sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 31 Mac 2016

Telenovela The Borrowed Wife di TV3


29hb Mac yang lalu berakhirlah episod Telenovela Magkano Ba Ang Pag-Ibig dan mulai 30hb Mac semalam, bersiaran siri baru slot Telenovela Tv3 iaitu The Borrowed Wife. Drama terbitan GMA Network membariskan pelakon-pelakon jelita dan kacak seperti Camille Prats, Rafael Rosell, TJ Trinidad dan Pauleen Luna.

The Borrowed Wife di TV3

 

 

Pelakon The Borrowed Wife 

Pelakon utama : 

Charee Pineda sebagai Maricar Perez

 

Camille Prats sebagai  Sophia Gonzales




Rafael Rosell -  Ricardo Rico Santos



TJ Trinidad - Edgardo Earl Villaraza



Pauleen Luna - Teresa Victoria Tessa Pelaez-Santos



Dibantu oleh :

Yayo Aguila - Imelda "Elda" Beltran
Sherilyn Reyes - Mimi Perez-Garcia
Kevin Santos - Jorrel Geraldes
Lou Sison - Jenny
Diego Castro -Carlo
Rhed Bustamante - Joanna Santos
Zarah Mae Deligero - Denden Garcia
Jojit Lorenzo - Biboy Manalo
Caridad Sanchez - Celing


Sinopsis The Borrowed Wife TV3

Berkisar kisah persahabatan di antara  Maricar dan Tessa yang mana Tessa gadis hartawan yang meminati Rico namun akhirnya Rico memilih Maricar seorang yang lemah lembut dan sederhana sebagai isterinya. Selepas perkahwinan mereka dan dikurniakan seorang ank perempuan, Rico di tuduh menyeleweng wang syarikat dan diberhentikan kerja. Ketika inilah Tessa muncul dan menawarkan pekerjaan dan jawatan buat Rico. Namun hakikatnya Tessa ingin menawan semula Rico dari Maricar. 

Kecurangan Rico dan Tessa akhirnya diketahui Maricar dan berlaku satu kemalangan di mana Maricar telah menghilangkan dirinya. Selepas tersedar dari kemalangan, Maricar menemui Earl. Waktu itu Maricar telah hilang ingatan dan tidak mengingati siapa dirinya sendiri. 

Earl menganggap Maricar sebagai kekasihnya Sophia dan dengan kerjaya nya sebagai seorang pakar bedah, Earl telah merubah  identiti Maricar sebagai Sophia. Hinggalah akhirnya Maricar dipertemukan semula dengan Rico dan Tessa. Apakah Maricar akan kembali ingatannya atau apakah Maricar akan kembali kepada Rico, jom kita layan kisah cinta ini hingga ke episode akhir nanti. 














kredit sumber : www.gmanetwork.com / Google Image :)

Episod Akhir The Borrowed Wife


Hari ini 20hb Jun 2016, merupakan episod terakhir siri telenovela TV3 The Borrowed Wife ni. Berdebar-debar juga adengan-adengan akhir. Bagi yang tak sempat menontonnya, meh ana ceritakan serba sedikit kesudahan drama siri yang hebat ni.

Rico mengetahui rahsia sebenar Sophia ialah isterinya Maricar dari teman lelaki Sandra yang telah mati dibunuh Earl.Rico cuba menjejaki Maricar namun Earl telah membawa Maricar lari ke sebuah pulau terpencil. Disana Maricar telah pulih ingatannya setelah berlaku kebakaran kecil di dalam stor dan cuba melarikan diri bersama Manang Celing namun berjaya di halang oleh Earl.

Tessa yang akhirnya memberitahu pihak polis dan membantu Rico menjejaki Maricar di pulau tersebut dan Earl telah melepaskan tembakan kepada Maricar . Maricar selamat dan pulang ke pangkuan Rico dan keluarganya. Namun Earl tetap muncul semula dan berjaya menculik Maricar dari hospital serta mencederakan wajah Maricar. Sekali lagi Rico dan pihak polis berjaya mendapatkan Maricar dengan bantuan Jenny. Akhirnya Earl membunuh diri dan Maricar kembali ke wajah asalnya setelah menjalani pembedahan serta Happy ending bersama Rico dan Joanna, 

TAMAT 

32 ulasan:

  1. pelakon pompuan depa cantik2 kan?kalau hero tu memang kacak habis la..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan DR ,kak ana rajin follow telenovela GMA ni :)

      Padam
  2. uish kak ana filipino ke latino ni heheh. cam dah tertukar. dulu2 rajin jugak layan cerita macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. filipino wani,haah kak ana memei layan telenovela ni hihi,petua tak nak tido siang haha :)

      Padam
  3. cantik pelakon perempuan diorg... Tp paling minat pasangan Philippine Marian rivera & Dingdong dantes.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah samalah aina,feveret tetap dongyan :)

      Padam
  4. hihihi dah lama akak tak layan telenovela..
    Bab pelakon perempuan yg cantik gebu tu yg suka tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann cantik2 pelakon depa ni kan :)

      Padam
  5. hai kak Ana..Fida singgah dan follow sini..Fida sempat tgk kejab ja drama ni..tu pun sebab memang EL..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih fidah, haha jadilah sekali pun ye :)

      Padam
  6. tudia peminat telenovela rupanya.... hehe

    BalasPadam
  7. mummy kalo layan ni, jem rumah tangga... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe mummy kasi can kak ana jer layan kay :)

      Padam
  8. Bestnya kalau boleh tengok tv...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerjalah zumal, biaq kakak jer layan naa haha :)

      Padam
  9. Cantik dan hensem pelakon-pelakon depa.
    Memang dah lama tak ikut drama-drama bersiri ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia kalau dah start follow melekat mama hihi :)

      Padam
  10. Best cita ni..sis nk tya yg pelakon bwa watak maricar tu sape ya.. Minat tgk dia lg dri yg bwak watak sophia tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Nur Iza izni, baru perasan rupanya dua pelakon yang berbeza, Maricar di bawa oleh Charee Pineda, rujuk semula di wikipedia the borrowed wife, :)

      Padam
  11. saya dh terjebak cita ni. nasib baik kt opis ada tv...pagi2 siap kn semua keja..pukul 3 ms untuk tgk tv.

    betul tu iza izani.....sy lg suka watak maricar dari watak sophia

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah shila untungnya boleh tengok kat opis lagi hihii :)

      Padam
  12. Kat mana akak layan telenovela online ke? Ada subtitle b.ing. tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. siaran di slot telenovela tv3 Rosmina, kalau online tgk di tonton.com

      Padam
    2. Tapi dah kena bayar sekarang.😢

      Padam
    3. oo ye ke... mungkin boleh tonton di youtube, cuma tiada subtitle lahdan kena cari episod demi episod yg tertinggal tu .

      Padam
  13. dekat mana nak tengok online? kalau tertinggal satu episod rasa macam rugiii. tolongggg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tertinggal boleh je ke tonton.com Normal Azrina atau rajinlah cari episodnya di youtube cuma tak ada subtitle lah..:)

      Padam
  14. Nak lagu tema cerita ni.. Tgok dkt utube lagu lain yg kluar bkn lagu ni. Huhu sedih. Byk kali dh carik tk jumpe. Please help me ana

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kalau AJ pun sumbernya dari youtube gak lah Intan.. tak pasti mana nak cari mungkin boleh try dari carian tajuk lagu tu di SE :)

      Padam
  15. Balasan
    1. tak ada sumber laa pulak, kena cari di youtube mungkin :)

      Padam