Drama Lambaian Ramadan Tv3


31hb Mei 2016, semalam bermula satu lagi episod baru drama siri dalam slot Samarinda di TV3. Lama dah ana tak layan sangat siri drama di televisyen kecuali drama telenovela Pinoy sahaja kebelakangan ni. Namun bila ada drama baru lakonan hero pujaan hatiku.... Adi Putra, gigihkan juga lah mengadap episod demi episod. Tambahan pula dari update di Instagram Adi Putra dan blog rasmi beliau sendiri, awal-awal dah booked remote tv dari anak-anak. Dan pastinya drama siri Lambaian Ramadan ni bakal menjanjikan slot drama yang best untuk tontonan menjelang Ramadan yang bakal muncul tak sampai seminggu lagi ni. In Shaa Allah.


Sinopsis Drama Lambaian Ramadan


Sebuah drama keluarga antara Adam dan Shila yang berlaku konflik apabila Adam curang kepada isterinya atas komitmen perniagaan. Adam berubah dari seorang suami dan bapa yang penyayang mula mengabaikan rumahtangga  dan anak-anaknya.

Adam dan Shila yang telah berumahtangga berbelas tahun dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Konflik anak-anak yang semakin membesar, sikap suami yang mula panas baran dan isteri yang tertekan dengan masalah kerjaya dan rumahtangga. Tanpa di sedari anak bongsu mereka, Nurin menghidap penyakit kronik. 

Adakah ada ruang dan peluang untuk pasangan ini kembali mengharmonikan rumahtangga mereka? Apakah jalan penyelesaian yang bakal mereka tempuhi? Sama-sama kita layan hingga akhir episod drama hebat Lambaian Ramadan ini nanti.


Drama Lambaian Ramadan terbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Along Kamaludin.Drama siri 13 episod di tayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam. 

Pelakon Drama Lambaian Ramadan


Adi Putra -  Adam
Siti Elizad - Shila
Izz Ilham - Iman
Muntazar Ghani - Iskandar
Puteri Balqis -Nurin
Reen Rahim -Wardah
Turut dibantu oleh Faye Kusairi, Qazem Nor dan lain-lain.


Untuk gambar-gambar menarik dari drama siri ni boleh lah ke blog rasmi Adp Adiputra di http://www.adpadiputra.com


16 Comments

  1. best drama ni..better tv kat malaysia ni buat drama yg ada pengajaran kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm best kan afidah ,lama dah tak layan drama konflik keluarga macam ni :)

      Delete
  2. malam tadi nak tengok tapi lepas habis berita terus pi bank sat ,bayar duit rumah..berenti makan kat kedai tengok kejap je..tak tahu cemana cerita nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D, pasni boleh je sambung tengok, drama macam ni boleh tangkap jalan ceritanya hihi :)

      Delete
  3. assalamualaikum ana...dah mula ke...semlm x tengok pulak...mlm ni boleh tunggu...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, sempat lagi jom kita layan :)

      Delete
  4. hi..congrats menang my giveaway..nnt email details utk penghantaran hadiah ok. email kt shamiera_osment@yahoo.com
    http://www.shamieraosment.com/2016/06/winner-of-may-top-commentator-and-my.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much ami, kak ana dah email detail :)

      Delete
  5. kak ana macam saya..kalau ada lakonan Johan As'ari, mesti nak tengok..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kak ana kalau adp wajib lah ngadapnya sal haha :)

      Delete
  6. selamat menyambut bulan Ramadhan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ramadan buat Sal sekeluarga juga dari kak ana :)

      Delete
  7. sekali je tgk ritu x sempat lagi nak mendalami cite ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best el,drama keluarga sempena Ramadan 1437H kali ini :)

      Delete