Setiap kali tibanya Syawal, pasti akan ada satu moment yang paling indah untuk dijadikan kenang-kenangan. Selepas Subuh di fajar 1 Syawal, kita bersiap ke dapur menyajikan hidangan, kemudian ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri dan pulang ke rumah semula memohon keampunan ayah, ibu, suami, anak-anak dan kaum keluarga terdekat.Itu satu rutin wajib dan beruntunglah bagi mereka yang masih punyai ibu ayah untuk memohon restu dan kemaafan.

Coretan istimewa yang ingin ana abadikan disini hari ini ialah kenangan terindah di tabir 5 Syawal 1437H... Jika tahun lalu, kami dipertemukan di rumah salah seorang sahabat yang kini hampir setahun juga dia telah meninggalkan kami. Al Fatihah buat arwah Norlina Ahmad..kami ambil ikhtiarnya supaya kami meneruskan persahabatan meskipun tanpanya lagi, hari Ahad 5 Syawal nan lalu kami bekas murid SRK Methodist Girl School, Teluk Intan bersua semula, bersama meraikan Aidil Fitri dan paling bermakna mengunjungi salah seorang guru kesayangan kami, Cikgu Rofeah.




Seperti yang telah di rancang awal-awal lagi menerusi group whatsapp, pukul 10:00 pagi kami akan berjumpa di rumah Nonie. Pagi tu, ana orang pertama yang sampai, kemudian Ida dan Nani. Beberapa ketika kemudian Hasmah dan Riza. Ya Allah..bayangkan..kali terakhir ana bersama Hasmah atau kami panggil Noi adalah ketika berada di darjah lima semasa di MGS. Maka sessi peluk cium pun bermula lah di antara kami. Dan siapa sangka Renuga seorang lagi rakan kami muncul juga disini. Alhamdulillah..direzekikanNya untuk kami bersua kembali.





Sedap hidangan nasi lemak Nonie pagi tu, ada serunding dan lontong juga. Terima kasih tuan rumah atas layanan yang best walaupun dipenuhi gelak tawa dengan cerita flash back yang tak habis-habis. Macam-macam kisah, sampai ke tukang kebun pun kami ingat lagi..adoiyai...Bila dah kenyang, dan semua dah cukup korum, kami pun bergerak ke destinasi yang ditunggu-tunggu, ke rumah cikgu kami, Puan Rofeah. Dalam perjalanan tu, kami sempat singgah di hadapan pagar sekolah MGS seketika.Banyak yang telah berubah namun kisah dan kenangannya masih abadi di hati kami semua.





Sampai diperkarangan rumah cikgu, kami beri salam namun tiada jawapan. Kuat jugalah sehingga jiran cikgu, seorang auntie berbangsa Cina keluar dan bagitau cikgu ada di belakang rumah. Auntie tu yang panggil cikgu dan bila buka pintu sahaja, Allahu..inilah wajah seorang insan yang pernah mengajar kami mengenal huruf sehingga pandai membaca, menulis dan mengira. Kami masuk ke ruang tamu, rumah yang sama yang pernah kami kunjungi ketika berada dalam darjah enam berpuluh tahun yang lalu...



Alhamdulillah, cikgu masih sihat dan bertenaga, malah masih cantik diusianya 71 tahun. Bicaranya masih sama seperti dahulu ketika mendidik dan mengajar kami. Ingatannya juga masih kuat ketika menatap wajah-wajah kami satu persatu. Cikgu kata kena tengok gambar sekolah lama baru cam sebab sekarang semua dah kembang-kembang haha :) Namun bila kami singkap kembali nostalgia lalu, satu persatu cikgu ingatinya semula. Puan Rofeah merupakan guru kelas kami semasa darjah 2 Biru dan 6 Biru. Zaman tu hanya ada dua kelas sahaja setiap darjah jadi kami ni semua duduk dalam kelas yang sama dari darjah satu sehinggalah darjah enam. Mungkin sebab itu kami ni sangat rapat antara satu dengan lain.



