sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 16 Julai 2016

Bestnya Shopping Sakan Di EZBUY.MY


Siapa tak teruja kalau bab shopping ni kan...Nak nak lagi terdapat banyak pilihan, macam-macam produk dan pilihan kategori yang ada. Semuanya cantik dan menawan hati, harga pula..jangan cakap lah cukup murah dan berbaloi-baloi. Mau pingsan nak buat pilihan kan...kat mana tu?? Haha..hari ini, ana nak kongsikan pengalaman ana sendiri shopping online dengan EZBUY di  http://bit.ly/29DoIil .

ezbuy.my


Ezbuy.my merupakan satu lagi platform website online shopping yang tidak asing lagi khasnya buat penggemar fesyen serta aksesori. Terdapat pelbagai produk yang dipasarkan di sini di datangkan terus dari pelbagai negara seperti China, Korea, Taiwan dan lain-lain. Anda hanya perlu mendaftar atau membuka akaun dengan mereka di http://bit.ly/EzbuyRM15 ,dan secara langsung anda akan diberikan voucher percuma berjumlah RM15 setelah siap mendaftar. Haa mana nak dapat kan, daftar je dah dapat voucher... 




Bayangkan dengan nilai RM100 sahaja, ana telah membeli dua helai kemeja, dua helai t-shirt, sebuah wallet wanita dan sebuah beg galas yang menjadi pilihan anak-anak ana. Bukan main teruja mereka meneroka laman web ezbuy.my ni hampir seharian untuk memilih pelbagai produk pilihan hati mereka. Mana taknya terlalu banyak kategori dan pelbagai pilihan yang di tawarkan dengan harga yang memang amat murah berbanding dengan lain-lain online shop yang ada. 

Ezbuy.my memang sesuai untuk semua golongan usia membeli belah disini. Tak kira lelaki mahupun wanita pilih sahaja kategori produk yang diingini, dan mula lah menerokai ke setiap produk yang ada.Antara kategori yang ada di ezbuy.my ialah pakaian wanita, pakaian lelaki, permainan, ibu dan bayi,kasut,beg dan aksesori,kediaman dan tanaman/lanskap, produk kecantikan dan kesihatan dan seribu satu lagi kategori yang ada.





Cuba korang tengok sendiri diskaun yang diberikan di ezbuy.my ni. Memang tak masuk akal kan..tapi itulah yang ana perolehi ketika membeli belah di sini. Tanpa berlengah lagi ana terus shopping dengan anak-anak. Oleh kerana tawaran harga dan diskaun yang memang gempak ni, ana perlu tetapkan bajet untuk shopping kali ini. Kalau tak habislah.. mahu negatif jumlah dalam akaun nanti. 

Setelah berpuas hati dengan pelbagai produk yang kita beli di ezbuy.my ni, kita diberi pilihan untuk memilih kos penghantaran yang kita kehendaki. Jika kita mempunyai bajet yang lebih dan inginkan produk sampai ke depan rumah dengan cepat bolehlah memilih kurier servis yang pantas seperti DHL tetapi jangan risau jika bajet dah habis dengan membeli belah dan kos penghantaran kita agak kecil, boleh sahaja memilih lain-lain pilihan kurier yang ditawarkan disini. Walaupun agak lama masa penghantarannya, janji barang yang kita pesan sampai dengan selamat kan.




Selain itu, ezbuy juga menyediakan kaedah pembayaran yang pelbagai seperti melalui internet banking, CDM dan juga bank transfer. Mudahkan mengikut keselesaan kita sebagai pembeli. Ermmm... dah panjang lebar ana bercerita di sini, jadi bagi yang berminat, jangan lupa singgah ke ezbuy.my . Window shopping dahulu cuci mata dengan pelbagai tawaran harga yang hebat, kalau berkenan terus sahaja membeli belah di sini. Dan sehingga 1hb Ogos 2016 , pelanggan yang telah mendaftar di ezbuy.my boleh mengunakan kod  EZJUL15 dan akan mendapat diskaun 15% untuk kos penghantaran. Cepat tauu !!!!






15 ulasan:

  1. Banyak boleh dibeli dgn 100 henget tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa dia SS, lumayan gak lah shopping di ezbuy ni :) best

      Padam
  2. Rambang mata shopping kat ezbuy ni, kan ana..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann fiza, kita shopping sampai pening haha :)

      Padam
  3. Memang murag2 hrga dalm ezzbuz

    BalasPadam
  4. wah menariknya...banyak barang boleh di beli dengan harga 100

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu arz ,shopping sakan anak2 kak ana :)

      Padam
  5. Aida lom masuk ni lg.
    will... some day :-)

    BalasPadam
  6. Nanti boleh cari beg kat sini.. Menarik juga harganya..

    BalasPadam
  7. Menarik. Sis. Boleh bagi email tak? Saya nak bertanya soal ezbuy 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. email AJ di anajingga72@gmail.com :)

      Padam