Sempena Hari Ibu yang lepas, Adik Ika bagitahu dia nak masakkan meatball untuk ibu dan ayahnya. Ana pun layan kan sahaja lah dan kami pun ke Tesco untuk menemaninya membeli barang-barang yang diperlukannya. Kan main lagi siap guna duitnya sendiri untuk belanja ibu ayah. Ana pun tak campur tangan dan biarkan dia lakukannya sendirian.Kita tunggu dan lihat sahaja hasilnya nanti.

Malam tu, Adik Ika dan Kak Long sahaja di dapur. Dan kata mereka dah siap baru ibu dengan ayah boleh turun makan malam. Lepas ketung-ketang dan menghidu aroma sedap dari dapur, kami pun turun. Dan inilah hasil hidangan meatball bersama Mash Potato dan Coleslaw yang disediakan oleh Adik Ika untuk ibu dan ayahnya.Boleh tahan..sedap!!!


Meatball dengan mash potato dan coleslaw by Adik Ika



Wah!! pandai anak ibu  ke dapur, dah boleh harap dah kan.. Ana pun tanyalah macam mana resepinya, ibu nak update kat blog, manalah tahu ada kawan-kawan sebaya Adik nak masakkan untuk ibu depa pula nanti bolehlah guna resepi Adik Ika yang simple ni. Okay... Ana kongsikan semula resepi meatball paling ringkas dari Adik Ika disini.

Resepi MeatBall Ringkas

 

Cara masak meatball dan gravy :

 

Meatball - Menggunakan instant meatball yang dibeli di mana-mana pasaraya (Digoreng dan toskan)

Untuk gravy :

Sos BBQ Mashroom
Sos BBQ Blackpepper
Mushroom Soup
Lada Sulah
Garam

- Kesemua bahan di satukan dahulu dan perisakan mengikut selera masing-masing. Jika ada brown sos lagi sedap, namun ini sekadar olahannya sendiri.Panaskan atas api yang perlahan sehingga masak dan pekat.

Cara Buat Mash Potato

 

Beberapa biji kentang - kupas, potong dan rebus. Bila masak lenyetkan ketika masih panas.Masukkan mentega, lada sulah dan sedikit garam untuk perisa.Gunakan lebihan mashroom soup tadi sebagai gravynya.

Cara Buat Coleslaw

 

Parut halus kobis dan lobak merah. Campurkan dengan mayonis, susu segar sedikit, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.Sejukkan terlebih dahulu sebelumdihidangkan.

Senangkan resepi ringkas cara Adik Ika masak untuk Hari Ibu. Rasanya semua anak-anak pun boleh buat.In Shaa Allah.

22 Comments

  1. sedap nyerrr..kena try buat ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ana
    hidangan macam ni mmg fav sngt anak-anak
    mudah dan cepat senang nak makan kan

    ReplyDelete
  3. wah2 ! lepas ni ibu boleh relax lah... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..bila time rajinnya aje zaf ke dapoq

      Delete
  4. sedapnye kak pandai dah anak dara akak masak...pasni bole la akak rehat2 selalu nampak gayanye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah tu Malinda... tgh nak spm tahun ni..sesekali je ke dapo anak dara kak ana ni :)

      Delete
  5. adui mak...sedap sangat ni..sesekali layan western kan...aiseh terliur

    ReplyDelete
  6. kat umah sllu gak wat meatball ni as lauk
    sbb daging cincang mmg wajib ada stok kat umah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la EL ada simpan stok daging cincang di rumah,bolehlah buat meatball homemade :)

      Delete
  7. Hadoi. Dap nyerrrr.
    memang semua ni feveret aida & famili la ana :-)
    Ada member aida buat meatball sendiri.
    save cost and lebih sedap kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah anak-anak suka kan aida, betul tu mulanya adik ika nak buat meatball sendiri tapi macam tak sempat agaknya dia guna instant meatball sahaja :)

      Delete