sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 21 Mac 2016

Selera Tradisional Pulut Kuning Dan Rendang


Pulut Kuning Dan Rendang 




Ada kalanya kembali kepada selera tradisional Melayu yang jarang-jarang dah dinikmati. Sarapan pagi dengan pulut kuning dan rendang. Ana memilih rendang ayam sekali-sekala. Bukan apa jemu pula asyik sarapan nasi lemak dengan aneka lauk yang ada, pagi tu ana memilih menu pulut kuning atau orang Perak panggil pulut kunyit. Sebab pulut tu direndam dengan kunyit dahulu sebelum di kukus atau di tanak. Bila makan bersama rendang, Subhanaallah, kena sangat dengan selera Melayu ana ni. 

Jika suami bekerja syif petang, selalunya kami 'dating' sarapan pagi di luar. Merata kedai kami pergi mencari menu-menu sarapan pagi yang lain dari kebiasaannya. Pagi tu, kami sarapan di Warung Aboh, Bandar Country Homes cawangan keduanya yang terletak betul-betul di simpang masuk ke Bandar Country Homes ni. Pelbagai sajian di jual disini sama ada untuk sarapan, makan tengahari atau pun makan malam. Seronok juga bila terdapat banyak restoran Melayu yang ada di sekitar tempat tinggal, bolehlah bertukar-tukar selera.

Pulut kuning ni, sinonim sangat dengan tradisi Melayu kita kan. Jika dahulu arwah opah ana memang akan mempastikan kami menyajikan pulut kuning ni untuk sebarang acara majlis, tak kiralah majlis bertunang, perkahwinan, kenduri doa selamat, cukur jambul atau lain-lain majlis keraian. Penyeri majlis katanya. 

Jika tidak di hidangkan, kami akan memberi buah tangan untuk di bawa pulang oleh para tetamu yang hadir. Pulut kuning ni memang sinonimlah di makan dengan rendang, sama ada rendang ayam atau rendang daging. Sedap sehingga tak terkata. Cuma ana ni tak tahan sangat jika makan pulut dengan kuantiti yang banyak. Kesannya sakit urat pada badan. Kata orang tua-tua 'angin' satu badan. Faktor usia barangkali, kian meningkat kian banyaklah kelemahan imunisasi tubuh agaknya kan..

Terus terang ana nyatakan, ana memang 'fail' bab menanak pulut ni. Pernah dua tiga kali mencuba pasti berkerak hasilnya. Jadi ana pilih teknik mengukus jika hendak masak pulut kuning atau apa-apa menu pulut sekalipun. Cuma prosesnya lebih sukar jika di bandingkan dengan menanak ni. Selalu ana lihat mak menanak pulut dengan memasaknya dengan santan terus di atas api perlahan atau di dalam periuk nasi elektrik. 

Jika mengukus pulut pula, selepas direndam semalaman, dikukus, kemudian di 'arung' atau digaul dengan santan, kemudian dikukus semula. Selepas masak, gaul sekali lagi dengan santan pekat. Rumit jugalah kan. Namun jika dah biasa tidak menjadi masalah. Cuma masalahnya di rumah ni, jika ana masak pulut pun, anak-anak kurang berminat, jadi adalah lebih afdal makan di kedai sahaja kan. 

28 ulasan:

  1. Sedap ni...tapi kena makan beramai-ramai, baru seronok... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kakcik, rumah ni kalau ana masak pun anak2 tak berapa suka :)

      Padam
  2. adoi la hai kak ana oiiii...ate ape sedap bebeno menu pepagi hari ni...hahaha...saya pon selalu kukus je pulut kuning kak tak suka yg tanak sebab nanti piuk berkerak susah nak cuci pastu pulut yg melekat tu banyak dan rase cam membazir pulak kan...kat melaka ni saya tak tau sama ada ke atau tidak restoren yg menghidangkan menu2 rare camni...kalau ada kompom laju2 saya terjah :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Malinda, sedap beno rhupenya ye, alahai kalau tak jumpa restoren, kukus je lah lagi awesome kan :)

      Padam
  3. Akak pun lebih suka kukus pulut berbanding tanak sebab bila tanak ni pulut jadi lebik sedikit. Kalau kukus kita boleh kekalkan tekstur pulut tu sebiji-sebiji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah tak berapa mahir nak menanak pulut ni kan.. :)

      Padam
  4. sedapnya kak AJ. Dah lama tak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Cik T kan,sesekali makan memang awesome :)

      Padam
  5. dulu kecik2 sape khatam Quran mesti mak dia buat pulut kuning dan sedekah pada jiran2 hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah kan Suki, antara menu wajib time Khamtam Quran , betul tu :)

      Padam
  6. assalamualaikum ana...sedapnya pulut kuning...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, sedap kan mama sesekali makan pulut kuning :)

      Padam
  7. memang suka pulut kuning dengan gulai ayam...dgn rendang belum pernah cuba. Di tempat kak selalu org makan dgn gulai ayam, daging atau pun gulai telur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. gulai tu kari barangkali ye kak Mala, sedap juga makan dengan kuah kari atau gulai ni :)

      Padam
  8. Kak Ana buat Nani terliur. Mana nak cari pulut kuning ni. Hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi Nani, balik kampung nanti cari kay :)

      Padam
  9. kalau saya sediakan untuk sarapan saya akan makan dengan sambal tumis ikan bilis je ,kalau lawan dengan rendang selalunya kalau ada majlis baru saya sediakan . anak2 saya semua suka pulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap juga kan suzie, Alhamdulillah anak2 suka makan :)

      Padam
  10. Pulut Kuning dengan rendang ayam atau daging memang kak Zai tak tolak. kukus lebih sedap berbanding ditanak.

    BalasPadam
  11. senang kukus kan kak..adoiii....teringin plk nk mkn...nyum2

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kan Sha, hihi nasib tak mengidam lagi haha :)

      Padam
  12. Assalamualaikum...

    Saya suka sangat makan pulut kuning...rasa teringin pulak dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Fida, wah sama lah kita ye :) suka suka :)

      Padam
  13. Assalam Ana..lama tak menyapa..harap Ana sihat k...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Ozie, tu lah lama menyepi dari dunia blog, welcome back dear :)

      Padam
  14. adeeeh Kak Ana !! ehehe.. CT sukala pulut2 ni..
    makan ngan ikan masin banyak sisik tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan tamban ye Ct..sedap gak kan :)

      Padam