Pernah tak tercari-cari di mana nak design t-shirt dengan cepat, mudah dan cantik? Tak kiralah untuk t-shirt dipakai sendiri atau untuk sesuatu majlis seperti reunion, family day, gathering, seminar dan sebagainya.Ana pernah alami sendiri, bagaimana payahnya tercari-cari laman web yang menyediakan perkhidmatan mencetak t-shirt ni, ada yang ana hubungi, inginkan jumlah kuantiti minimum, ada yang masih guna cetakan mengikut blok dan macam-macam syarat lagi. Tapi.... hari ini, ana dah temui satu-satu laman web mencetak t-shirt yang sangat awesome dan memudahkan. Bukan sahaja tak ada syarat tempahan minimum, malah paling best, kita boleh design sendiri t-shirt mengikut idea masing-masing. Ermm....kat mana tu...




SOBI - Studio Of Bright Ideas


Okay, kalau anda semua nak tahu, t-shirt yang ana tayang kat Instagram dan Facebook beberapa minggu lalu tu, ana yang design sendiri. Cuba perhatikan, ana memilih warna oren sempena tema nama blog ana iaitu anajingga.com. Jingga is oren kan??Lepas tu, ana pilih sendiri perkataan I AM MALAYSIAN BLOGGER tu dan paling awesome, ana letakkan url blog di bahagian bawahnya dengan dihias bunga-bunga comel mengambil idea dari header blog ana. Dan hasilnya, sehelai t-shirt berwarna oren dengan ciri-ciri dari blog kesayangan ana, www.anajingga.com. Dan semua itu, anda boleh lakukannya hanya di SOBI - Studio Of Bright Ideas



Apa istimewanya SOBI - Studio Of Bright Ideas ?



SOBI ni agak istimewa sebab ia merupakan laman web yang pertama untuk design t-shirt secara online. Kita hanya perlu ke laman web disini - http://www.lightbulbapparel.com/sobi/ .Di sana anda semua bolehlah mula mencorakkan design t-shirt mengikut idea dan citarasa masing-masing. 


klik untuk besarkan gambar

Dari sehelai t-shirt putih yang kosong, pilihlah warna yang dikehendaki, perkataan yang ingin di lakarkan, fontnya, saiznya, dekorasinya, nak selit gambar pun boleh dan semuanya mengikut idea dan ciptaan anda semua. Bermain-mainlah di laman web ini, sehingga terhasilnya satu desgin yang benar-benar menepati citarasa anda, buat tempahan, dan akan dihantar ke depan pintu rumah kita. Best kan!!




Pelbagai pilihan warna untuk t-shirt anda, susunlah perkataan mengikut kehendak anda dan pilihlah font yang anda kehendaki dari pelbagai pilihan yang disediakan.







Keduanya, di SOBI, tiada had minimum untuk membuat tempahan design, sehelai pun boleh di uruskan.Mana nak dapat di lain-lain tempat kan. Selalunya mereka meletakkan jumlah tempahan minimum untuk membuat order. Jadi sekiranya anda ingin membuat cetakan t-shirt dalam jumlah yang sedikit, sila lah ke SOBI. Cepat, mudah dan seratus peratus hasil design anda sendiri.

Setelah siap membuat tempahan, t-shirt yang telah siap dicetak, akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda. Segalanya dihujung jari sahaja.







Haa berminat tak? Kalau berminat jangan berlengah lagi , anda boleh sahaja ke 


atau


atau 

Email : help@lightbulbapparel.com


SOBI beralamat di : 

Lightbulb Apparel 
4 A, Jalan SS 4c/5
Taman Rasa Sayang
Petaling Jaya, Malaysia

+6 (03) 7886 0225 

13 Comments

  1. menarik.. Btw Cantik baju tu kak Ana.. nampak tulisan tu timbul berkilat.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh laa try pula IY design sendiri kan

      Delete
  2. Cantiklah kak ana...

    Selamat hari raya.. Maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  3. nanti nak tengok..kalau design nya yang font tu boleh ubah ke bawah saya nak la..kalau atas sangat bukan orang nampak pun tulisan tu..hehehe..nak singkat kan tudung jenuh kena kejar dengan somi..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kut D, ekceli masa design tu kak ana dah turunkan..mungkin salah kak ana kut tak save elok2.. cuba kay :)

      Delete
  4. Best nyer kalu ada baju gini.
    Glamer :-) ha ha

    ReplyDelete