli ni keras sikit dan paling tak best lebih rasa sodanya, bila buat sendiri ni lagi enak dari segi rasa kan, mamaD terre tu buat :)

      Delete
  17. selalu buat resepi ni..tapi tak pernah buh tepung jagung. memang lembut dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Mala, resepi asal memang ada suruh buh tepung jagung, namun petang tu ana tak ada tepung jagung gantikan sahaja dengan sukatan penuh tepung kek, Alhamdulillah, dua-dua resepi menjadi :)

      Delete
  18. Nmpk ssp n mudah..tpi tula kemlsn yg melnda tu yg x tegerak2 lgi nak buat kek hhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya , hat tu memang faktor penghalang utama kan hihi :)

      Delete
  19. aida pernah sekali buat kek pisang.
    tak brape cantik kejadian nyer :(
    tapi sedap di makan la walau rupa x cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ada pada rupa aida, janji sedap di makan kan :)

      Delete