sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 9 April 2016

Cara Dapatkan Semula Data Fail Yang Terdelete


kredit Google Image

Entri ini sebenarnya ana terbitkan sebagai rujukan ana sendiri di masa hadapan. Maklumlah macam-macam boleh berlaku apabila kita kerap menggunakan komputer untuk pelbagai tujuan. Dengan sekali klik sahaja, pelbagai kesan boleh berlaku. Contohnya baru-baru ini, ketika memindahkan gambar-gambar dari komputer ke pendrive, secara tak sengaja telah terdelete semua fail yang sedang di pindahkan (move). Akibatnya semua gambar yang berada di pendrive terpadam (deleted). Mahu tak mengelabah di buatnya.

Dengan segera ana mencari info di internet dengan kata kunci ' bagaimana mendapatkan semula data yang terdelete dari pendrive'. Banyak laman web dan blog yang memberikan pelbagai tutorial dan salah satu yang ana cuba aplikasikan ialah dari www.cikguik.com . Alhamdulillah, berjaya juga ana menyelamatkan beberapa keping gambar yang telah terpadam, walaupun bukan semua dapat diperolehi kembali. Ana terbitkan semula disini sebagai rujukan.

Cara Dapatkan Semula Fail Yang Terpadam


Kaedah yang ana dapat dari cikguik.com ialah menggunakan perisian RECUVA. Perisian ini percuma dan kita hanya perlu muat turun ke komputer dan ia akan melakukan kerja mencari semula data yang terpadam. Mudah bagi orang seperti ana yang tak berapa mahir dalam dunia IT dan komputer ni, nak-nak lagi bermain dengan coding. Berikut langkah-langkah yang di ajar dan ana gunakan untuk memperoleh semula data yang hilang. Namun bukan semua fail dapat diselamatkan semula.Hanya sebahagian kecil sahaja. Kenapa? Waallahu a'lam. Ana bukanlah ahli yang tahu jawapannya.


Lima Langkah Mudah Recuva Kembalikan Data Yang Hilang


 Perkara pertama yang perlu ialah memuat turun perisian ini ke dalam komputer anda. Perisian ini boleh dimuat turun di laman web rasmi mereka.

Muat turun di sini : https://www.piriform.com/recuva/download/standard

Selesai memuat turun, pasang perisian tersebut ke dalam sistem operasi komputer anda. Mulakan perisian Recuva dan satu paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada butang next untuk meneruskan ke paparan seterusnya.








Anda akan dibawa ke paparan di bawah. Anda dikehendaki untuk memilih jenis data yang hendak dikembalikan. Terdapat beberapa pilihan seperti gambar, lagu, dokumen, video, data berkompress dan email. Jika anda tidak tahu hendak memilih, hanya kli pada pilihan All Files.






Seterusnya klik next. Anda akan diminta pula untuk memilih lokasi data tersebut dipadam. Jika data yang hendak dikembalikan itu terletak di dalam Pendrive / Thumbdrive anda, hanya perlu pilih On my media card or iPod. Recuva akan mulakan carian di dalam Pendrive / Thumbdrive anda. Pastikan ianya dicucuk ke dalam slot usb komputer anda terlebih dahulu.






Kemudian klik next dan mulakan carian anda dengan menekan butang Start. Terdapat juga pilihan Deep Scan pada paparan ini. Deep Scan ini bertujuan untuk carian yang lebih terperinci. Namun begitu ianya memakan masa yang agak lama. Saya hanya galakkan Deep Scan ini dibuat sekiranya data yang dicari tidak dijumpai dengan carian tanpa Deep Scan.






Setelah selesai, hanya perlu klik pada dokumen yang dapat diselamatkan dan dan klik pada butang Recover. Anda akan diminta untuk pilih lokasi data tersebut dikembalikan. 
Sebarang permasalahan tentang IT dan informasi bolehlah ke blog www.cikguik.com .

14 ulasan:

  1. Ooooo gitew... SS carik dlm tong sampah... He he he...

    BalasPadam
  2. salam , kalau terdelete memang kena redho je selama ni kak ehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun yana,tapi sebab sayang sangat gambar2 kenangan tu kak ana Google jugalah cari penyelesaian dan jumpa artikel ni..simpan sini buat rujukan masa depan nanti kan :)

      Padam
  3. slmt petang Ana..
    kaknoor selalu suruh anak-anak yg cari heheee
    tk reti maktok ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang ana gak kak noor, ni pun hasil carian en google juga bawa ke link tutorial ni :)

      Padam
  4. Wah...baru tahu ni...ada perisian rupanya...dok tengok adik saya buat sahaja...ingatkan dia guna formula....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Fida,ada macam-macam kaedah lain juga yang ni yang kak ana gunakan :)

      Padam
  5. kalau terdelete dlm komputer senang sikit nak cari..p tong sampah ja..tapi kalau dlm pendrive memang nangis x berlagu jugaklah..mujur sis bagi cara ni..so boleh test la nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah fida, tapi apps ni takdapat kembalikan semua fail juga :(

      Padam
  6. Recuva memang berkesan nak dapatkan balik fail yang hilang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SP cuma kak ana tak dapat 100% gambar yang terdelete tu namun ada yang dapat diselamatkan .

      Padam