Siapa pernah makan di Restoran Ani Sup Utara? Banyakkan cawangannya di sekitar tanahair kita ni. Paling ana suka makan ialah mihun sup dia lah. Memang kaw kuah sup dia kan, ada pula jeruk lobak tu memang ngam dengan selera Utara ana sangat. Tapi jangan tak tahu dan bagi yang tak pernah atau sukar nak ke Restoran Ani Sup Utara, kini mereka dah menjual paste sup dari resepi asli mereka ni.Kiranya secret resepi lah kan...Senang sangat pula tu nak masaknya..ana sendiri dah mencubanya dan nak kongsikan pengalaman ana masak sup yang paling mudah dan sedap dengan Ani Sup Utara Soup Paste.




Haa tuu laa sup ayam yang ana masak dengan Ani Sup Utara Soup Paste ni,nampak tak pekat,sedap pula tu.Sajian ana untuk iftar semalam. Ringkas dan senang sangat nak memasaknya sebab tak perlu bahan-bahan lain yang renyah nak masak.Gunakan sahaja pastenya dah boleh masak sup sesedap makan di Restoran Ani Sup Utara dah.Boleh makan seisi keluarga pula tu,jimat kan.



Ani Sup Utara Soup Paste





Jika sebelum ni kita masak sup menggunakan sup bunjut atau serbuk sup namun dengan Ani Sup Utara Soup Paste ni sangatlah mudah. Bagi yang benar-benar kesuntukankan masa, tetapi nak masak sup untuk disajikan buat tetamu yang bertandang atau hidangan sekeluarga, cuma perlu didihkan air,masukkan bahan utama sup seperti ayam, daging, tulang dan sebagainya, masukkan kentang dan bila dan mula mendidih dan empuk, masukkan sahaja Ani Sup Utara Soup Paste ni. Siap dah.Tak perlu nak tumbuk, tumis dan sebagainya. 




Meh nak tunjuk macam mana rupa Ani SupUtara Soup Paste ni. Cuba tengok tu paste dia memang pekat kan, dalam bentuk cecair dah tak perlu nak bancuh bagai untuk masak. Tuangkan sahaja ke dalam rebusan kuah sup yang ingin kita masak tu. Sesedap rasa. Kandungan yang telah sedia ada dalam paste ni ialah garam, gula, rempah sup,bawang putih, halia dan serai. Lengkap dah kan ramuan sup asli kita.




Mesti puan-puan di rumah teruja kan nak masak sup semudah ini dengan Ani Sup Utara Soup Paste ni.Dan tertanya-tanya kat mana nak beli paste sedap ni? Sat!! Ana bukan nak tayang ke kat sini mestilah kongsikan juga mana ana dapat paste sup ni kan, sharing is caring laa katakan... Okaylah..puan-puan boleh dapatkan Ani Sup Utara Soup Paste ni dengan menghubungi nombor-nombor berikut :


017-379 0336
017-618 9179
013-372 4355

atau 



Harga untuk sepeket 130g cuma RM7 sahaja dan mereka jual dalam satu kotak dengan isian 10 peket. Senangkan, simpan sahaja di rumah dan bila nak masak sup terus buka dan guna.Jadi jangan berlengah lagi hakak-hakak semua. Call dan order dan In Shaa Allah sampailah Ani Sup Utara Soup Paste ni ke rumah kita. Sedap tau, serius memang sedap, boleh sahaja makan dengan mee, mihun atau kuetiaw sup. Yummy!!

20 Comments

  1. eh.yaya pernah.memang sedaplaa anaa...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haah Mar, dah ada pes mereka sekarang ni :)

      Delete
  3. Wah boleh cuba pes ni ye Ana..
    Tengok sebijik kuahnya macam Anis Sup Utara tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup CH, sedap dan mudah, tak perlu menumis dan bahan sup yang lain, siap sedia dalam pes nya :)

      Delete
  4. Nampak sedap sangat ni. Nak semangkuk kak Ana. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa nani lambat, lain kali kak ana anta ikut pintu dapoq naa haha :)

      Delete
  5. Oh boleh delivery! best2. nnti boleh cuba!

    ReplyDelete
  6. BUlan puasa ni kak ana instant paste macam ni memang sangat membantu kan ,, ni nak tumbuk bawang bagai.. remeh kerja pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wani, untuk raya nanti pun boleh kan, bila tiba-tiba ada tetamu nak masak sup dah ada bahan nya :)

      Delete
  7. tak penah makan tapi bila tengok sup ayam kak ana tu terus bole agak...mesti sedap tu...saya pon suka sup kaler2 gelap camtu...yum2
    tak saba nak tunggu hari raya ke2 nanti...mil saya masak soto ayam...kire hidangan wajib hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak ana pun malinda suka sup kuah gelap pekat camni, wah soto memang sedap kan :)

      Delete
  8. sedap... air tangan ibu ana pasti menambat selera seisi family

    ReplyDelete
  9. sedapnya nampak sup 2...dh lama xmakan sup yg bonda sy buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. atiqi pasti merindui air tangan bonde kan :)

      Delete