sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 11 April 2016

Menu Sarapan Pagi Dengan Pasta


pasta goreng

Biasanya bila hujung minggu ni, rajin sikit nak sediakan sarapan pagi yang berat-berat.Ia lah bila hari biasa tinggal seorang di rumah, sarapan pun yang ringkas-ringkas sahaja.Ana ni jenis perlu untuk mengambil sarapan pagi, kalau tak gastrik pun laju je singgah. Paling tidak pun susu dengan roti sebagai pengalas perut.

Minggu ini, ana masak pasta goreng buat santapan pagi sekeluarga. Ringkas je, segala yang ada dalam peti sejuk tu kita leburkan saja dalam masakan. Bukan payah nak masak ikut resepi bagai kan.Tambahan pula kita yang dah hari-hari ke dapur ni, dah boleh agak mana yang ngam dengan resepi yang kita nak masukkan tu. Jom ana kongsikan pasta goreng ala-ala anajingga dot com. 



Pasta Spiral Goreng 


Pasta ( kali ni gunakan spiral ) - rebus dengan garam dan sedikit minyak.Toskan.

Bahan tumisan :

Bawang merah
Bawang putih
Sos Cili atau cili boh
Sosej
Daging atau ayam kisar
Brokoli
Kobis
Tomato
Capsicum

Sebenarnya untuk bahan-bahan tambahan dalam pasta ni, guna sahaja apa yang ada di dalam stok rumah kita. 

Cara masak pasta goreng :


Tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan sos cili. Kemudian masukkan bahan seperti daging kisar dan sosej. Tambah air jika terlalu kering. Masukkan sayur-sayuran dan perisakan masakan. Akhir sekali masukkan pasta yang telah di toskan tadi. Siap. Nama lagi sarapan kan, tentu cepat je masaknya. Pagi-pagi ni  memang malas nak duk dapur lama-lama. 

Ermm... perkongsian kali ni lebih pada bertukar-tukar idea kerana menu ni mudah sangat nak di masak. Mana tahu minggu depan boleh masak pasta spiral goreng pula kan untuk sarapan pagi sekeluarga.

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ana...pagi-pagi dah makan pasta ni...ada tips rupanya ya...rebus dengan garam dan sedikit minyak yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Fida, selalunya macam tu lah kalau ana rebus pasta ni :)

      Padam
  2. sedap tengok pasta Ana tu..
    Akak tak pernah masak lagi pasta ni..
    Nanti nak cubalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah CH, pasta ni ada macam-macam kan :)

      Padam
  3. salam ermm baru baru teringin jugak nak makan tapi bahan tak ada ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom yana, buh je apa yang ada dalam fridge tu :)

      Padam
  4. mak abah aida suka spageti goreng gini.
    diorang x suka mee kuning.
    omputeh punyer brg, kita melayu kan, sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak kak ana pun tak makan mee kuning aida, sedap je kalau kita mix and match kan menu2 omputih dengan citarasa melayu kan :)

      Padam
  5. Lama dh xmkn spiral dan seangkatan dgnnya nii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom sha weekend ni masak pasta :)

      Padam
  6. Anak2 suka sngt dgn pasta ni Ana anytime ok je

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kak noor, anak-anak ana pun suka :)

      Padam
  7. Mak pun suka pasta spiral ni. Sama ada goreng macam resepi Kakna atau masak sup dengan ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye Sha, kak anakadang-kadang guna spiral ni selalunya goreng je :)

      Padam
  8. Fida memang pernah masak gak..tapi suami tak berapa gmar sgt makan western ni..dia prefer makan nasi|mee|koew Teow atau bihun ja...maybe tak kena selera dia..maklumlah..tengkak kg gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke fida, sesekali tukar selera mungkin okay kut, selalunya anak-anak yang suka makan pasta ni:)

      Padam