sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 21 April 2016

Kuih Tradisional Yang Semakin Dilupakan - Putu Perak


Kuih Putu Perak




Serius... setiap kali ana nak balik kampung Teluk Intan, memang dalam kepala dah ada satu 'wishlist' senarai apa nak makan. Macam-macam ada dalam fikiran tapi biasalah, bila dah sampai rumah, berkumpul adik beradik, borak tak habis, last-last masak makan ramai-ramai kat rumah je. Tapi kali ini, 'target achieved' jugalah. Pagi Ahad selepas hantar kak long balik kampus untuk ambil 'final exam'di Tapah, ana terus ajak suami ke Pasar Tani, Teluk Intan.

Punyalah lama dah tak pergi Pasar Tani, sampaikan tapak Pasar Tani dah berubah pun tak tahu. Mati-mati ingatkan masih kat tepi sungai tu, rupanya sekarang dah berada depan Pejabat Pos, Teluk Intan. Adoi..cerita pasal Pejabat Pos ni pun ada nostalgianya. Dulu kat sini lah kami tunggu bas balik dari sekolah. Naik bus Hup Soon ke Jalan Changkat Jong, balik rumah.

Gigih menapak dari HMSS ke Pejabat Pos. Wajib singgah Stesen Bas Bersatu, belek-belek majalah URTV atau Variapop masa tu, kut-kut ada cerita Jamal Abdillah dan Fauziah Latif, dah kena beli . Wow..nostalgia sungguh,kenangan terindah segalanya.Ermm...sekarang ni dah tak baca dah majalah hiburan, baca blog dan pastinya buku-buku ilmiah macam koleksi buku Dato' Ustaz Kazim Elias. 

Ok...cukup lah 'throwback'nya ana jingga. Jom sambung kisah kuih putu perak ni. Ini antara kuih paling feveret ana dari kecil sampailah sekarang ni. Dulu setiap kali pergi ke pasar malam, wajib beli kuih putu perak dengan kuih pocong. Tak ingat namanya tapi kuih dari tepung beras juga di gulung dalam daun pisang, dan di ikat macam pocong tu. 'Rare' cari tak jumpa dah. Kalau ada nanti ana 'update'di www.anajingga.com.

Putu Perak ni sama sahaja macam spesis putu yang lain. Lebih kurang putu bambu juga, cuma ia berbentuk comel seperti bunga macam dalam foto di atas.Diperbuat dari tepung beras dan intinya kelapa parut. Lagi sedap kalau menggunakan kelapa parut muda. Tidak seperti putu piring, putu mayam atau putu bambu, putu perak tidak di makan dengan gula merah. Ia di makan macam tu sahaja. Pekena pula dengan kopi O, wallaaa.. memang ngam sangatlah. 

Ketika membelinya Ahad lepas, ia berharga RM2 untuk empat ketul. Oklah kan 50 sen sebiji tapi bersaiz besar. Alhamdulillah..dapat juga makan kuih putu perak yang diidamkan. 'Next trip' balik nanti nak cari Gado-gado di Bumbung Biru yang 'awesome' sangat tu..In Shaa Allah...

24 ulasan:

  1. kat ampang ni kalau nak beli Putu Perak ada satu kedai je yg jual..hihihi...nasib baik dekat kat Bukit Indah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap ye Sally, kak ana kalau nak makan putu ni memang kat kampung je, sini tak pernah lagi jumpa Sally :)

      Padam
  2. baru tahu ni putu perak, sedap rupanya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kami panggil ni putu Perak Raihanah :)

      Padam
  3. pestime saya tau ada kuih nama putu perak...kalau tengok gambo ingatkan kuih pau tadi...kikiki...majalah URTV memang populer dedulukan kak ana...saya pon tiap2 bulan mesti beli...paling suka URTV time raya...seronok baca kisah puasa dan raya artis2 pojaan hati...kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Malinda, URTV raya dapatlah tengok gambar-gambar rumah retis dengan keluarga depa kan hihi :)

      Padam
  4. lama tak makan kueh ni.. kecik2 dulu suka bebenor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah lia, kecik2 dulu suka bebenor, sekarang pun sukalagi cuma payah nak jumpa hihi :)

      Padam
  5. cantik la kuih ni..saya sukamakan putu bamboo..sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mar lebih kurang putu bambu rasanya cuma dia tak di makan dengan gula merah jer :)

      Padam
  6. Suka juga mkn putu...terutama yg lapik daun pisang...wangi shj

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Fida, aroma dengan alas daun pisang tu yang best kan Fida :)

      Padam
  7. Kat tempat kak panggil putu piring. Dah lama tak makan..sedap ni...Tak jumpa dah orang jual kue putu yang ni...kalau putu mayam & putu buluh/bambu tu masih ada...Tapi yang buluh tu pun dah ganti dgn acuan steel..mmm..putu steel la kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke kak mala, kat sini putu piring sama macam putu bambu tu intinya ada gula merah tapi kalau putu perak ni inti dia kelapa parut je tanpa gula merah.

      Padam
  8. tak pernah jumpa pun putu perak ni.. even abah orang perak, abah tak pernah sebut pun.. huk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi abah zaf tak pernah makan kut..hihi :)

      Padam
  9. Akak suka kuih putu perak ni Ana..
    Baru2 ni berkumpul jiran tetangga ada yg bawa kuih putu peral ni..
    Beriye akak mkn 2 3 ketul 😀

    Yg Variapop dan URTV tu memang nostalgia..
    Mula lah nak menengok baju retis pompuan mcm uji rashid.. azlina aziz.. fauziah latif..
    Nostalgia sungguh kan Ana 😁😁😀😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi bernostalgia pula kita kan :)memang sedap kuih putu Perak ni, laju je makan :)

      Padam
  10. Kak Zai pun suka putu Perak ni. Masa dulu klau balik T.Intan mesti cari kuih ni.
    Nasib kita tak jumpa awal klau tidak blh dating kat Teluk Intan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi kat Teluk Intan je jumpa putu Perak ye kak zai :)

      Padam
  11. mana la acik nak cari putu perak ni..sedap..pernah makan dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. acik tunggu kut kut bazar Ramadan nanti mana tahu ada jual kan :)

      Padam
  12. Sha suka semua adik beradik putu nie..
    Putu mayam, Putu bambu, Putu Perak, putu piring..
    sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah dengan kak ana Sha, peminat segala neka putu-putu ni :)

      Padam