resepi kuih sagu

Dalam mengharungi cuaca panas sepanjang beberapa bulan ni, antara menu makanan yang menjadi kegemaran ramai pastinya kuih-muih yang sejuk-sejuk kan. Bukan apa buat penambah selera di petang hari ketika suami dan anak-anak ada di rumah. Nak goreng menggoreng, kita sendiri pun dah tak larat nak menghadap api lama-lama. 


Puas juga memikirkan menu demi menu yang hendak di sajikan buat minum petang sekeluarga. Kadang-kadang teringat semula kuih muih tradisional yang selalu mak-mak kita buat ketika kita masih kecil atau tinggal bersama mereka. Antara yang sering mak ana buat ialah kuih lompang atau kasui, kuih seri muka, kuih talam dan juga kuih sagu merah ni. Dulu kami panggil kuih ni kuih golek gelantang. Sebab apa, sebab kuih ni kan lembik longlai, bila nak makan kita kena golek-golekkannya atas kelapa parut. Maka jadilah namanya kuih golek gelantang. Maksudnya dalam bahasa Perak, golek sakan lah lebih kurang :) 

Ana membuat kuih sagu ni sebenarnya tanpa sukatan. Main agak-agak sahaja. Namun ana kongsikan resepi nya disini yang di ambil dari blog Azie Kitchen (kredit resepi). Mungkin boleh membantu mereka yang ingin mencubanya kelak. 

Resepi kuih sagu 

Bahan-bahan :
 

3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah.
Kelapa parut di gaul dengan garam

Cara-caranya :

Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).* Ada juga yang tidak perlu mengukusnya, jika sagu yang masak telah jernih sepenuhnya.

Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.

24 Comments

  1. Dah mula dah blogger2 tayang kuih2 penyejuk tekak x pun puding2 panas2 cam ni kan hii.. Wani buat sekali je sagu merah ni ..sedapnya panas2 ni laju jer masuk tekak kalo sejuk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan wani, memang laku resepi sejuk2 camni, penyegar tekak :)

      Delete
  2. Family kite panggil kuih telur katak ni..hehee

    ReplyDelete
  3. kuih ni SA suka kak ana...tapi susah nak dapat yang betul2 sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kena masak sagu tu betul2 masak supaya tak ada bintik2 putihnya lagi, sebab tu menurut resepi azie kitchen ni dia kukus semula SA, dan kelapa parut tu kak ana suka guna kelapa muda dan buh garam, baru lemak gitu kan :)

      Delete
  4. kak ni kuih feberet saya ni dan kuih ni la kuih pertama saya belajo buat dgn mak time masih anak dara trang tang tang dedulu tau...saya panggil kuih ni "kuih telo katak" kikiki :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ish sian namanya jadi telo katak walaupun memang macam teko katak pun haha :)

      Delete
  5. Assalamualaikum....

    Saya suka makan kuih sagu Pn Ana...ditambah lagi dengan kelapa parut yang banyak...tapi tak tau nak buat bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Fida,

      memang sedap, kak ana pun suka makan gaul dengan kelapa parut banyak2 nak-nak kelapa yang muda kan lagi lemak :)

      Delete
  6. Replies
    1. sedapkan Linda ,makan sejuk dari dalam peti ais :)

      Delete
  7. Mak CP selalu buat bila bulan Ramadhan sebab kuih ni yang dicari. Kalau bulan lain jarang sangat nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak ana bagitau, kalau dulu2 inilah antara menu yang mak-mak kita sajikan di bulan Ramadan.. buat seloyang sedekah jiran2 sebelah rumah kan..

      Delete

  8. sedap nyaaa.. suka mkn tapi yang mak aina buat. sbb kalau dekat luar payah nak cari yg sedap. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah aina, air tangan ibu kan lain dari yang jual tuu :)

      Delete
  9. Sedap... dulu masa kecik kecik mak selalu buat kuih ni...rasanya skng nj mcm susah nk jumpa je. Kalau nk mkn kena buat sendiri. Baru puas.. Hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada pun time bulan puasa di bazar Ramadan kan Cik la

      Delete
  10. Kak Ana... Kita Ada tag Kak Ana tau..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html

    ReplyDelete
  11. Kak ana ohhh kak ana....ni juvak salah satu kuih feberet lya kak ana hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan Lya, sejuk je masuk mulut nanti :)

      Delete