Kisah Buah Kulim

by - Monday, April 25, 2016




Buah Kulim


Pertama kali ana terlihat buah ni, mati-mati ingatkan buah pinang kering. Sebabnya dulu masa kecil memang selalulah nampak buah pinang kering ni kerana arwah moyang makan sireh dengan buah pinang sebagai aksesorinya. Lepas tu suami kata, bukan ni buah pompom yang banyak kat tepi jalan tu..ermm lagi lah salah sebab buah ni kecil-kecil je saiznya berbanding buah pompom bersaiz lebih besar. 

Sebenarnya sesaja nak mengarut tunjuk pandai , pak cik tu siang-siang dah letak nama kat buah tu, iaitu buah Kulim. Haa...pernah dengar tak? Jujur ana nak bagi tau, ni lah kali pertama sepanjang hayat jumpa buah Kulim ni. Kalau nama tempat Kulim kat Kedah tu pernah lah tahu tentangnya walaupun tak pernah sampai lagi.

Kat mana ana bersua muka dengan buah Kulim ni? Kat Pasar Tani Teluk Intan, baru-baru ni...Memang best sangat sesekali jengok Pasar Tani ni, macam-macam ada. Dari makanan tradisional Perak sampai lah aneka tumbuhan atau buah-buahan yang belum pernah kita jumpa sebelumnya. 

Menurut pak cik yang menjualnya, buah Kulim ni banyak khasiat. Katanya boleh mengubati penyakit buah pinggang. Waallahu a'lam. Itu kena rujuk pakar-pakar herba tradisional dari laman web atau blog mereka untuk kepastian. 

Buah Kulim ni mempunyai tempurung yang keras, dan perlu di pecahkan untuk mendapatkan isinya. Menurut pak cik tu lagi, isi buah kulim ni boleh di gunakan dalam masakan harian menggantikan bawang putih. Memang isinya yang telah dihiris berbau kuat seperti bau bawang putih. Ada yang memanggilnya bawang hutan.

Macam-macamkan kejadian Allah swt Yang Maha Pencipta. Dari carian di internet ana dapati selain di gunakan sebagai herba tradisioanl untuk pelbagai penyakit, di gunakan dalam masakan ia juga di gunakan oleh pemancing untuk umpan. Mungkin kerana baunya yang kuat menarik ikan untuk menghampiri mata kail. Bolehlah rujuk mana-mana laman web atau blog berkaitan untuk keterangan lebih lanjut. Disini, ana hanya kongsikan kisah buah Kulim yang pertama kali ana lihat depan mata. 

You May Also Like

20 comments

  1. asaalamulaikum kak ana...selamat pagi ^__^

    saya pon ni le pestime dengo pasal buah kulim ni...kalau kak ana tak entry kan sampai kesudah le gamaknye saya tatau...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Malinda, memang kak ana pun pestaim gak nengoknya :)

      Delete
  2. Baru tahu kewujudan nama buah ni.
    Huhuuu selama ni tahu perkataan kulim tu Kulim, Kedah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann CC, kalau tempat Kulim tu well known sangat dah :)

      Delete
  3. Laaa...ade buah nama buah kulim rupanya...

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun baru tahu ada buah kulim.
    Tapi macam mana cara makannya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacik tu kena ketuk peahkan tempurungnya dulu dalam tu ada isinya boleh di hiris-hiris , kak ana pun tak pernah tahu tentang buah kulim ni Mrs A :)

      Delete
  5. ooo ini ler asal usul nama tempat kulim tu hihi

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ana...baru tahu buat apa ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama , tu lah ana pun baru tahu buah kulim ni pastu shared balik dengan pembaca :)

      Delete
  7. Baru tahu ada buah kulim. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nani, kak ana pun baru je tahu hihi :)

      Delete
  8. Rajin Kak Ana berjalan di Pasar Tani...
    Sha pun x pernah dengar pasal buah kulim nie..
    Datang sini dapat satu ilmu..
    TQ Kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali Sha jengok pasar tani Teluk Intan, orait sama-sama kita kongsi pengetahuan kan kat blog :)

      Delete
  9. Assalamualaikum.
    Sy ada buah kulim ni sbb klu msyk hutan klu nk tangkap kijang kena umpan guna buah kulim. Klu ada nk beli sy blh jual. Cuma berapa hrga sy pn xtahu. Ana tgk pkcik tu jual berapa sekilo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Dan FX, Allah tak ingat pula ana berapa harganya sekilo, boleh kut cuba jual di pasar-pasar tani berhampiran saudara :)

      Delete
  10. Buah tu paling twrbaik untuk sesiapa yang mempunyai penyakit buah pinggang,kencing manis dan darah tinggi,ini terbukti apabila saya telah mencuba keatas ibu mertua saya yang mengidap penyakit buah pinggang tahap 3,selepas merebus dan meminum air rebusannya ,dalam tempoh 10hari,ibu mertua saya telah berjumpa pakar di HKL,dan ,alhamdulillah,penyakit buah pinggang dan tirod yang dideritai hampir 6 tahun telah hilang,dengan itu saya sangat2 mengesyorkan sesiapa yang mempunyai penyakit yang saya nyatakan tadi sebaiknya mencuba manalah tahu dengan keizinan Allah SWT ,penyakit itu boleh mendapat kesembuhan ataupun berkurangan dari tahap yang teruk kepada lebih baik,wallahhualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian KOZEK. Semoga ia memberi manfaat buat mereka yang sedang mencari info mengenainya dan mencubanya serta diberiNya kesembuhan..In Shaa Allah.

      Delete