Koktail Sumi dan Mangga


Wow!! Meriah kan berwarna warni gituuu. Tujuan asal ana beli sumi dengan susu cair ni nak juga lah mencuba aiskrim sumi yang viral di facebook baru-baru ni. Biasalah memang selalu lambat nak cuba benda-benda viral ni. Bagi peluang orang lain buat dulu, kita kemudian pun tak apa. Tapi  sudahnya jadi lain pula hasilnya, nak tahu sebab apa? 


Sebabnya Adik Ika kata siapa nak makan aiskrim ni kalau ibu buat banyak nanti. Musim panas kalau makan aiskrim sakit tekak nanti, katanya. Dia pun sedang minggu exam tak ada masa nak makan aiskrim. Oleh kerana bahan dah beli, plastik aiskrim pun dah habis dalam laci, jadi ana kreatifkan sedikit dari aiskrim sumi kita jadikan koktail sumi, pun boleh kan.Lagipun cepat dapat makan teus dari aiskrim kena tunggu ia membekukan :)




Kebetulan juga ada sebiji mangga masak di dalam peti sejuk. Maka terhasillah koktail sumi dan mangga yang sedap dan menyejukkan bila di makan.Cara nak buatnya amat senang, pejam mata pun boleh buat. Potong dadu mangga, masukkan sumi ke dalam bekas. Panaskan seketika susu cair dan campurkan sedikit susu pekat untuk rasa kemanisan sedikit.Sejukkan seketika, ini kerana jika kita masukkan susu panas bersama sumi, maka hilang ghaib lah sumi-sumi tersebut mencair. 

Bila sejuk, campurkan susu ke dalam bekas sumi dan mangga tadi.Masukkan ais kiub dan sudulah sepuas hati. Lebihnya kalau ada lagi lah, masukkan ke dalam peti sejuk semula. Beres.Senangkan. 


6 Comments

  1. Sedapnyaaaaa. Alahai, Kakna menggoda suruh kita buat koktail pulak. Adududu.

    ReplyDelete
  2. kite tak makan koktail..tp kite terliur tengok mangga tu..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik, awat tak makan koktail zatie... oklah zatie makan je buah mangga tu ye hihi :)

      Delete
  3. campur dgn ais cream soda lagi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan kak Mala tak terfikir pulak nak tambah ais krim soda :)

      Delete