sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Rabu, 16 Mac 2016

SABUN SUSUK EMAS - Alternatif Untuk Rawatan Wajah



Dua minggu lepas, ana menerima kiriman sebuku sabun Susuk Emas melalui Poslaju. Dari dalam sampul lagi aroma wangi menusuk hidung, serius wangi sangat dan bauan yang agak tradisional, ala-ala bunga cendana lebih kurang. Dan bila dibuka sahaja sampulnya lagi lah wangi dan jujur ana katakan sehingga ke hari ni, bila masuk sahaja ke bilik air wangiannya masih ada dan tak perlu air freshener bilik air lagi dah. 

Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal sabun wangi, tapi disebalik haruman sabun Susuk Emas ni ada penawar pelbagai masalah kulit yang di alami oleh kebanyakkan kita kaum wanita khasnya. Kulit wajah wanita ni ada pelbagai jenis masalah yang timbul jika tersalah penjagaan apatah lagi jika di abaikan sebegitu sahaja.Dari awal usia remaja lagi, masalah utama ialah jerawat nakal yang muncul di wajah. Jika tidak diberi perhatian khusus, jerawat akan hilang dan paling sadis meninggalkan parut. Sakit hati kan... Dan bila usia semakin meningkat, jeragat pula menjadi musuh utama wanita.


Namun usah bimbang atau berputus asa untuk cantikkan wajah. Pelbagai rawatan untuk kulit wajah ada di tawarkan dan salah satu alternatif untuk merawat wajah dan kulit tubuh ialah Sabun Susuk Emas. Kenapa dan apakah istimewanya Sabun Susuk Emas ni? Teruskan pembacaan di www.anajingga.com :)

 SABUN SUSUK EMAS

 


Mengapa kita perlu memilih Sabun Susuk Emas

Pertanyaan yang sering kali bermain di minda kita apabila ingin mencuba sesuatu produk baru untuk merawat kulit wajah..dan jawapannya ialah kerana :

~ Ianya dihasilkan dari 100% bahan semulajadi, jadi tak perlu bimbang dengan kesan sampingan yang akan timbul pada wajah selepas penggunaannya. 

~ Sabun Susuk Emas diperbuat daripada kunyit, cendana, minyak sayuran, beras dan juga pati rose. Bahan utama ialah kunyit yang mana terdapat banyak khasiat yang baik untuk merawat wajah seperti :

- menyerikan kulit wajah secara semulajadi
- menghilangkan jerawat dan parut jerawat
- mengecilkan liang-liang pori pada wajah
- menegangkan kulit wajah
- meratakan tona warna kulit
- memudarkan jeragat dan pigmentasi pada wajah
- melembutkan kulit wajah

Kebaikan dan keunikan Sabun Susuk Emas 


1. Memberikan seri wajah walau dari penggunaan nya seawal seminggu lagi.
2. Mengurangkan kedutan pada wajah serta tanda garis-garis halus pada wajah.
3. Menegangkan kulit muka melambatkan proses penuaan pada wajah.
4. Menghilangkan parut-parut pada wajah.
5. Meremajakan kulit wajah dan kulit berasa lebih lembut dan anjal.
6. Mengawal dan menghapuskan jerawat dan jeragat.
7. Memperbaiki tekstur kulit agar bersih dan berseri.
8. Menghilangkan tanda-tanda hitam di sekitar bawah mata, malahan pada tubuh badan seperti kaki,leher dan lain-lain bahagian tubuh juga.

Pengalaman menggunakan Sabun Susuk Emas

 

 Penggunaan Sabun Susuk Emas


Menulis dari hati, sepanjang dua minggu lebih ana menggunakan sendiri  Sabun Susuk Emas pada wajah, banyak perubahan positf yang ana rasakan. Kesan paling awal ialah kulit wajah tidak lagi kusam dan tidak bermaya.Kini nampak lebih cerah dan berseri tanpa mengenakan bedak asas sekalipun. Ia juga turut memudarkan pigmentasi yang menjadi masalah utama wanita di pertengahan usia masa kini. Walaupun belum seratus peratus hilang, namun In Shaa Allah dengan penggunaan yang berterusan pasti memberi kesan positif.

Parut jerawat di bawah leher mulai hilang. Ana mempunyai kulit yang agak sensetif apabila berpeluh khasnya di bawah dagu di mana kita mengenakan pin tudung. Terdapat kesan perut alahan disitu. Dan Alhamdulillah dengan menggosokkan sabun Susuk Emas setiap hari, parut alahan telah pudar dan berandur hilang. Ini amat menggembirakan kerana parut ini sudah agak lama bertahta di sana..( nak tunjuk gambar pun tempat di kawasan aurat wanita kan)..

Untuk lebih banyak testimoni dari pengalaman pelanggan yang menggunakan Sabun Susuk Emas boleh sahaja singgah di

atau lawati 




Cara menggunakan Sabun Susuk Emas


Ana menggunakannya setiap kali  mencuci wajah khasnya sebelum solat. Lebih kurang tiga kali sehari. Basahkan tangan dengan air dan sapu rata pada sabun dan buih yang muncul disapu pada serata wajah dalam 5 minit. Bilas dengan air bersih. Untuk pertama kali penggunaan mungkin akan berasa agak kering namun penggunaan pelembab muka dapat mengatasi masalah ini. Dan selepas penggunaan secara kerap dan berterusan kesan ini kian hilang dan wajah terasa lembut dan berseri.In Shaa Allah.

Jadi jangan buang masa lagi, bagi yang ingin mencari rawatan alternatif kepada kulit wajah sila 
hubungi No :

012 399 57 19 

Harga untuk sebuku Sabun Susuk Emas hanya : RM 29.90

Dan untuk satu set Anggun Menawan yang terdiri daripada

1 Sabun Susuk Emas
1 Toner Air Mawar
1 Pelembab Aloe Vera 
Bernilai : RM 79.00 sahaja

Bertindak lah segera untuk mempastikan wajah kita yang bermasalah ada jalan penyelesaiannya. Setiap hasil yang baik perlukan usaha dan kerajinan.Tiada istilah terlambat dalam merawat raut wajah agar kelihatan cantik setiap masa. In Shaa Allah. 

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. betul tu CT, kesan jelas kelihatan berbza pada kulit wajah dalam dua minggu, in shaa allah.

      Padam
  2. Balasan
    1. haha nama je Suki, tak ada kena mengena dengan susuk hihi :)

      Padam
  3. i tak de problem jerawat.. tapi pigmentasi yang big problem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azian, pigmentasi kena rawat diperingkat awal lagi, bila dah melarat susah nak hilang nanti :)

      Padam
  4. Mmm..kedengaran menarik & harganya pun OK...kulit muka kak pun jenis sensitif...teringin juga nak try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sehingga hari ini Alhamdulillah Kak Mala, serasi dengan kulit ana :)

      Padam
  5. Wah kak ana pakai kita percaya laa bila kak ana gtau..boleh cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai Lya, dan Alhamdulillah serasi dengan kulit kak ana setakad ni :)

      Padam