Resepi lala tumis tomyam


Lala Tumis tomyam

Jemu juga kan asyik makan ikan dan ayam sahaja, baru-baru ni ana terjumpa cik lala di pasar. Terpesona pula untuk membeli dan dijadikan menu makan tengahari bersama keluarga. Anak-anak pun gemar makan lala ni. Kalau selalunya ana akan masak lemak cili api atau sweet dan sour sahaja, hari tu entah macam mana tergerak hati nak jadikan ia lain sedikit.


Sebelum ni selalu juga makan tomyam di kedai dicampurkan lala, nak masak tomyam banyak pula memerlukan bahan tambahan lain. Memandangkan pes tomyam masih ada dalam peti sejuk, daun limau purut banyak di belakang rumah dan serai juga ada di pokok, jadi jom kita tumiskan sahaja lala dengan cita rasa tomyam.

Bahan-bahan lala tumis tomyam :


Lala (rasanya jika ada makanan laut lain pun boleh sahaja digantikan)
Pes tomyam tradisional
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Air asam jawa (sedikit sahaja)
Garam
Daun limau purut ( untuk aroma ala-ala tomyam)
Cili api (jika suka)

Cara memasak lala tumis tomyam :


Mudah sangat, sama sahaja seperti kita menumis masakan lain. Tumbuk bawang  merah, bawang putih dan halia. Tumiskan serai, masukkan bahan tumiskan bawang tadi. Masukkan pes tomyam, ikut banyak mana yang dikehendaki. 

Apabila telah masak bahan tumisan, masukkan garam dan masukkan sedikit air asam jawa untuk memberi kecairan pada bahan tumisan. Selepas ia mendidih barulah masukkan lala yang telah dibersihkan. Gaul rata sehingga sebati dan tutupkan api. Ini kerana lala memang cepat masak dan jika dibiarkan lama ia akan mengecut. Dah tak best nak makan kan... :)Masukkanlah daun limau purut untuk mencipta aroma tomyam yang sejati, wah gitu... 

Senang kan, semua orang boleh buat cuma kadang-kadang kita ni perlukan perkongsian idea sahaja untuk mencari kelainan. In shaa Allah.

26 Comments

  1. Salam kak ana. Lama tak snggah sink. Lala? Yana memang tak makan spesis kerang heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Yana, alaa tak makan ye.. rugi laa hihi :)

      Delete
  2. sedapnyeeee...tapi masalahnye lala tu susah beno nak jumpe kat tempat saya ni...kalau carik kat pasor beso mungkin la kot ada jual...makan dengan nasik panas2 tak dpt lauk lain pon takpe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Malinda, kadang-kadang payah gak nak jumpa cik lala ni, kalau terjumpa tu senang lah kan nak tukar selera sesekali :)

      Delete
  3. Sedapnyaaa lala. Tadi pagi takdek lala dekat pasar, beli kerang aje. Hehehe. Ikan harga kemain mahal sekarang baik makan seafood macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerang pun mahal dah kan SHa, dulu2 tak lah semahal macam ni, pasni tak tahu nak makan apa dah :(

      Delete
  4. sedap.saya suka makan lala sambal.

    ReplyDelete
  5. Bagus juga idea ni selalu ayam sotong udang aje kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak zai, kita gantikan dengan lala lili lulu haha :)

      Delete
  6. Haah.. selalu buat lala masak lemak ja.. macam sedap ja masam tomyam ni.. boleh try.. maseh Kak Ana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kay zaf, betul tu kak ana pun selalu buat masak lemak atau sambal je sebelum ni,

      Delete
  7. lala T_T
    dah lama gilaaa tak makan hm kak ana ni saje je buat qila nak nangis hahahaah nnt nk request dkt umi la ihihihi thank u kak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nangis ye.. alolo erm umi masak mesti sedap tu sebab masak dengan penuh kasih sayang buat qilah :)

      Delete
  8. alamak.. itew datang scroll malam2 pulak dah.. ehehe..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. akif suka tak makan seafood ni Lya , kalau suka boleh lah try kan :)

      Delete
  10. Tak pernah buat lagi Lala tumis tom yam lagu ni.. selalunya goreng cili..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok mummy pasni boleh lah lagu ni pulak kan, lagu rock pun boleh gak hihi :)

      Delete
  11. Bole cuba ni.. mesti sedapkan.. yum yum!

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. ececeh ye ke aizamia :) tu kak ana dah bagi respi jumpa lala try buat kay .

      Delete