sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 27 Jun 2016

Seronoknya Mencari Ganjaran Pahala


Ana ke Aeon dua malam lepas, tempah cermin mata Adik Ika sebab dah kena tambah power. Selesai semua urusan, turun ke Supermarket sekejap beli apa yang patut untuk juadah sahur. Dalam sejam lebih juga lah kami di dalam Aeon. Bila nak balik, di mesin Autopay nak bayar parkir, masing-masing tak ada wang kertas RM1. Masukkan duit RM5 tak diterima, duit syiling pun tak boleh terima. Keluarkan semula tiket, suami nak masuk semula ke Aeon untuk beli sesuatu dapatkan duit kertas RM1.




Sedang kami berkira-kira memasukkan duit ke dalam mesin Autopay tadi dibelakang kami, dua oarng gadis yang baru muncul untuk membayar parkir mereka. Salah seorangnya dengan pantas menghulurkan sekeping wang kertas RM1 dan memberikannya kepada ana. Ana menghulurkan kepadanya duit syiling jumlah RM1 sebagai tukaran. Namun kedua-dua gadis ini menolak dengan lembut. "Tak payah kak, ambil je duit ni, kami ikhlas nak tolong kakak", kata salah seorang dari mereka.


Subhanallah... seronoknya mereka merebut ganjaran pahala. Ana menerima nya dengan mengucapkan terima kasih dan Alhamdulillah. Kami bersalaman dan bertukar salam dan pergi. Terpandang di wajah mereka satu kepuasan apabila dapat membantu kami. Dan dalam hati ana juga terdetik bahawa mereka teruja sangat bila dapat memudahkan urusan kami.

Begitulah hati, mereka dan kita antara insan-insan terpilih yang dikurniakan hati yang sentiasa ingin merebut ganjaran pahala. Nak-nak lagi di bulan suci, bulan mulia Ramadan Kareem, di mana segala pahala di gandakan. Allahu Akbar.Menghulurkan bantuan walau tak pernah kenal antara kami.

Dengan nilai hanya RM1 yang begitu kecil, namun ia adalah pelaburan saham akhirat yang amat besar nilainya. Ana terus bercerita dengan Adik Ika di dalam kereta."Dik, tengok kakak-kakak tadi tu, berebut nak tolong kita, Adik kena ingat begitulah seronoknya bila kita mempunyai hati yang suka membantu ni, jadikan satu pengalaman ye". Adik Ika menjawab, "mungkin sebab kita selalu permudahkan orang lain,ibu... Allah swt permudahkan urusan kita." Ya..itulah percaturannya. Mudah-mudahan Adik Ika memahaminya dan mengaplikasikan dalam kehidupannya, Aamiin.

Sungguh mudah mendidik anak-anak ni dengan kita sendiri sebagai contoh. Mereka akan mudah memahami dan percaya akan setiap yang kita ajar dan didik. Sentiasalah berpesan-pesan kepada anak-anak ini, untuk melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah sekalipun. Ingatkan mereka, pandang kiri kanan persekitaran kita, banyak yang boleh dijadikan contoh tauladan. 

Seperti mana mak-mak kita dahulu, sentiasa berpesan untuk kebaikan, begitulah juga kita kini sebagai ibu bapa, pesan, tunjuk ajarlah anak-anak walaupun mereka membesar di zaman yang berbeza. Didik dan ceritakan selalu, bagaimana kita suka berbuat kebaikan, amal jaraiah walau hanya dengan sekuntum senyuman dibibir.


12 ulasan:

  1. Mudahnya untuk berbuat kebaikan ye Ana..
    Kita buat baik pada yg lain..
    tak semestinya org tu yg membalasnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat CH, kebaikan itu bukan mengharapkan balasan dari insan yang sama, namun urusan yang dipermudahkanNya jua, In Shaa Allah

      Padam
  2. Balasan
    1. Semoga kita terus Istiqomah dalam mencari keredhaanNya NH

      Padam
  3. yang sebenarnya, nak buat baik, dekat mana-mana pun boleh kan? hehehe. kalaulah dia hulurkan note 50 kat kak ana, rezeki dah tu. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha rezeki duit raya dah tu Ejoy

      Padam
  4. Kebaikan mudah aje nak buat cuma segalanya bermula dengan diri kita sendiri nak buat atau tidak kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Nani, kekuatan dalaman untuk memulakannya yang perlu ada dalam hati.

      Padam
  5. alhamdulillah..walaupun nampak nilai seringgit tu kecil tapi besar ganjarannya...dan besar bantuan di saat terdesak macam ni

    BalasPadam
  6. Saya baru 2hari lepas, malam 16 Julai 2016..ade sekumpulan wanita dalam 3 4 orang camtu nak bayar tiket autopay, masa tuu kad aeon saya tak berfungsi so saya agak kelam kabut jugak laa kuarkan duit..lepastu salah seorang dari mereka menghulurkan not rm1 pada saya secara tiba-tiba..saya mengucapkan terima kasih..saya teringin sangat nak cari empunya yang memberi duit tersebut..cuma sempat amek nombor flat je sebab dah terlambat nak balik store malam tuu..huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, mereka seronok mencari pahala alimi..

      Padam