sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 17 Julai 2016

Aniq Di Pagi Raya


Pagi Raya pertama tu memang kami kumpul ramai-ramai keluarga sebelah abah ana beraya ke rumah mak pak saudara yang terdekat. Hampir berjumpa lah semua kaum kerabat sepupu sepapat. Dalam ramai-ramai tu sempat gak bertanya Aniq beraya kat mana, sebab mak ayahnya tak ada pagi tu, rupanya Aniq ada persembahan di rumah terbuka Perdana Menteri di Putrajaya. Sian Aniq, raya pun kena kerja ye hihi :)

Dan ketika Aniq dan keluarganya mengunjungi ana di rumah di Teluk Intan pada raya ke empat yang lalu , entrinya di SINI , papa Aniq bercerita tentang persembahan Aniq di Putrajaya tu dan share kan beberapa foto Aniq yang segak comel gitueww dengan baju Melayunya. Dan dengan izin papanya, ana kongsikan semula disini beberapa keping foto Aniq di pagi Hari Raya yang lalu. Mesti suka kan peminat-peminat Aniq semua... jom layannnn  .... :)


Aniq


Comel kan Aniq di pagi Syawal... Semoga Aniq terus sukses dalam segala bidang, sama ada pelajaran dan juga aktiviti seninya... 

















Bagi yang rindu dengan persembahan Aniq menyanyikan lagu Untukmu Ibu yang membuatkan kita semua menitiskan airmata ketika di konsert Ceria Popstar yang lalu, meh layan video nyanyian Aniq ni..


video


Wah!!! Best kan Aniq beraya dengan bintang-bintang popular tanahair. Ada Dato' Jamal Abdillah, Datin Alya, Osama Yamani dan Ijat..semua tu feveret mak long ana pula tu... lain kali ada show ajak mak long jadi bodyguard ye Aniq hihi.. :) In Shaa Allah buat peminat Aniq, jika ada update tentang Aniq akan ana kongsikan di www.anajingga.com lagi kay..


kredit foto-foto : Remy Sani

20 ulasan:

  1. Seronoknya aniq..ni anak buah akak kan?

    BalasPadam
  2. mata macam tak cukup tido je tu.. take care ye aniq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaf, mata aniq memang sepet hihi :)

      Padam
  3. sedap suara,comel aniq kecil2 dah berbakat besar
    smoga aniq terus berjaya dlm kehidupan

    BalasPadam
  4. alooooo...kak ana kite tak penah tengok ceria popstar ar...takpe2 lepas ni kite pi skodeng kat youtube...semoga Aniq terus sukses ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. skodeng tau Malinda, Aamiin terima kasih Malinda :)

      Padam
  5. wah...segaknya aniq....semoga tersu berjaya dalam bidang yang diminati

    BalasPadam
  6. bila mula baca tu, tertanya juga, siapa aniq? hahaha..

    maafla kak ana, saya ni dah lama sangat tak tengok tv. kalau tengok pun, rancangan-rancangan tertentu je. hehehe..

    kak ana..nak duit raya...hehehe

    ceritaejoy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi babab ejoy baru tau, aniq anak buah kak ana, pemenang tempat ketiga rancangan Ceria Popstar ejoy :)

      Padam
  7. aniq ni suara dia sedap sangat. btw, selamat hari raya! :)

    BalasPadam
  8. K ana jadik la manager aniq.
    best nye la.

    BalasPadam
  9. Chomeynya Aniq.. Semoga terus sukses ye Aniq..

    BalasPadam