sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 22 Mac 2016

Panduan Pendaftaran MUET


Awal pagi lagi ana membawa Kak Long ke BSN cawangan Rawang untuk membeli pin nombor pendaftaran MUET yang bakal di ambilnya semasa semesta akan datang. Ana kongsikan pengalaman di www.anajingga.com , semoga boleh dijadikan panduan buat bakal-bakal calon MUET akan datang. In Shaa Allah. 

Panduan Pendaftaran MUET

 

Pembelian pin nombor MUET 

 


Pembelian pin nombor untuk pendaftaran MUET boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional. Harga untuk pin nombor MUET ialah RM 101.05 ( pada tarikh entri ini di terbitkan ). Yuran pendaftaran ialah RM100 , caj BSN RM1.05.Selepas mengambil nombor giliran, isikan borang deposit BSN dengan menulis nama penuh dan nombor kad pengenalan (MYKAD). 

Tunggu nombor anda dipanggil dan buat pembayaran di kaunter dan slip akan dicetak  pin nombor MUET. Pastikan mengisi nombor Mykad dengan betul untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Proses ini sama ketika membeli pin nombor untuk kemasukan UPU sebelum ini. Selesai satu bab.

Cara Pendaftaran MUET 

 

Portak rasmi MPM pendaftaran MUET

Sampai di rumah, Kak Long terus membuat pendaftaran untuk mengambil peperiksaan MUET sebagai calon persendirian. Menurut rakan-rakannya, lagi cepat mendaftar lagi baik kerana kita boleh memilih untuk mengambil MUET di lokasi-lokasi yang diingini. 

Untuk mendaftar MUET , layari ke http://online.mpm.edu.my . Isikan butir-butir yang diminta dan pilihlah lokasi mengikut negeri dan zon daerah yang tawarkan untuk menduduki peperiksaan MUET kelak. Selesai semua pendaftaran 'save' dan boleh dicetak sebagai bukti pendaftaran. 

Semoga perkongsian ana yang ringkas ini dapat membantu sedikit sebanyak sebagai panduan untuk calon persendirian khasnya  yang ingin mengambil peperiksaan MUET. In Shaa Allah. 



8 ulasan:

  1. Balasan
    1. mudah-mudahan membantu Nani :)

      Padam
  2. Teringat dulu amik Muet 2 kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kisahlah Zumal, berjaya juga akhirnya kan :)

      Padam
  3. bila tarikh tutup Ujian MUET ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada info tentangnya Nieda, cuba lawati laman web MPM untuk keterangan lanjut ,link ada di dalam entri ye :)

      Padam
  4. habis daaa azab kena amek MUET hehe.. xyah mrana da =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi lepas azab dah ye CT, ni giliran anak kak ana pula :)

      Padam