Acara wajib bergambar sakan dengan cikgu, kan main manja lagi kami usik mengusik cikgu kesayangan kami ni. Cikgu Rofeah juga merupakan guru tarian setiap kali kami mengadakan persembahan di sekolah. Paling kelakar bila cikgu tanya, "cikgu dulu garang tak?". Haha..cikgu memang garang dahulu, tapi penuh kasih sayang.Itulah cara cikgu dahulu mendidik kami, mendisplinkan kami. Dan air tangan dan asuhan cikgu-cikgu lah yang berjaya menjadikan siapa kami sekarang ini. Dahulu pendidikan seratus peratus di sekolah, tak banyak tadika, pusat tusyen dan sebagainya kerana kebanyakkan keluarga di kampung tidak berkemampuan. Masuk darjah satu pun tidak ada asas 3M dan dari ilmu mereka yang bergelar cikgu inilah kami menimba ilmu. Subhanallah,,,




Dan kami kipnap cikgu dan bawanya ke rumah terbuka salah seorang lagi kawan kami Marlia yang terletak tidak berapa jauh dari rumah cikgu. Menu sedap nasi minyak dan rendang itam menanti kami. Sambung berbual dengan cikgu dan Lia sebelum times up untuk Noi dan Nonie yang ada urusan keluarga pada jam dua petang. Alhamdulillah..dari jam 10 pagi hingga 2 petang, adalah detik-detik indah di Syawal 1437H ini. 

Terima kasih buat Nonie yang organized mini reunion raya kali ini, terima kasih juga buat Nani dan Noi selaku pilot kami hari tu, Nani siap anta ana balik ke rumah lagi...Terima kasih juga buat Marlia yang menyediakan menu makan tengahari yang awesome. 

Semoga kita akan dipertemukanNya semula di lain ketika, In Shaa Allah dan buat Cikgu Rofeah serta semua guru-guru yang pernah mendidik kami, terima kasih dan doa kami semoga cikgu-cikgu sentiasa didalam kasih sayang dan rahmat Allah swt setiap masa, Aamiin Ya Rabb.Al Fatihah buat cikgu-cikgu yang telah pergi meninggalkan kami semua dan semoga sentiasa dilimpahi pahala berpanjangan sehingga ke syurgaMu Ya Allah...

18 Comments

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Ana..jemput datang rumah :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya T_T
    huhuhu selamat hari raya kak ana <3

    ReplyDelete
  3. waahh..seronoknyaa berkumpul kembali dgn rakan2 lama..Al-fatihah utk kwn k.ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha, Alhamdulillah dipertemukanNya semula

      Delete
  4. in sha Allah..dipertemukan lagi..seronok dapat berkumpul kan..
    selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Mar, selamat hari raya juga dari kak ana

      Delete
  5. terasa syahdu bila berkumpul semula terutama ketika raya.. memang menggamit memori lah kak ana,, nampak masih sihat cikgu kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Wanie, sihat lagi cikgu kak ana pada usianya 71 tahun

      Delete
  6. Assalamualaikum kak Ana.. Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin dihulurkan walaupun kita tak penah bersua wajah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Shikin, selamat hari raya juga buat shikin :)

      Delete
  7. selamat hari raya kak.. x smpt nk gi beraya umah akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari rayacik EN, bila2 singgah nanti ye kalau ke Teluk Intan..:)

      Delete
  8. seronoknya dapat jumpa kawan lama yang dah lama sangat-sangat tak jumpa! :D

    siap jumpa cikgu lagi. wah, dah 71 ye. bertenaga betul kita tengok dari gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Amy, ibu jumpa cikgu dan kawan-kawan sekolah rendah ibu kali ni, alhamdulillah direzekiNya )

      Delete
  9. Meaningful ni kak.
    Sesuatu yg sgt bermanfaat.

    ReplyDelete