sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 3 April 2016

Jualan Orkid di AEON MALL Shah Alam


Semalam selepas menghadiri majlis perkahwinan teman sepejabat suami, kami singgah ke Aeon Mall Shah Alam yang baru dibuka. Punyalah jem nak masuk ke ruang parkir. Itu situasi normallah kan bila bukanya satu pusat membeli belah baru di sekitar Selangor atau Lembah Klang ni. Semua pun nak explore tempat baru, lagi-lagi ketika ini banyak promosi di adakan dan parkir kenderaan pun masih percuma. Rugilah tak singgah menjelajah seluruh kompleks. 

Dalam berlegar-legar di ruang pusat membeli belah Aeon Mall Shah Alam ni, ana tertarik di satu sudut di mana di adakan jualan pokok bunga orkid.Shah Alam kan Bandar Anggerik, sesuailah dengan acara pembukaan pusat membeli belah ini mengambil temanya. 

Subhanallah jiwa yang penuh bunga-bunga dalam hati ni, pastilah tertarik dengan keindahan ciptaanNya yang amat indah di pandang. Ana memang gemar sangat melihat bunga, tak kiralah bunga apa sekalipun. Cuma orkid ni belum ada keberanian nak tanam kerana ianya agak cerewet dari segi penjagaannya.





Bagi peminat orkid yang singgah ke Aeon Mall Shah Alam ni, jangan lupa ke ruang jualannya di aras legar. Terdapat pelbagai spesis yang dijual disini mengikut harga yang bersesuaian. Ana kongsikan disini beberapa keping foto yang sempat ana ambil sambil melihat keindahan kuntuman orkid segar disini semalam.
















Cantik kan.. pasti penggemar orkid rambang mata dengan pelbagai pilihan spesis orkid yang di jual disini. Hanya peminat tegar orkid sahaja yang tahu melihat mutu dan kelas sesekuntum orkid dengan harga yang ditawarkan. Ana pernah melihat di pameran orkid di mana ada yang berharga mencecah ribuan ringgit untuk sejenis spesis orkid. Untuk yang tak berapa faham macam ana, ni cukup sekadar melihat betapa indah ciptaan Tuhan yang Maha Sempurna. 

 

18 ulasan:

  1. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. Cantiknya ,suka pulak dengan orkid, memang plan jugak nak tanam kak ana, sebab colorful, tapi x sangka la boleh cecah ratusan ringgit yg dalam pasu tu,

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik2 kan wani, itulah ada jenis-jenisnya yang mahal, yang biasa2 pun ada juga tuu wani :)

      Padam
  3. Emak mertua saya peminat bunga orkid ni. Jauh plak nak beli dan hadiahkan untuk dia =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin ada dijual di area berdekatan mama juga tu.. :)

      Padam
  4. Orkid ni memang cantik bila dipandang mata, tapi rasa macam susah sikit nak jaga dan tanam dia kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah mummy kak ana tak berapa berani nak tanam orkid ni :)

      Padam
  5. and thats way harga dia mahai.. sbb hanya insan2 terpilih ja yg berjaya tanam.. harap mummy kelaut la jawabnya..hehehe :P

    BalasPadam
  6. Abang ipar Mrs. A mesti suka ni dia minat dan pandai tentang orkid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah bestnya minat orkid ni Mrs A

      Padam
  7. semua orkid ni cantik dan menarik sekali ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dapat kat kak mala pasti menjadi punya pokok2 orkid ni

      Padam
  8. Semua cantik. Kak Zai memang peminat tegar orkid. Selalu beli kat Sungai Buloh harga berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zai, kalau terus ke rawang ni ada satu ladang orkid tak jauh dari rumah ana, memang menawarkan pelbagai spesis dan harganya pun lebih murah agaknya, sebab tak pernah beli hihi :)

      Padam
  9. aida ni umah skang xde bunga2.
    sebab xde ruang. sekadar beberapa pokok ijau penyeri depan tu hah.
    in shaa Allah umah baru plan nyer nak ada la taman kecil penyedap mata.
    bunga bungaan...
    in shaa Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah Aida,semoga akan menjadi kenyataan impian aida di rumah baru nanti..amiin.

      Padam