sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 26 Jun 2016

Menang Top Komentar Blog Shamiera Osment



Bulan Jun ni bukan sahaja rezeki melimpah ruah untuk job produk review, namun terselit juga rezeki menang salah satu segmen yang ana join sabagai tanda support pada sahabat-sahabat blogger. Bila ana menyertai Giveaway atau Segmen dari sahabat-sahabat blogger, ana sekadar memberi sokongan padu pada mereka malah mana tahu jika rezeki boleh memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan.Namun kadang kala kekangan masa menghadkan ana untuk menyertai pelbagai segmen dan Giveaway. Mana yang sempat dan tidak banyak syarat rukunnya ana akan sertai juga , In Shaa Allah. 

Hadiah Segmen Top Komentar 



Sebagai penghargaan kepada pihak penganjur atau blogger, ana selalunya akan buat satu entri khas buat mereka sebagai tanda terima kasih. Mudah-mudahan blog atau produk mereka dapat juga dikenali oleh pembaca yang singgah di www.anajingga.com ni, kan. Sharing is Caring gitueww... :)

Hadiah yang ana menangi untuk segmena Top Komentar Mei 2016 dari blog Shamiera Osment ialah set mandian dari Guardian Les Tentations, aroma Mediterranian. Terdiri daripada body shower, body scrub dan body lotion. Memang wangi sangat bauanya. Terima kasih Ami. Dan ana nak kongsikan serba sedikit blog Shamiera Osment dot com ni.


www.shamieraosment.com




Ana mula mengenali blogger Shamiera Osment atau lebih mesra dengan panggilan Ami, ketika kami bernaung di bawah satu group blogger tahun lepas. Namun Ami lebih awal menarik diri kerana tidak dapat memberikan sepenuh komitmen dalam group dan ana juga turut mengikuti jejak Ami tidak lama kemudian. Dan kini kami masing-masing Lone Ranger namun Alhamdulillah ukhwah tetap terjalin walau tidak tinggal sebumbung. 

Ami seorang blogger yang aktif dan paling istimewa yang ada pada blog www.shamieraosment.com ini ialah ianya dalam bahasa Inggeris. Hebat Ami...Tahniah. Shamiera Osment banyak berkongsi tempat-tempat makan menarik di sekitar Lembah Klang. Juga terdapat banyak review produk-produk menarik kerana Ami antara Event Blogger yang aktif mengikuti pelbagai acara yang di adakan. 

Ibu muda dengan sepasang cahaya mata comel ni, rajin juga berkongsi resepi masakan buat pembacanya. Tidak ketinggalan berkongsi tempat-tempat menarik yang beliau kunjungi bersama keluarga.Ini lah antara kandungan kami, Lifestyle Blogger yang banyak berkongsi catatan perjalanan kehidupan kami untuk rujukan mereka yang mencari informasi berkaitan. 

Semoga Ami akan terus sukses dalam semua urusan, rumahtangga, keluarga dan terus aktif sebagai salah seorang Lifestyle blogger di tanahair. All the best Ami dan blog cantik  www.shamieraosment.com

11 ulasan: